Pelakon, Linda Hashim telah selamat melahirkan anak ketiganya, bayi perempuan yang sangat comel pada isnin minggu lepas. Berita gembira ini dikongsi beliau baru-baru ini buat semua peminatnya menerusi akaun instagram.
Beliau yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Beego dikurniakan 2 cahaya mata Perempuan, Jelita Clarissa 5, dan Anggun Cassandra 3.
Salam semua..alhamdulillah cukup lah seminggu kelahiran puteri ke3 kami. Syukur ya allah kau permudahkan segala urusan kami. Sgt mudah sgt senang sangat sekejapan, dtg hospital pukul 10pagi terus ke labour check 5cm sudaa.
Ads
Golek punya golek menahan sakit sikit tup tup tgh azan zuhur dia nak keluar. keluar la si anak solehah kami ni pada pukul 1.37 tghri isnin 8-4-19 berat 3.12kg..alhamdulillah syukur sangat dgn nikmat allah ni .
Terima kasih juga kat suami yg sentiasa menemani dan membantu walau apa juga keadaan dari baby dlm perut sampai la ke pantang ni. semoga allah saja yg membalas jasa u syg @beego_linda dan kpd doctor sy dr jaafar stuff2 dari KPJ tawakal @kpj_tawakkal terima kasih atas layanan terbaik u all semua dari 1st 2nd and 3rd baby pun tetap sama je layanan baik korg tq
Ads
Ads
Tak lupa juga mak mertua sy @roshidahelias turut membantu dlm drama ni, bantu jagakan si nopal jelitanggun dgn baik tq mama. tq juga utk semua family kawan2 yg dtg visit..lohh..panjang ucapan ni mcm menang award.ok dah.. lepas ni sy bagi tau nama baby ya..stay tune.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che’ Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.
Menurut baginda, Che’ Puan Khaleeda dan bayi berada dalam keadaan sihat.Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.
Che’ Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.
Lebih menarik, Che Puan Khaleeda telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam dan pagi tadi menerima hadiah paling bermakna seorang putera.Keluarga baru kerabat Johor
Menerusi ruangan komen di Instagram TMJ, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas kelahiran putera keduanya pagi tadi. Mereka turut mendoakan agar keluarga diraja ini terus diberkati oleh Allah SWT.
Sumber : Bernama & Instagram Tunku Mahkota Johor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses kelahiran yang dilakukan secara indius perlu dilaksanakan sekiranya ada masalah tertentu yang menyebabkan kebahayaan kepada ibu dan bayi. Apakah perkara yang membezakan proses perlaksanaannya?
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan atau cara mekanikal.
PROSES INDIUS DILAKUKAN DENGAN UBAT & PERALATAN
Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.
Ubat-ubatan
Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.
a)Prostaglandin
Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
b)Oxytocin/ pitocin
Oxytocin atau pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Alatan
a)Sweepe & strecth (S&S)
Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuban bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.
b)Amni hook
Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.
c)Foley balloon cathether
Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.
PROSEDUR INDIUS
Anda yang disahkan bakal melalui induksi akan diberikan hormon prostaglandin dalam bentuk pil, gel atau tablet yang bertindak secara perlahan (slow release) menerusi vagina. Anda akan dipantau selama enam jam dari segi rentak jantung bayi, kontraksi dan keadaan bayi.
Pengambilan hormon prostaglandin menerusi pil mengurangkan daya kawalan terhadap proses kelahiran terutamanya kepantasan proses kelahiran berbanding oxytocin atau pitocin yang diberikan melalui intravena yang boleh dikawal pengambilannya dalam tempoh tertentu. Sekiranya hasil pemantauan menunjukkan tiada bukaan rahim, dos kedua akan diberikan. Pemberian dos kedua dipertimbangkan oleh doktor bergantung kepada profil anda iaitu jumlah anak dan sejarah kelahiran secara pembedahan caesarean.
KOMPLIKASI & RISIKO
Penting untuk anda untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang proses induksi dijalankan supaya persediaan emosi dan fizikal dapat dilakukan. Dengan memahami pro dan kontra induksi serta risiko yang akan didepani, maka lebih mudah menjangka apa yang akan berlaku kepada bayi dan anda seterusnya. Risiko kelahiran secara induksi ialah:
Ibu dan suami perlu memahami mengapa kelahiran bayinya perlu prosedur indius. Pemahaman ini menjadi perkara pokok yang membantu proses kelahiran berjalan lancar. Sekiranya kurang jelas, anda perlu bertanya kepada doktor tentang prosesnya dan apa yang dijangka akan berlaku.
Penting bagi anda mengetahui kelahiran indius boleh berakhir dengan pembedahan caesarean kerana kegagalan bukaan serviks setelah ubat-ubatan dan alatan digunakan dalam tempoh yang diberikan. Doktor yang merawat tentu sudah mempertimbangkan jangka masa, faktor keadaan dan risiko bayi lemas sebelum indius dijalankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah selamat melahirkan bayi keduanya pada seminggu yang lalu, hari ini iaitu pada hari ketujuh kelahirannya, Ummi tampil mendedahkan nama pilihan buat anak keduanya itu.
Sepakat menamakan bayi mereka dengan nama berpangkal huruf AA, sama seperti anak sulungnya, Ayra Aneesah, Ummi dan suaminya Dr Izzar memilih nama indah penuh makna.
Malah kata Ummi, nama indah itu diambil bersempena nama isteri baginda Rasullullah SWT.
“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW.
“Arsylia pula yang bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia & sempurna,” kongsi Ummi di Instagramnya.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Ummi juga turut mengharapkan agar anak kedua yang menjadi pelengkap rumah tangganya itu akan turut menjadi anak yang solehah malah sentiasa berbakti kepada agama dan negaranya kelak.
“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara.
“Risau mummy masa 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding. Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur. Allah Maha Besar @ayshaarsylia,” tulis Ummi lagi.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Ummi turut sama berkongsi wajah comel Aysha Arsylia kepada umum. Comel sekali.
Dalam pada itu, suami Ummi, Dr Izzar juga turut sama memaklumkan hal yang sama di Instagramnya.
“Aysha Arsylia binti Mohd Izzar Anwari. Alhamdulillah genap 7 hari Aysha dah berada di muka bumi ini. Alhamdulillah.
“Membesarlah dengan baik dan sihat, anakku Aysha Arsylia. Jadilah anak yang solehah serta berbakti kepada agama dan negara. Mummy, Daddy n Ayra akan sentiasa bersamamu. Tambah-tambah, zaman lockdown pkp ni. Memang sentiasalah bersamamu sokmo.
“Mohon semua untuk mendoakan kebahagiaan dan keselamatan kami sekeluarga. Aminn YRA
p/s : Jadilah seorang basketballer juga. No pressure,” selorohnya lagi.
Ummi selamat melahirkan bayi keduanya pada 2 Jun lalu dengan berat 3.32kg di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Terdahulu, Ummi mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada tahun 2017. Hasil perkahwinan itu mereka ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @umminazeera @ @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.