Menjadi kegusaran ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menjalani ibadan tarawih di masjid. Risau jika anak buat hal, menangis atau berlari ke sana sini semasa orang ramai sedang solat. Niat di hati mahu beribadah, akhirnya terbantut dek kerana tidak khusyuk memikirkan anak-anak. Mungkin pada awalnya semua elok sahaja dan tiba-tiba terpaksa pula kita pulang awal kerana anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda akan meragam.
Berbeza dengan keadaan di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh. Inisiatif pihak masjid untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa yang datang menjalani ibadah tarawih wajar diberikan pujian. Sebuah ruang bermain diwujudkan sehingga anak-anak ini tidak mahu pulang dek kerana terlalu seronok bermain dan membuat pelbagai aktiviti yang disediakan.
Menurut laporan Sinar Harian, ahli jawatankuasa masjid ini melihat ramai iu bapa yang membawa anak kecil ke masjid sewaktu menunaikan solat tarawih. Ini menjadi sebab mengapa ruangan ini diadakan di tingkat atas bersebelahan ruang solat diadakan ruang khas untuk kanak-kanak.
Menariknya, pelbagai aktiviti yang disediakan di sini sepanjang tempoh solat tarawih. Antaranya ialah mewarna, membaca dan banyak lagi. Kata Imam Besar masjid ini, usaha ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke masjid sedari kecil. Didikan ini perlu sejak mereka masih kanak-kanak.
Ads
Mungkin ada ibu bapa yang risau akan keselematan anak-anak mereka jika ditinggalkan ketika mereka bersolat. Menjawab persoalan itu, Imam Besar memberitahu mereka mengambil langkah keselamatan dengan meminta ibu bapa untuk mengisi satu borang dan diberikan sekeping kad khas untuk diserahkan kepada pihak masjjid semasa mengambil anak mereka.
Ads
Ruang khas ini nyata selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin. Antara permainan yang disediakan buat anak-anak ini adalah seperti lego, kapal terbang mainan, anak patung serta pelbagai jenis buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus permainan dan buku-buku di sini dibeli menggunakan hasil sumbangan orang ramai.
Ads
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini. Sepanjang empat hari puasa yang lalu, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Dengan inisiatif begini, Imam Masjid Negeri berharap lebih ramai jemaah yang hadir dan tidak risau untuk membawa anak-anak mereka. Menurut perkongsiannya lagi, masjid ini tidaklah besar mana. Memberi cadangan jika masjid yang lebih kecil mahu mempraktikkan cara begini, untuk menggunakan balai lintang atau buat pembahagian bagi mewujudkan zon kanak-kanak. Dengan kemudahan parkir yang selesa di kebanyakan masjid negeri, dengan adanya usaha untuk menambah ruangan kanak-kanak, pasti memberi lebih kebaikan kepada para jemaah.
Didikan ibu bapa memainkan peranan besar membentuk keperibadian anak. Apa yang diceritakan oleh isteri Ajak Shiro, Afifah Amin ini amat menyentuh hati.
Anak yang dididik dengan kesederhanaan walau pun kini sudah menjadi selebriti, Ajak dan isteri masih tidak memanjakan anak dengan kemewahan.
Pendedahan Afifah di Instagram ini amat menyentuh hati para peminat. Malah rata-rata follower menangis. Pendedahan pengacara Pa&Ma Musim Kelima ini amat menyentuh hati di mana pernah membawa anak sulungnya itu dalam perjalanan jauh dari Kluang, Johor ke Lumut, Perak dengan menaiki kereta tanpa pendingin hawa.
Menerusi posting Instagram, Afidah berkongsi video anak sulung mereka, Mohamad Jad Thaqif, 9 tahun menerima kejutan hadiah basikal idaman.
Video yang berdurasi 3 minit itu menyebabkan ramai menitiskan air mata. Rata-ratanya memuji anak sulung Ajak & Afifah.
“Ya Allah..tetiba nangis jgk la..?????terbaik abg jad..semoga membesar menjadi abg yang bertanggungjawab kpd adik2 Dan keluarga,” – @nurnadiraabdullah
“Haihhh,, sedih plak…naluri anak sulung ni lain.. Dia x kan meminta… Cukup lah adik² diutamakan dahulu… Wlaupun dlm hati memberontak… Semoga jad sentiasa jd anak yg baik n soleh serta abg yg terbaik buat adik²… ???.” – @shahfiqah126
“Memang meleleh air mata tgk..xblh thn tgk perasaan ank2..mashaAllah moga murah lg rezeki kalo xkedekut berbelanja untuk anak-anak.”- @isadaheisya
Saksikan pasangan Ajak Shiro & Afifah Amin dalam Pa&Ma Musim Kelima dengan kupasan topik episod ke-4 ‘Bonding Adik-Beradik” pada 24 Julai 2019,Rabu jam 9 malam disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Kesan cakar, gigit dan cubit pada tubuh anak membongkar sikap tidak bertanggungjawab guru taska.
Terkejut melihat keadaan anak perempuanya itu, Puan El Ameerah segera membuat laporan polis. Hasil daripada laporan polis, Puan El Ameerah dapat melihat klip video dari kamera litar tertutup taska tersebut.
Lebih mengejutkan lagi, ramai kanak-kanak diletakkan di dalam bilik isolasi dari pagi sehingga petang tanpa pengawasan rapi. Insiden ini membuatkannya kecewa kerana bilik darjah anak-anak hanyalah “wayang” untuk mengaburi mata ibu bapa.
Masih lagi dalam siasatan polis, ibu ini berharap ada keadilan sewajarnya untuk anaknya. Ikuti perkongsian ini.
Bismillahirrahmanirrahim.
After 3 bulan kumpul kekuatan dan after dah cuba macam-macam cara, saya rasa dah tiba masanya untuk saya disclose di sini apa yang terjadi kepada Maryam. Semoga menjadi pengajaran bagi semua pihak dan semoga Maryam mendapat pembelaan sewajarnya.
Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Iaitu pada hari ketiga Maryam di taska baru. Dan Maryam masa tu baru berusia 1 tahun 1 bulan. On the first day, Maryam was really happy. Dia jalan sendiri masuk ke pintu entrance. She looked so excited sampai lupa nak babai ummi dan abah. Petang tu, abah fetch Maryam di taska dan abah bagitahu ummi yang Maryam menangis kuat bila nampak abah di pintu.
Ummi mula rasa tak sedap hati. Because di taska lama, Maryam usually happy je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis or look stress. I think ramai followers and friends pun pernah tengok gelagat Maryam di story ummi especially bila sampai taska and sewaktu nak balik. Di taska lama, Maryam memang rapat dengan teacher and mudah nak hand over pagi-pagi.
Jadi di taska baru ni, bila Maryam cranky balik first day tu, ummi mula² cuba nak bersangka baik. Maybe Maryam take time nak adapt tempat baru atau maybe terlalu penat berjalan & bermain. Plus, taska baru ni besar dan fasilitinya memang wayyy better dari taska sebelum ni. Siap ada mini gym, indoor playground etc.
On the second day, ummi tak bagi abah fetch Maryam. Ummi decide nak pickup Maryam from kindy and nak observe sendiri. Ummi berdiri kat entrance with my phone utk record Maryam’s reaction. Memang obvious Maryam nampak upset.
Ummi hantar video tu kepada nenek. Nenek replied “Muka Yam tak ceria”. Nenek cakap “maybe Yam ngantuk school pagi sampai petang”. Nenek nak sedapkan hati ummi. Takmau ummi fikir buruk-buruk.
Sampai rumah, abah tengok ada kesan merah kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecik setompok je, ummi dan abah could sense theres a red flag sign.
Hari ketiga, ummi drop off Maryam macam biasa and notify teacher pasal kesan kat pergelangan tangan.
Tiba-tiba petang tu, teacher kelas Maryam whatsapp gambar tangan Maryam ada kesan lebam dan luka-luka. Teacher cakap “kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambik minyak rambut”.
Ya Allah. Kaki rasa lemah masa tu. Ummi dan abah terus drive ke taska nak ambil Maryam. Masa tu jantung rasa nak pecah.
Terbayang keadaan Maryam yang tengah kesakitan. Ummi diam je dlm kereta bcs dalam kepala macam-macam benda fikir.
Sampai je di taska, Maryam nampak lemah sangat. Ummi dan abah terkejut bila tengok rupa-rupanya bukan tangan kiri je ada luka and lebam. Bawah telinga ada kesan. Dekat pipi pun ada kesan. Belakang tapak tangan ada kesan. Tengan kanan ada kesan gigitan.
Kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya Allah. Kesian sangat tengok Maryam masa tu.
Abah ambik Maryam and bawa ke kereta. Ummi masa tu tak tahu nak fikir apa dah. Rasa macam gelap sekejap dunia. Ummi cakap kat teacher ummi nak tengok tempat kejadian and apa sebenarnya yang jadi.
Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi expect teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam (kelas toddler 1- 2 tahun). Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain.
Teacher jalan terus lagi ke dalam menuju ke sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang.
Masa teacher bukak pintu, ummi nampak ada empat lagi budak-budak dalam bilik tu.Terkejut sangat ummi tengok keadaan bilik tu.
Bilik kecil yang KOSONG TAK ADA APA-APA. Tak ada floor mat, tak ada toto ke apa ke, tak ada mainan, tak ada buku, tak ada hiasan dinding, tak ada cot. Literally kosong! Is this a classroom for kids??
Sedangkan ummi dah bagi blanket etc. Masa visit tahun lepas, teacher siap cakap ada cot lah apa lah bagai. And classroom toddler sepatutnya bukan bilik kecik tu!
Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat because taska tu beraircond. Memang sejuk. Teacher pun pakai selipar. Tapi budak-budak dalam tu baring and duduk atas lantai sejuk! Ya Allah. Sampainya hati.
Dan dalam bilik tu jugak ada empat air purifier dengan wayar atas lantai. Satu darinya memang dah tumbang atas lantai. Kalau lah budak-budak tarik wayar, terhempap ke apa ke, ya Allah. Tak terbayang.
Ummi terkejut sangat kenapa budak-budak ini diletakkan dalam bilik kosong?!
Ummi tanya teacher, ni bilik apa? Untuk apa bilik ni? Kenapa letak Maryam dengan budak-budak tu dalam bilik ni? Dah berapa jam budak-budak ni kena duduk dalam bilik ni?
Teacher cakap tu bilik isolasi. Ya Allah masa tu rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa letak dalam bilik isolasi sedangkan Maryam sihat walafiat pagi tu. Teacher pun dah check temperature and other common SOP.
Teacher simply jawab yang toddler (budak 1-2 tahun) diletakkan sementara dalam bilik isolasi pada waktu petang sebab tak nak ganggu baby lain yang tidur because area baby bersebelahan dengan area toddler.
Ummi rasa nak meletup dah waktu tu. Kenapa teacher bagi keutamaan kepada baby sampai tergamak asingkan budak-budak toddler dalam bilik isolasi??
Sedangkan kelas lain-lain. Teacher yang incharge pun lain-lain. Ada teacher yg mmg urus baby. Ada teacher yg mmg urus toddler. Masing-masing boleh kawal and jaga kelas masing-masing.
Kenapa tiba-tiba ada isu ganggu baby tidur? And at the first place, ITU TASKA. Where on earth ada taska senyapppppp macam perpustakaan?!! Especially pada waktu petang where all kids are getting excited too go home!
Baby tak salah. Toddler pun tak salah. Masing-masing perlukan perhatian. Tapi kenapa ada diskriminasi??
Teacher cakap toddler duduk dalam bilik isolasi sekejap je sementara tunggu parents sampai waktu petang. SEKEJAP JE KATA TEACHER. Bila ummi tengok cctv, rupa-rupanya Maryam and 4 toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu SEJAK PAGI. Astaghfirullah. Remuk hati ummi.
Dalam cctv tu, ummi tengok budak-budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal! Ya Allah. Anak orang kan tu. Anak kucing pun orang letak alas. Why teacher whyyy?? Kenapa tergamak??
Based on siasatan polis, teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik kosong tu tanpa pengawasan beberapa kali! And tak ada teacher lain ganti untuk tengokkan budak-budak dalam bilik tu. And ada 1 time tu teacher tinggalkan toddler with handphone yang diletakkan atas air purifier.
Polis maklumkan masa teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik tu, ada budak lain gigit and cubit Maryam. Masa ni, Maryam kena attack 3-4 kali.
Tak lama lepas tu, teacher SEKALI LAGI KELUAR DARI BILIK ISOLASI DAN TINGGALKAN BUDAK-BUDAK TANPA PENGAWASAN! So what do you expect? HABIS MARYAM KENA ATTACK LAGI DENGAN BUDAK TADI!! This time sampai 6 kali serangan gigit and cubit!
Dalam cctv, Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Maybe Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Mana teacher waktu ni!!!??? Pergi ambik minyak rambut?!!!
AND WHY TINGGALKAN BUDAK BANYAK-BANYAK KALI!!!!
And until now ummi dan abah masih tertanya-tanya berapa kali sebenarnya teacher tinggalkan budak-budak. Dan berapa lama duration setiap kali teacher tinggalkan. TANPA PENGAWASAN. Sampai Maryam cedera macam tu sekali.
Dan paling kecewa sekali, rakaman cctv antara 11am-3.45pm tak diserahkan pada ummi dan abah. Apa yang berlaku dalam tempoh almost 4 jam ini, apa yang Maryam lalui, kat mana Maryam tido, macam mana Maryam makan, macam mana layanan teacher, hanya Allah je yang tahu.
Malam tu Maryam menangis-nangis. Maybe sakit. Maybe trauma. Pipi Maryam merah tak surut-surut.
Entah. Ummi dan abah masa tu rasa bersalah. Rasa marah. Rasa kecewa. Semua ada. Atok nenek, grandpa grandma semua sedih tengok keadaan Maryam. Nenek terus datang malam tu nak tengok Maryam. Grandma sampai tak lalu makan. Semua orang stress and sedih.
Tiba-tiba malam tu, bila dah selesai buat report di balai polis, sampai je kat rumah, hidung Maryam berdarah. Ummi dan abah cepat-cepat bawa Maryam ke hospital. Buat x-ray skull and nasal bone. The next day tu, Maryam was referred to ENT untuk further investigation.
And Maryam was referred to child psychiatry because Maryam jadi susah nak tidur, senang terjaga malam, menangis high pitch and ada beberapa kali cuba nak gigit abang-abang dia.
Dan sehingga May nanti masih ada follow-up dengan pakar. Kesian sangat kat anak ummi. Dalam sehari je berlaku semua ni.
Taska yang kononnya gah, menang anugerah itu ini, pengalaman berpuluh tahun. Advertisement bukan main hebat lagi. Tunjuk yang cantik-cantik. Cawangan pun belambak-lambak.
Bulan Okt tahun lepas dah kena daftar siap² untuk kemasukan 2023. Untuk daftar kena bayar seribu lebih.
Tapi anak-anak duduk dalam bilik kosong! Classroom cantik-cantik untuk apa?
Semuanya untuk wayang semata!
Siasatan polis pun dah selesai. Jadi dah tiba masa ummi dan abah usahakan cara lain untuk fight for Maryam. Ummi dan abah percaya ada banyak lagi kebenaran yang belum tersingkap.
Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka advise utk ummi dan abah ambil legal action ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi. Baru lah ummi dan abah faham kenapa ramai parents yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan redha.
Ummi dan abah tahu perjuangan ini tak mudah dan tak murah. Tetapi ummi dan abah akan usaha sedaya mungkin supaya Maryam mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak yang zalim mendapat balasan setimpal.
Yes, I know ramai parents di luar sana yang senasib dengan dengan kami. Please doakan kami kuat sehingga ke garisan akhir. 🙏
We believe that the truth will ultimately prevails. InsyaAllah.
Maryam surely akan sembuh dari semua ni insyaAllah. Tetapi luka di hati ummi dan abah tak akan terubat selamanya.
Maafkan ummi dan abah kerana tak dapat bersama Maryam ketika Maryam sangat-sangat perlukan pertolongan.
Hanya Allah yang dapat menjaga Maryam dan Allah lah sebaik-baik penjaga.
Ummi dan abah sayang Maryam. Sangat sayangkan Maryam. Lillah.
To all parents and everyone out there, we welcome your continuous support and du’a. 🙏🏻
May Allah protect our kids’ bodies, minds, and souls from any kind of evil and harm.
Amin.
Edited: Terima kasih atas doa-doa dan sokongan. Buat masa ini saya dinasihatkan untuk tak reveal nama dan lokasi taska. Namun, bila dah dibawa ke mahkamah nanti, tiada apa lagi yang boleh disorok dari pengetahuan umum. Saya dan suami dah cuba pelbagai usaha dan ini ikhtiar kami yang terakhir supaya kami tak give up di pertengahan jalan. Perjuangan ini baru sahaja bermula. Dan ia tak mudah. Dari awal ia tak mudah. Dengan rendah hati, kami mohon sokongan dan doa yg berterusan. Saya dan suami bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal undang-undang. Jadi dengan rendah hati kami mohon sekiranya kalian ada apa-apa cadangan atau bantuan, boleh DM saya utk kita brainstorm sama². Jazakallah khayr. 🙏
Selepas empat bulan mendapatkan rawatan sehingga ke London, England bagi membuang ketumbuhan dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang berusia 13 bulan akhirnya pulang semula ke rumahnya di Taman Ayer Molek.
Ainul Mardhiah yang sebelum ini menderita penyakit sel kanser mulut Germ Cell Tumor bersama ibu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 23, dibenarkan pulang dari Hospital Melaka sehari selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Ahmad Safiuddin, sejak pembedahan itu, anaknya menunjukkan perkembangan positif termasuk berat badan bertambah dari 2.3 kilogram (kg) kepada 3.8kg selain memberikan tindak balas terutama apabila namanya dipanggil dan mula pandai bermain.
Dalam proses menyesuaikan diri di rumah
Katanya, apa yang berlaku segalanya dengan keizinan ALLAH SWT yang memanjangkan usia permata hatinya dan yakin segala perkembangan anaknya termasuk meniarap dan sebagainya akan berlaku namun ia memerlukan masa.
“Malam tadi Ainul Mardhiah tidur lena dan dalam proses menyesuaikan diri di rumahnya sendiri.
“Alhamdulillah syukur, beberapa bulan pelbagai risiko yang dilalui kami akhirnya dapat pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini hari ini.
Ahmad Safiuddin berkata, anaknya akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Melaka dan menggunakan bantuan mesin oksigen kerana belum dapat menelan air liur dengan baik.
Tambahnya, memandangkan anaknya belum pulih sepenuhnya, dia dan isteri perlu menitikberatkan aspek kebersihan dengan kerap kali mencuci tangan dan mandi.
Menurutnya, dia juga memohon maaf dan meminta orang ramai memahami dengan tidak mendukung anaknya sekiranya bersua atas faktor kesihatan.
“Kami tahu ramai yang mengambil berat tentang Ainul Mardhiah dan mahu mendukungnya namun kami harap masyarakat faham, bukan kami menghalang atau sombong tapi kesihatan Ainul Mardhiah perlu menjadi keutamaan.
“Terima kasih rakyat Malaysia tidak kira bangsa membantu anak kami sehinggakan berjaya menjalani pembedahan,” katanya.
Sebelum ini, ketumbuhan seberat 200 gram di mulut bayi itu berjaya dibuang pada 10 Jun lalu selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Pembedahan itu dilaksanakan oleh sekumpulan pakar bedah dan bius diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Penderitaan Ainul Mardhiah juga mendapat perhatian orang ramai yang menyumbang sehingga RM4 juta bagi membolehkan bayi itu diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan.
Hasrat Bawa Ainul ke Tanah Suci jika Allah izinkan
Sementara itu, di Facebook Ahmad Safiuddin, kedua ibu bapa Ainul berhasrat untuk bawa Ainul ke Tanah Suci jika Allah mengizinkan mereka sampai ke sana.
Hanya hasrat dan impian kami. InshaAllah, jika Allah SWT izin dan Ainul sihat dan doktor sahkan ainul 100% sihat dan selamat, maka kami akan pergi ke sana.
Tapi bukan lah dalam masa terdekat ataupun tahun ini. Keutamaan sekarang adalah Ainul Mardhiah. Walaupun Ainul sudah balik, tapi Ainul perlu sering ke hospital untuk rawatan susulan (Follow up)
Masih banyak lagi perkara yang Ainul perlu tempuhi. Ya, jauh lagi jalan Ainul ini tuan/puan.
Bukan selesai pembedahan, terus habis segala rawatan. Tapi ada lagi beberapa perkara yang ainul perlu jalani selepas ini.
Alhamdulillah, Ainul kekal sihat sehingga hari ini. Hasil doa dan kata semangat dari tuan/puan semua.
Saya dan isteri doakan tuan/puan semua dirahmati olehNya, dipermudahkan urusan, dilipatgandakan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin!
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.