Anak-anak kecil kita makin berkembang dengan baik pemikirannya jika dirangsang dengan cara tepat. Membacakan buku pada anak misalnya perlu dilakukan lebih awal. Malah menggunakan kad imbas di awal usia di bawah 3 bulan adalah sangat disarankan oleh pakar.

Hasil kajian menunjukkan kesan yang cukup hebat pada anak. Menurut Pn Wan Nur Syakira, Penulis Keibubapaan, ‘read aloud’ anak amat berkesan dan ia boleh dilihat pada anak apabila anak mencapai usia setahun.

Tak Perlu Tunggu Umur Anak Setahun, 3 Bulan Ke Bawah Dah Boleh Mulakan Read Aloud, Kesannya Hebat!


BAGAIMANA NAK MULA READ ALOUD DENGAN ANAK?

Kami mula membacakan buku kepada anak seawal usia 2 minggu. Usia 3 bulan ke bawah, disarankan gunakan buku atau flash card high contrast ,hanya warna hitam dan putih.

Tapi jujurnya kami hanya gunakan buku berwarna warni sambil bercerita. 7 bulan pertama, memang mereka tidaklah tunjukkan minat.
Tapi tetap konsisten bacakan buku hari-hari.

Mendekati usia setahun, anak-anak dah boleh duduk lama bila kami bacakan buku. Sungguh, konsisten itu membuahkan hasil.
Lama kelamaan ,mereka sendiri bawakan buku untuk dibaca.

Tak Perlu Tunggu Umur Anak Setahun, 3 Bulan Ke Bawah Dah Boleh Mulakan Read Aloud, Kesannya Hebat!

IKLAN

Ada harinya juga mereka senyap , membelek buku sendiri. Memerhati gambar di dalam buku. MasyaAllah. Subhanallah.

Tidak lupa, ummi dan abi juga konsisten membudayakan membaca dalam diri sendiri juga. Kami harus menunjukkan qudwah terlebih dahulu.

“Children are made readers on the laps of their parents.” — Emilie Buchwald

Bagaimana nak mula bacakan buku pada anak ?

1. Bayi dalam usia beberapa bulan sudah mampu melihat gambar, mendengar suara ibu bapa dan menunjukkan objek pada buku.

IKLAN

2. Ibu bapa mula tunjukkan gambar dalam buku, perkenalkan objek dalam gambar dan ibu boleh mula bercerita dengan nada dan intonasi yang ibu suka.

3. Bayi suka mendengar suara. Ini membantu anak mengembangkan daya imaginasinya, kemahiran mendengar dan kemahiran bahasa.
Hebat bukan?

 

 

IKLAN

Mulakan sekarang, belum terlambat untuk mulakan read aloud bersama anak. Budaya membaca adalah antara nilai yang paling berharga yang ibu bapa harus tanamkan dan berikan pada anak-anak!

Bacalah. Wahyu pertama pada nabi Muhammad S.A.W. Dan sepatutnya itulah yang pertama kita cuba tanam dalam peribadi anak-anak sejak kecil.

“Reading should not be presented to children as a chore or duty. It should be offered to them as a precious gift.”- Kate DiCamillo

Tak Perlu Tunggu Umur Anak Setahun, 3 Bulan Ke Bawah Dah Boleh Mulakan Read Aloud, Kesannya Hebat!

Kerana dengan membaca, ilmu takkan lari dari kita.

Iqra’.
Dan ilmu akan menjaga mereka sentiasa walau di mana anak itu berada.

Wan Nur Syakira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI