Tahniah diucapkan buat penyanyi, Yonnyboi dan isteri yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka semalam.
Yonniboi yang menimang seorang cahaya mata lelaki itu menyampaikan perkhabaran gembira itu menerusi Instagramnya. Beberapa keping gambar turut dikongsikannya.
Bayi comel kesayangan Yonniboi dan isteri ini juga rupanya sudah diberikan nama yang indah dan comel itu, Kairo.
“Welcome to this world boii,” tulisnya ringkas.
Bayi lelaki seberat 3kg itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sekitar jam 4 pagi.
Ads
Isteri kesayangan Yonniboi, Nik Nazira Narriman juga turut meluahkan perasaan teruja selepas bergelar ibu.
“Macam tak percaya dah jadi ibu sekarang. Syukur saya dan bayi kami dalam keadaan yang sihat.
“Selepas bersalin saya asyik tengok wajah anak sahaja. Satu perasaan yang berbeza buat kami berdua,” katanya berkongsi.
Ads
Berkongsi cerita ketika detik melahirkan, akui Nazira, dia sememangnya tidak merasa sakit malah sempat menonton filem Barbie bersama suami pada malam itu.
“Saya memang tak rasa sakit nak bersalin. Apabila tiba di hospital bukaan sudah besar dan bayi dilahirkan secara normal.
Ads
“Mungkin baby nak beri peluang ibu nak melaram dulu sebelum bersalin,” selorohnya lagi.
Kita selalu begitu rigid bila berpantang. Walhal berpantang itu adalah proses mengembalikan semula tenaga yang kehilangan selepas tempoh melahirkan. Ikutlah keupayaan tubuh badan sendiri. Soal menjalani rutin berpantang, semuanya boleh dilakukan secara berkala asalkan tidak keterlaluan dan melanggar agama.
Namun dalam pada mengikuti segala jenis pantang, suamilah orang yang paling utama perlu mengambil kisah dalam pelbagai hal. Berilah isteri lebih masa untuk merehatkan tubuh badannya. Perkongsian Muhammad Hassan, khusus untuk para suami.
Berpantang ni ikutlah badan kita. Ada orang lepas bersalin terus minta MCD set ayam Spicy 3 ketul. Ada orang lepas berpantang kena pilih apa yang sesuai untuk badan dia.
Wife saya berpantang memang follow cara mak dia. Walaupun saya tak setuju tapi mak cakap yang sakit bukan kau,canak aku.
Jadi Raikan apa jua cara berpantang. Dulu lain sekarang lain. Yang penting cara berpantang tu tidak bertentangan dengan agama sudah. Setakat bertentangan dengan sains ni, sains ni sentiasa berubah ubah. Yang penting sekali dalam berpantang adalah SOKONGAN DARI SUAMI.
Saya selalu copy Paste posting ini jika ada para suami bertanya tentang berpantang.
Berpantang. Suami wajib jadi pawang 100 hari. Dan kekalkan aktiviti sihat sehingga mati. Apa perlu suami buat?
Dapatkan: -Ikan yang segar -Sayuran kampong -Ayam kampong -Telor ayam kampong -Daging lembu segar
Bantu isteri: – Masak untuk isteri, lagi best ikan tu dibakar. Sediakan menu yang sihat, berkhasiat dan menyelerakan.
– Air kunyit dibuat sendiri.
– Urutan yang membuatkan isteri lebih tenang.
– Berkomunikasi setiap masa untuk elak meroyan.
-‘Khidmat’ 100% terutama minggu pertama. “Ada apa-apa lagi kekanda boleh bantu Adinda? “
– Pantau luka.
– Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
– Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
– Bantu mandikan isteri dan bayi.
Ambil tahu: – Ilmu penyusuan. – Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang. – Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor. – Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik – Basic urutan untuk ibu berpantang. – Cara berbedong/bekong kena ambil tahu juga ya. – Jamu/produk untuk ibu berpantang dan selepas.
Paling mustahak dan sangat setuju pesan mak: “100 hari mengawal CINTA sihatkan isteri”
Jangan dok fikir nak tambah bini sudah bila isteri berpantang!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama.
Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh berlaku tatkala meneran bayi keluar daripada perut.
Untuk pengetahuan anda, ada teknik pernafasan yang mungkin boleh membantu proses ini! Apakah ia?
Diperkenalkan oleh Pakar Obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze pada sekitar tahun 50-an dahulu, teknik pernafasan bersalin ini masih popular sehingga kini.
Teknik ini menggunakan metode psychoprophylaxis di mana wanita akan dilatih untuk bernafas secara terkawal sebagai alternatif ubat tahan sakit akibat kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi pernafasan dengan cara berikut:
Buat anda yang khuatir tentangnya, jangan risau kerana ia selamat! Namun adakah ia berkesan?
Tujuan utama teknik pernafasan bersalin ini dicipta adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat kontraksi.
Buat anda yang belum tahu, kontraksi adalah perubahan pada otot rahim sama ada mengetat atau melentur ketika tiba saat melahirkan bayi dalam kandungan.
Proses ini akan berlaku dan berulang untuk membantu wanita dalam proses kelahiran bayi dengan mendorong kandungan menuju saluran kelahiran.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa kontraksi ini tentu sekali menyakitkan dan sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkannya.
Tahap keberkesanan terknik ini sebenarnya adalah sangat bergantung kepada toleransi seseorang ibu hamil itu terhadap kesakitan.
Penting untuk kalian tahu bahawa ia sama sekali tidak akan menghilangkan kesakitan ketika bersalin namun mungkin boleh mengurangkannya.
Sekiranya anda ingin mempraktikkan teknik pernafasan Lamaze ini, sila dapatkan tunjuk ajar daripada pakar yang terlatih dalam bidang kebidanan.
Namun terdapat beberapa tip pernafasan bersalin umum mengikut tahap kontraksi yang boleh ibu hamil amalkan seperti berikut:
Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh badan anda kekal relaks.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan tahan nafas seketika.
#3. Setiap kali menghembuskan nafas, cuba fokus untuk merelakskan bahagian tubuh badan yang berlainan.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan ia melalui mulut.
#3. Kekalkan pernafasan anda seperlahan yang mungkin namun tingkatkan ritmanya apabila intensiti kontraksi mula meningkat.
#4. Relakskan bahu anda.
#5. Apabila kontraksi mula memuncak dan pernafasan mula menjadi laju, cuba ringankan ia dengan bernafas menggunakan mulut sahaja.
Apabila kontraksi mula berkurang, perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas menggunakan hidung dan hembuskan ia melalui mulut kembali.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan perhatian anda terhadap satu perkara contohnya pasangan, gambar, dinding atau sebagainya.
#3. Semasa kontraksi berlaku, cuba bernafas menggunakan mulut dengan kadar 1 ke 10 helaan setiap 5 saat.
#4. Setiap kali tiba nafas yang keempat atau kelima, hembuskan ia dengan tempoh yang agak lama.
#5. Apabila kontraksi ini berakhir, cuba bernafas dengan relaks.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan minda anda kepada pergerakan bayi dalam kandungan yang mula menurun untuk keluar.
#3. Bernafas secara perlahan dengan ritma yang sesuai bagi setiap kontraksi.
#4. Laraskan pernafasan anda sendiri untuk keselesaan.
#5. Apabila anda terasa tekanan untuk menolak bayi keluar, tarik nafas sedalamnya dan perlahan hembuskan ia.
#6. Apabila kontraksi berakhir, relaks dan tarik nafas dua kali dengan tenang.
Teknik pernafasan bersalin yang umum ini mungkin dapat membantu ibu hamil melancarkan dan mengurangkan kesakitan tatkala proses bersalin.
Untuk mengetahui cara betul mempraktikkan teknik Lamaze yang disebutkan di atas tadi, sila dapatkan informasi lanjut daripada doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.