Ibu dan ayah mana yang tidak inginkan kesempurnaan dalam mendidik anak-anak yang masih kecil. Pun begitu mencari kesempurnaan sememangnya tidak mudah.

Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril juga mengakui akan hal yang sama. Bagi dirinya dan isteri, bukan kesempurnaan yang dicari dalam mendidik anak sebaliknya masa bersama diluangkan sebaiknya bersama dua anaknya, Aeziel dan Sefriel lebih bermakna.

Menerusi Pa&Ma Go Live, Dr Say berkongsi ceritanya yang lebih gemar menggunakan effective parenting dalam mendidik anak.

“Tak Perlu Perfect Parenting” Tak Ada Yang Sempurna, Dr Say Kongsi Pilih ‘Masa’ Dengan Anak!

“Saya tak berapa nak percaya istilah perfect parenting sebab kita kat dunia ni memang tak ada siapa pun yang sempurna.

“Bila nak perfect sangat bagi saya nanti anak jadi rigid, saya takut ibu bapa akan kecewa bila mana anak tak dapat jadi seperti apa yang kita mahukan,” kongsi Dr Say memulakan bicara.

Ujar personaliti Influecer Meletop ini lagi, dia dan isteri mahu lebih masa dan nampak keberkesanannya dalam mendidik anak berbanding mencari kesempurnaan dalam mendidik dua anaknya.

“Tak Perlu Perfect Parenting” Tak Ada Yang Sempurna, Dr Say Kongsi Pilih ‘Masa’ Dengan Anak!

“Bagi saya dan isteri apa yang kami amalkan adalah effective parenting. Kami lebih fokus pada effection, bagi kasih sayang, bagi masa, bagi attention dan paling penting adalah sentiasa berada di sisni. Macam nilah yang kami amalkan.

IKLAN

“Paling penting bagi saya luangkan masa dengan mereka, itu yang paling penting. Bagi saya dan isteri, kalau nak cuba jadi perfect sangat pun adalah lebih baik kita luangkan masa pada anak-anak,” kongsinya lagi.

“Tak Perlu Perfect Parenting” Tak Ada Yang Sempurna, Dr Say Kongsi Pilih ‘Masa’ Dengan Anak!

Wajib bawa anak keluar

Malah kata Dr Say, dia mahu dua anak lelakinya turut sama merasai pengalaman dan banyak belajar melalui persekitaran mereka setiap hari.

Menurut bapa penyayang ini, biar pun dia sibuk dengan jadual hariannya, sebolehnya dia mahu anak-anak turut sama merasai aktiviti luar yang berfaedah.

MENARIK:

IKLAN

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

“Tak Perlu Perfect Parenting” Tak Ada Yang Sempurna, Dr Say Kongsi Pilih ‘Masa’ Dengan Anak!

 

IKLAN

“Kalau cerita pasal bonding, bila saya sibuk dekat luar saya rasa tak adil bila tak bawa anak keluar.

“Kalau boleh saya nak anak rasa apa yang saya lalui setiap hari. Biasanya 4-5 kali dalam seminggu memang saya akan bawa anak-anak keluar, biar mereka tengok dunia dan belajar dari persekitaran. Itu cara saya,” kongsinya lagi.

“Tak Perlu Perfect Parenting” Tak Ada Yang Sempurna, Dr Say Kongsi Pilih ‘Masa’ Dengan Anak!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!