
Dalam hidup berkeluarga ni, kadang yang kita perlukan bukan perubahan besar tapi sedikit kelegaan. Bila harga barang tak turun-turun, gaji tetap macam tu juga, dan anak-anak makin membesar dengan keperluan yang makin banyak mak ayah mana yang tak rasa sesak?
Kita ni bukan minta mewah. Cukup kalau dapat isi minyak penuh tanpa rasa bersalah. Dapat beli barang dapur tanpa kena catu. Dapat belanja anak walau sedikit, tanpa rasa bersalah.
Jadi bila ada pengumuman besar “untuk rakyat dan negara”, tentulah harapan mak ayah macam kita ni mula terbit.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia akhirnya membuat pengumuman rasmi yang ditunggu-tunggu rakyat. Ramai terkejut, ada yang skeptikal, tapi ramai juga yang tarik nafas lega.
Di sebalik pengumuman itu, seorang penulis, Liyana Marzuki,
tampil dengan ulasan ringkas tapi deep. Menyentuh dua isi utama dalam pengumuman itu, ayuh ikuti perkongsiannya.Minggu lepas kita dapat poster. Ada pengumuman besar untuk Rakyat dan negara.
Lilbirds saya berciapan. Macam2 teori, macam2 harapan. Saya tak berapa kuasa nak layan.
Saya percaya timing yang dibuat, ketika seorang Thanos tengah jadi mastermind nak jatuhkan seorang lagi Perdana Menteri, si dia ini sedang membaca rapi.
Apa saja yang dia akan umum, surely akan berbentuk populis.
Dari hari ke hari, kita tunggu punya tunggu. Semalam dia umum.
Dalam banyak benda, ada 2 perkara major saya nak bedah lanjut.
✅ Fakta:
📌Harga petrol turun RM0.06. Antara terendah di Asia Tenggara.
📌Subsidi kekal, tapi disasarkan.
📌Warga asing & penyeludup bayar RM2.50 (harga pasaran)
Ini pada saya the most shocking dan tak dijangka. Reverse psychology at its best.
Dalam pada orang menyumpah sebelum ini, subsidi T20 nak ditarik. Tetiba dia bagi harga minyak rendah lagi.
Tak sampai 33 bulan, propaganda “Anwar naik, minyak turun” dah tak boleh guna.
✅ Fakta:
📌Pertama kali dalam sejarah negara, 22 juta rakyat dewasa akan terima cash untuk belanja.
📌Disalur terus ke MyKad — tak boleh disalahguna, tak boleh disalahbagi.
📌Hanya boleh dibelanjakan untuk barangan asas.
Ini sebabkan suntikan RM2 bilion ke dalam ekonomi tempatan. Galak perbelanjaan rakyat tak kira marhein atau kayangan. Spillover effect kepada ekonomi itu besar.
Bukan cash is king secara simbolik untuk kesetiaan. Tapi semua Rakyat boleh terlibat dalam reformasi. Berbelanja dalam ekonomi.
Nilai simboliknya, it is small enough to be fiscally safe, but large enough to touch 22 million hearts…
(kecuali yang nak berhimpun Sabtu nanti- disclaimer siap2).
All in all.
Dasar ini kecil, tapi sampai.
Sumber: Liyana Marzuki