Setiap kali menerima bungkusan makanan dari penghantar makanan yang kita pesan, kita mula bimbang takut terlekat virus Covid-19 di permukaan plastik pembungkus. Begitu juga dengan parcel barang yang kita pesan.
Menurut Dr Izzar Anwari, tidak perlulah makanan itu sendiri disinfeksi kerana virus tidak hidup dipermukaan makanan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Boleh ke dapat COVID dari makanan atau bungkusan makanan?
Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan tu, risau juga kot-kot ada virus C-19. Bahaya ke?
Tiada sebarang bukti mengatakan kita boleh dapat C-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. C-19 merebak melalui respiratory/pernafasan dari titisan air/ aerosol orang dijangkiti yang batuk atau bersin.
C-19 tak hidup atas permukaan makanan seperti buah, sayur, makanan beku sebab C-19 memerlukan host /perumah yang hidup (manusia) untuk terus hidup.
IKLAN
Apa yang disarankan WHO ialah:
✅ Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
✅ Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan
Sama lah macam kalau dapat parcel. Saya buka siap-siap di luar rumah tu, ambil isi parcel dan bawa masuk rumah. Lepas tu cucilah tangan betul-betul.
Pergi pasar/ mall pun semua kena patuh SOP kan. Nak masuk pun kena lengkap vaksinasi. Tangan pun perlu kerap dicuci. Kalau semua ni dijaga, insyaAllah okay.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila anak sudah memperlihatkan minat membaca dan menulis, bukan? Pasti ramai parents, terutamanya ibu bapa baharu mencari cara ajar anak menulis. Mari kita lihat perkongsian Puan Mastura Abd Halim ini berkenaan cara mengajar anak menulis dengan berkesan.
Nur Medina Khalishah, anak kecil yang manja dan lemah lembut
Puan Mastura Abd Halim dan suaminya, Encik Jasmil Kamal telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepanjang perkongsian hidup mereka.
Anak sulungnya, Nur Medina Khalishah lebih mesra dipanggil dengan nama manja Kakak Asha di rumah, kini berusia 5 tahun.
Menurut Puan Mastura, Khalishah merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, manja dan juga lemah lembut.
Seperti kebanyakan ibu bapa baharu yang lain, membesarkan anak pertama bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang proses membesarkannya.
Hal ini juga yang dilalui oleh Puan Mastura terutamanya dalam penyediaan proses pembelajaran untuk anaknya, Khalishah.
Sebelum ajar menulis, biasakan anak dengan aktiviti melibatkan motor halus
Puan Mastura mula tergerak hati untuk mencari cara ajar anak menulis setelah banyak melihat ibu-ibu yang berkongsi pengalaman tersebut seawal usia tiga tahun.
Disebabkan itu, dia juga mula mengambil pendekatan untuk mengajar anaknya menulis sejak awal usia.
Namun, sebelum mula mengajar anaknya menulis, Puan Mastura telah memperkenalkan beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus terlebih dahulu.
Antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan otot dan jari serta koordinasi mata serta tangan.
Tidak dinafikan bahawa proses mengajar Khalishah ini ada kalanya mempunyai masa-masa sukar dan senang.
Namun, Khalishah mudah faham dengan apa yang diajarkan ibunya itu, selain dia sendiri suka dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Ini 5 cara ajar anak menulis yang dikongsikan Puan Mastura!
Setelah melihat pelbagai tip dan cara ajar anak menulis yang dikongsikan di media sosial, Puan Mastura menggabungkan teknik-teknik ini dan mengaplikasikannya semula kepada si anak.
Berikut adalah 5 cara mengajar anak menulis yang telah Puan Mastura gunakan:
#1. Kenalkan aktiviti pratulis
Sebelum mengajar menulis dengan betul, Puan Mastura memperkenalkan aktiviti pratulis terlebih dahulu kepada anaknya seawal umur 2 tahun.
Aktiviti seperti ini banyak melibatkan penggunaan motor halus otak dan ia memerlukan lebih banyak kawalan dan pergerakan otot.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengoyakkan kertas, menampal kertas, mengepit penyepit pakaian, menyusun blok, menulis di atas pasir dan sebagainya.
#2. Buat aktiviti sambungkan garisan
Selain itu, Puan Mastura juga memberikan latihan menyambung garisan putus-putus kepada anaknya, Khalishah.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan anaknya menulis mengikut garisan atau corak yang akan diberikan kelak.
Selain itu, latihan ini juga boleh membiasakan kanak-kanak untuk memegang pensil dengan betul.
#3. Biarkan anak melukis atau menconteng
Ada kalanya, Puan Mastura akan memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menulis, menconteng atau melukis.
Namun bukanlah di merata-rata tempat, tetapi pada kertas A4 yang telah diberikannya itu.
Cara ini juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berkarya dan menulis apa sahaja mengikut imaginasinya.
Pendekatan secara kreatif seperti ini juga merupakan antara cara ajar anak menulis.
#4. Mula ajar huruf dan nombor ketika 4 tahun
Apabila Khalishah sudah mula memasuki umur 4 tahun, barulah Puan Mastura mula mengajarkannya menulis huruf, nombor dan lain-lain lagi.
Ini kerana pada ketika ini, anaknya itu telah faham dan tahu memegang pensil dengan baik.
#5. Belikan buku atau hadiah
Apabila anaknya sudah mula pandai menulis, Puan Mastura mula membelikan buku yang sesuai dengan peringkat umur anaknya bagi merangsang kemahiran motor halus dan juga berfikir.
Selain itu, jika Khalishah selalu membuat latihan menulis dan pandai menulis dengan baik, Puan Mastura juga memberikan hadiah dan ucapan penghargaan kepada anaknya sebagai ganjaran dan galakan.
Khalishah mula pandai susun suku kata, hantar surat selepas guna cara ajar anak menulis di atas
Apakah kelebihan amalkan cara ajar anak menulis sejak awal usia? Menurut ibu ini, dia dapat melihat tulisan anaknya itu menjadi lebih baik dan kemas berbanding hari-hari sebelumnya.
Selain itu, anaknya juga sudah mula pandai menyusun huruf menjadi suku kata, perkataan dan juga ayat pendek.
Bukan itu sahaja, apabila Khalishah sudah mula pandai menulis, anaknya itu juga kerap memberikan surat kepada Puan Mastura dan suami walaupun belum benar-benar pandai menyusun ayat dengan baik.
Ia merupakan satu perkembangan yang baik dan amat menarik bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia lima tahun.
Cara ajar anak menulis: Ibu bapa perlu bijak tangani emosi anak sewaktu latihan menulis
Sewaktu Khalishah berumur antara 2 hingga 5 tahun, ia merupakan fasa yang agak sukar untuk mengajar anak menulis.
Ini kerana pada waktu itu, kanak-kanak lebih gemar bermain dan kurang fokus dalam proses pembelajaran.
Jadi, Puan Mastura sentiasa berfikir berkenaan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur anaknya bagi merangsang perkembangan daripada pelbagai sudut.
Menurut Puan Mastura,
“Kita perlu lihat emosi anak. Ada waktu anak menjadi rajin dan ada waktunya anak menjadi letih dan kita tidak boleh memaksa anak membuat aktiviti atau latihan menulis pada waktu tersebut. Untuk bagi anak seronok membuat aktiviti menulis, berikan ganjaran selepas anak selesai menyiapkan latihan menulis. Antaranya seperti keluar membeli alat permainan atau dibenarkan untuk menonton televisyen”.
Daun kesum antara daun herba yang cukup popular untuk membuat laksa dan juga asam pedas. Tak perlu beli, apa kata anda tanam sahaja di rumah.
Nak jadikan daun kesum bersaiz lebar, elok dan segar walau hanya di tanam tepi rumah sahaja, cikgu yang cukup popular dalam dunia penanaman, Cikgu Kebun berkongsi tip menanam daun kesukaan ramai ini.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni.
CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe. Jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 Teknik mudah tanam daun kesum :-
1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.
10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
Bukan saja anak-anak kecil kita, adakalanya kita sendiri terkeliru dengan sifir sembilan yang mengelirukan. Macam mana nak anak mudah dapat jawapan sifir sembilan?
Perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Irma di Tik Tok, @tutorhub_hq ini mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya dengan hanya menggunakan jari, anak-anak boleh menguasai sifir sembilan dengan mudah. Mak ayah boleh cuba aplikasikan pada anak. Memang mudah!
Sifir 9 guna jari.
Keluarkan sepuluh jari korang, 4 x 9, ambil nombor empat dan tutup.
Belah sini tiga dan belah sini 6. Jawapan dia 36, terus tulis.