
Rumah yang ada anak kecil, tak sah kalau makanan atau minuman tumpah. Jika tumpah di atas lantai mudah nak mop atau lap dengan kain. Tapi jika tertumpah atas sofa atau karpet bercinta pula ibu nak cuci.
Biasanya kesan tompokan air, susu atau makanan tumpah ini menyebabkan sakit mata melihatnya. Seolah-olah seperti ‘peta dunia’ pula. Jadi bagi mama yang masih nak cari penyelesaiannya, boleh cuba idea Puan Ayu Roses.

Cuma nak share cara untuk hilangkan kesan tompok air pada sofa, sebelum ni dah cuba macam-macam tips, lap guna air panas habis melecur tangan oii tetap tak berkesan.


Tiba-tiba dapat idea nak cuba guna magic sponge ECO. Alhamdulillah menjadi. Bukan setakat sental bilik air ye, banyak lagi kegunaan magic sponge ni.

Boleh beli span ni buat stok kat rumah.
**Pengalaman admin kalau kesan conteng di dinding pun boleh hilang guna span ni.
Kredit: Ayu Roses
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah Ibu Tu Supermom, Sambil Memandu Pun Boleh Pam Susu Dan Layan ‘Perangai’ Anak

Bekerja sebagai seorang doktor memerlukan komitmen yang tinggi. Apatah lagi suaminya, Dr. Anwar Fazal Abu Bakar, juga merupakan seorang doktor dan masa mereka berdua bersama anak-anak terhad. Itu tidak menjadi alasan buat doktor Instafamous, Dr. Fatin Liyana untuk mengabaikan keperluan anak-anaknya dari segi emosi. Pasangan doktor ini dikurniakan dua orang anak iaitu Ajda Anwar Fazal dan Hail Nolan Anwar Fazal.
Memandangkan dia perlu menjadi supermom, Dr. Fatin ketika ditemui Pa&Ma memberitahu yang dia akan menjalankan semua tanggung jawab sebagai seorang ibu serentak.
Memandu, Mengepam Susu dan Bercerita Dalam Satu Masa
“Benar, tidak mudah nak menjaga dua orang anak yang masih kecil. Masing-masing memerlukan perhatian yang berbeza dari Ummi dan Abi mereka. Menjadi seorang ibu, baharulah kita tahu keupayaan diri kita yang sebenarnya. Tak sangka, sejak tiga tahun lepas saya tidak pernah tidur lebih dari tiga jam terus tanpa gangguan. Sekarang ni pun, saya dah jadi seorang yang multi tasking. Boleh memandu sambal mengepam. Kemudian tu, bercerita pula tentang kisah dongeng dengan anak-anak.
View this post on InstagramA post shared by Dr.Anwar Fazal/Dr.Fatin Liyana (@dr.afl) on
Kepayahan membesarkan anak-anak adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat saya. Saya tahu, kepayahan ini tak lama. Satu hari nanti, anak yang diasuh oleh kudrat ini akan pergi membawa diri, meneroka dunia. Kenangan membawa mereka dalam rahim saya, melahirkan dan mengasuh mereka dari kecil sehingga mereka boleh berdikari akan saya semat di sanubari sampai bila-bila.”
Mahu Anak-Anak Belajar Di SBP
“Kami adalah SBP-breed. Jadi kami harap anak-anak akan ke sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) supaya mereka boleh belajar bergaul, berkongsi dan belajar mengawal emosi dengan baik kelak. Saya lebih menerapkan ilmu kemahiran kendiri. Dari segi cita-cita, kami tak pernah terfikir untuk mengawal atau menentukan.
Terpulang kepada mereka. Kami akan sokong apa yang anak-anak mahu jika ia bagus dan berpandukan syariah. Along the way, kalau mereka perlukan pendapat dan sokongan, mereka tahu kami sentiasa ada untuk mereka.”
Jadi Sahabat Dengan Anak-Anak
“Saya dan suami mahu menjadi kawan dengan anak-anak. Kami selalu berbual tentang semua perkara dengan mereka. Sambil itu, saya akan terangkan kepada mereka, mengapa buat begitu, mengapa buat begini. Kami kongsikan minat kami dengan anak-anak dan hargai mereka seperti orang dewasa.
View this post on InstagramA post shared by Dr.Anwar Fazal/Dr.Fatin Liyana (@dr.afl) on
Kami suka kalau anak-anak jenis bercerita dan tidak berahsia dengan kami. Kami harap kami tak jadi ibu bapa yang mengharapkan anak-anak menjadi pelajar cemerlang dengan straight A’s. Cuma impian suami, ada anak-anak kami yang akan mendalami bidang agama.”
Pa&Ma doakan keluarga Dr. Fatin dan Dr. Anwar akan kekal berbahagia selamanya. Semoga kedua-dua anak mereka juga akan berjaya seperti ibu dan ayahnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Egonya Kita Dengan Anak, Silap Sikit Marah. Jangan Pelik Bila Anak Besar Makin Jauh Dengan Kita

Egonya kita dengan anak. Bunyi macam kasar kan tapi inilah hakikatnya yang kita buat pada anak tanpa sedar.
Cara kita layan anak itu kadang-kadang boleh buat mereka berkecil hati dalam diam. Walaupun tak pandai nak luah tapi mereka tetap simpan memori itu dalam ingatan.
Jika berterusan kita bukan sahaja gagal untuk menjadikan anak seorang yang berjaya dalam pelajaran tetapi kesannya pada pembentukan diri apabila mereka membesar dengan rasa kurangnya kasih sayang dan penuh kecurigaan pada ibu bapanya sendiri.
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak melambai sambil masuk ke sekolah dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua tiga kali kena marah di awal hari. Kalau tak beritahu pasal surat itu pun takpa fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia dihantar oleh van ke daycare. Makan seorang dalam diri sambil merenung. Selera sekadar alas perut. Membuat kerja rumah dari sekolah tanpa bimbingan, takut bertanya dengan ibu bapa yang akan marah pasal tak buat di taska. Matahari terbenam, anak merenung pintu menunggu ibu dan ayah balik.

Bila malam menjelma, barulah ibu dan ayah pun menjelma.
Dah 8 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak perkara di lubuk hati yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka teruja nak cerita dan bertanya itu dan ini.
Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan. Nak bagitau yang dipilih untuk pertandingan. Pelbagai perkara masih tersekat di lidahnya.
Tapi dimarahi lagi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua sedang bercakap…No manner kata mereka.. Please don’t disturb now.
Anak menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pula dengan adik-adiknya sambil ketawa keriangan. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita atau check komputer. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu di dapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir Anak.
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.00 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah dan petangnya di day care atau tuisyen. Hujung minggu macam-macam kelas lain pula untuk status ibu bapa dan bukan minat anak!
Tidak penatkah mereka? Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kilo.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah dan tension.
Masa berlalu pantas, Masa kecil mereka dahagakan kita, Kita dahagakan wang dan pangkat, kononnya untuk masa depan anak.
Tapi masa kini anak diabaikan kasih sayang. Anak membesar dan menaruh kasih di luar rumah. Nak salahkan anak lagi pasal wrong friends, atau kita pasal gagal jadi first best friend…??
Ego need to go….
Sumber: ADIK Edutoys via bidayuh awesome
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip Rumah Bersih & Bau Wangi Sepanjang Masa. Hanya Guna Bahan Ni Jimat Sangat!

Walaupun setiap hari kemas rumah, masalah habuk memang tak dapat dielakkan. Kadang tu jenuh fikir, dari mana datangnya habuk ni. Nak kata tak bersih rumah, pagi atau malam mesti akan vakum atau sapu lantai.
Jadi bagi anda yang nak kekalkan rumah wangi dan bersih boleh cuba 4 petua di bawah ini. Sangat mudah dan murah! Bahan-bahannya boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit atau pasar raya!

1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT
BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pelembut fabrik
-10 cawan air
CARA-CARA:
1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.
BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pencuci lantai
-Cuka
-Air panas
CARA-CARA:
1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.
2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. WANGIKAN RUMAH
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pelembut fabrik
-Cuka
CARA-CARA:
1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. SEGARKAN BILIK AIR
BAHAN-BAHAN:
-1 sudu kecil teh soda bikarbonat
-1 sudu teh cuka
-1 cawan air
CARA-CARA:
1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.
2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat mencuba!
Kredit : Zlani L’bani
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


