Mama dan papa usahlah stres sangat bila anak tidak sepandai anak kawan-kawan anda yang lain. Anak bukan trofi ibu dan ayah. Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya.
Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Tak Perlu Stres Anak Tak Pandai Macam Anak Orang Lain
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi.
Ads
Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Ada Kelebihan Mereka Yang Kita Kena Gilap
Ads
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
Ads
ANDA HANYA PERLU TAHU BAHAWA ANAK ANDA YANG MUNGKIN SEKARANG LAMBAT SIKIT DI DALAM BIDANG YANG DIBANDINGKAN ITU, ADA KELEBIHANNYA TERSENDIRI. BERKAT KEYAKINAN, KEPERCAYAAN DAN TUNJUK AJAR YANG PENUH HORMAT DAN KASIH-SAYANG ANDA KEPADA ANAK INI, DIA AKAN MEMBUATKAN ANDA BANGGA DAN ANDA AKAN BERASA SANGAT BERSYUKUR MENGANDUNG DAN MEMBESARKANNYA.
Stop being stressful and start being grateful.
Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Didikan yang baik untuk anak-anak tentunya datang daripada ibu bapa yang ingin jadi terbaik buat anak-anak. Menjadi ibu bapa bukan proses membentuk anak tetapi proses membentuk ibu bapa yang layak dicontohi oleh anak.
Bagaimana ingin menjadi ibu bapa yang layak dicontohi oleh anak? Ikuti perkongsian yang sangat menyentuh hati oleh pengasas saluran keibubapaan yang terbesar di telegram, Dr Taufiq Razif.
“Kalau ada duit lebih sikit, bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan”
Masa tengah makan tengahari tadi, ayah buka cerita sedekah dia pada saya dan adik beradik supaya kami boleh ikut sedekah sekali.
” Tadi masa ayah nak beli ikan selayang. Ada sorang pakcik ni nak beli ikan selayang juga. Harga ikan selayang tu rm6.50 je sekilo tapi dia mintak pada penjual ikan tu boleh tak nak beli setengah kilo je ”
” Ayah cakap kat penjual ikan tu. Bagi je lebih kurang sekilo kat pakcik tu. Biar saya bayar ”
Suka betul pakcik tu bila ayah saya bayarkan ikannya. Bukan mahal sangat pun tapi kita tak tahu betapa orang sekarang tengah ‘struggle’ terutamanya yang duduk di ceruk kampung dan yang jenis kais pagi makan pagi.
Ada lagi satu cerita sedekah yang ayah saya buka cerita tadi semata mata nak kami adik beradik ikuti dia. Katanya baru ni ada motor beroda tiga lalu depan rumah. Motor tu bawa ikan kecil kecil. Tak banyak mana pun.
” Ayah beli lah ikan kat pakcik bawa motor tu. Eh total semua sekali rm26. Ingat nak sedekah lah sikit kat pakcik ni tapi ayah lupa bawa dompet. Ayah mintak pinjam kat mak duit sikit untuk bayar ikan rm26 ni. Mak kata nah ambillah rm50 ni. Jangan mintak baki. Baki tu kita sedekah je pada dia ”
” Laaa. Rupanya mak korang lagi laju sedekah daripada ayah ” kata ayah sambil ketawa berdekah.
” Kalau Pik nak tahu, ayah dan mak memang selalu berlawan sedekah. Kadang ayah menang. Kadang mak menang ”
” Nanti ada duit lebih sikit. Bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan. Nanti boleh tengok bisnes tu makin lama makin untung. Makin lama makin maju “
Walaupun lauk tengahari tadi sedap sungguh dengan budu, tempoyak dan juga ikan singgang tapi nasihat dan cerita ayah saya tadi lah benda yang paling sedap yang pernah saya santap selama ini.
Terima kasih atas nasihat ini ayah. Walaupun beratus ribu ringgit pun saya sedekah, semua bahagian sedekah saya ada tercatat namamu ayah! Kerana sehebat mana pun anakmu tetap sahaja semuanya berpunca daripada didikanmu wahai ayah.
Nilai kemaafan adalah sesuatu yang harus dididik pada anak-anak kerana ia mampu menjadikan anak itu lebih bertanggungjawab dan berjiwa besar.
Bayangkan dunia tanpa kemaafan dan dipenuhi kemarahan dan dendam. Tak best kan? Kita sendiri tidak tahu bila kita akan lakukan kesalahan. Kita manusia biasa. Namun penting untuk kita belajar untuk bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan itu diiringi dengan kemaafan.
Memang sukar untuk sesiapa memohon maaf dan memaafkan kerana adakalanya situasi yang kita lalui amat menyakitkan hati dan mengambil masa untuk kita melupakan peristiwa itu. Tetapi ini bermaksud kita masih mempunya titik hitam itu dalam diri kita dan kita tidak mampu membuang ego kita, let it go dan move on. Kunci utamanya satu sahaja : CHANGE OUR MINDSET.
Jangan difikirkan meminta maaf itu adalah satu kerugian and we lost something. Fikirkan ia sebagai satu keuntungan kerana selepas itu kita akan lebih tenang. Mari ajarkan ini kepada anak-anak ya, sayang.
CARA-CARA YANG BETUL UNTUK MEMINTA MAAF dan juga CARA MENDIDIK ANAK UNTUK BIASAKAN DIRI MEMINTA MAAF.
CARA-CARA DAN ADAB MEMINTA MAAF
1. Akui Tindakan Kita Untuk Meminta Maaf Dan Sebutkan Dalam Hati.
Kita harus pasti yang kita betul-betul ingin meminta maaf dan let go of the feelings selepas itu. Susunkan ayat tersebut dalam fikiran dimulakan dengan ‘Saya memohon maaf…’ diikuti dengan punca kita minta maaf dan perasaan kita. Contoh : “Mama minta maaf sebab tengking Adib tadi. Mama terikut amarah mama dan menyesal berkasar dengan Adib. Mama sayang Adib.”
2. Empati Dengan Perasaan Pihak Yang Tersinggung
Seterusnya, penting untuk kita tahu dan terima apakah punca yang menyebabkan pihak tersebut tersinggung. Kalau boleh jelaskan sebab tindakan kita yang menjadi punca kita melukai perasaan pihak tersebut, permintaan maaf akan jadi lebih ikhlas dan kita akan menyampaikan energi yang sangat positif.
3. Akui Tanggungjawab
Kadang-kadang kita mahu terangkan kesalahan pihak yang tersinggung juga namun setiap permohonan maaf yang disambung perkataan TAPI akan dilihat sebagai ‘tidak ikhlas’ kerana mereka masih cuba mengubati perasaan mereka dari apa yang telah kita sakiti. Jadi, give them some time dan bila sampai masa dan mereka sudah tenang untuk berbincang, barulah berbual dan justify dengan mereka dengan cara yang baik. Kalau niat ingin perbaiki keadaan, jangan sekadar menunding jari kepada kesalahan mereka, remind mereka bahawa kita juga sedar salah kita menyakiti mereka namun
ingatkan juga bahawa kita mahu perbaiki situasi supaya tidak berulang semula, jadi cuba temui kata sepakat dan cadangkanlah sesuatu untuk kebaikan bersama untuk perbaiki keadaan ini.
4. Tawarkan Perjanjian Perubahan
Tanyalah “What can I do to make this better?” atau katakan “Next time, I promise it won’t happen again!”. To make changes, menunjukkan kita benar-benar ikhlas untuk perbaiki keadaan dan hubungan. Namun janganlah baut sesuatu yang membuatkan kita berdendam dengan mereka. Biarlah ianya sesuatu yang memang kita ingin lakukan kerana ingin perbaiki situasi dan ubati luka di hati pihak yang tersinggung. Keikhlasan adalah penentuan situasi ini.
PERINGATAN PADA DIRI APABILA MEMINTA MAAF.
1. Jangan Fikir Memohon Maaf Adalah Satu Kehilangan
Kalau minta maaf je, mesti fikir, hilang maruah, hilang ego, hilang air muka, hilang macam-macam. Walhalnya ia sebenarnya menjadi kita insan berjiwa besar dan akan meraih ketenangan dan kebahagiaan. Maaf juga tidak menunjukkan kita salah, ia menunjukkan kita lebih menghargai hubungan silaturrahim tersebut daripada ego kita. Change our mindset today!
2. Jangan Harap Orang Maafkan Dengan Segera
Ini adalah sesuatu yang paling sukar untuk dihadapi untuk pemohon maaf. Kerana padanya, dia sudah meletakkan maruah diri di bawah kaki insan yang tersinggung itu dan apabila insan itu tidak menerima maafnya segera, dia pula yang tersinggung dan marah semula, dan bergaduh semula. Maka sampai bila-bilalah takkan selesai. Begini, it takes some time to some people, bergantung kepada tahap sensitiviti mereka. Remember, they are hurt. And maybe we are hurt too but we choose to be the bigger person. So keep being the bigger person hingga habis sesi permohonan maaf kita. Bukan
mengamuk separuh jalan kerana tidak dimaafkan segera. Keep yourself in a positive state. Berikan mereka sedikit masa dan ruang. They will feel the positive aura and find you soon.
3. Perhatikan intonasi Suara Dan Body Language Sendiri Bila Meminta Maaf
Nada dikeluarkan, ekspresi muka, dan niat kira akan mempengaruhi aura kita ketika memohon maaf dan akan diperhatikan dan diadili oleh pihak yang tersinggung samada kita ni ikhlas atau tidak. Jadikannya sebahagian usaha untuk memohon maaf dan kebalkan hati dengan kata-kata sindiran pihak yang tersinggung yang mungkin akan sakitkan hati kita. Remember you are the one with the bigger heart dan berhati mulia. Keep it up. You can do it.
2) Dididik dari awal supaya faham konsep kemaafan.
3) Say ‘Sorry’ walaupun kesalahan atau isu kecil, ini akan diperhatikan oleh anak.
4) Galakkan dan sokong mereka, bukan memaksa.
5) Pupuk dalam diri anak bahawa kemaafan adalah satu kebanggaan dan kehebatan, bukan kehilangan dan memalukan.
6) Didik anak untuk menggunakan bahasa dan ayat yang betul ketika meminta maaf
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kita mendidik anak-anak sememangnya berbeza-beza. Ada yang gemar bersukan di waktu pagi namun ada pula yang memilih waktu petang untuk beriadah bersama anak-anak. Semuanya bergantung kepada keadaan dan situasi anak-anak.
Namun memilih waktu pagi, sebaik lepas subuh pastinya yang terbaik buat anak-anak kita menyedut udara sihat. Ini yang dikongsikan oleh saudara, Mohd Yazid Ismail yang gemar berkongsi pelbagai kisah kehidupan dan tip keibubapaan.
Bagi dirinya, waktu pagi iaitu selepas subuh adalah waktu terbaik untuk anak-anak menikmati kehidupan mereka dan inilah yang dilakukan olehnya bersama keluarga. Wajar kita contohi.
Di rumah kami, tidur selepas subuh adalah satu kesalahan. Anak-anak pada hari cuti sekolah biasanya pergi main di taman menikmati zat matahari pagi.
Walaupun saya tak pernah kerja makan gaji, tak ada boss dan tak perlu pergi ofis, setiap hari macam hari cuti, tapi saya tak benarkan diri sendiri tidur selepas subuh.
Alhamdulillah hidup tenang, sihat mental dan fizikal.
Tip paling utama untuk tidak tidur pagi ialah tidur awal pada malam hari. Jam 10.30 malam anak-anak mesti dah tidur.
Orang yang tidur pagi badan akan jadi lesu, otak blur, nafas berbau, muka kusam. Sangat rugi. Nak hidup bahagia janganlah tidur pagi.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!