Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal. Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah-masalah yang melanda. Pun begitu, sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga kekal harmoni. Sebagai manusia biasa, mungkin ada perbuataan atau perkataan yang keluar dari mulut kita, mengguris perasaan orang tersayang.

Ketika bergaduh dengan pasangan, tidak bolehlah kedua-duanya menunjukkan ‘angin’ masing-masing. Jika salah seorang sudah jadi api, maka yang seorang lagi perlulah menjadi air. Tidak salah beralah, anda tidak kalah pun.

Selepas amarah mulai kurang, pasangan anda pasti akan merasa bersalah kerana memperlakukan begitu. Pada waktu itulah, paling sesuai untuk kalian berbincang dan masing-masing mengakui kesilapan sendiri.

Artikel Menarik: [Nak Pahala ‘Free’? Rajin-Rajinlah Cium Pasangan. Dahi & Kening Point Terbaik!]

Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?

Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.

Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.

Artikel Menarik: [Rajin Solat Dhuha Dan Selalu Doakan Suami, Rezeki Tambah Murah. Cik Abang Pun Sayang!]

Mengapa Penting Saling Bermaafan?

1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.

2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia & Jarang Nak Gaduh. Sweet Je!]

3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.

Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan. Dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.

Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.