Sekali lagi hati Datin Eina Azman tersentuh apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh seorang bayi yang mempunyai masalah ekzema kronik.

Terbaru dalam instagramnya, Eina Azman tampil lagi sekali membantu seorang bayi perempuan berusia 5 bulan untuk berjumpa pakar kulit bagi merawat ekzema di muka dan beberapa bahagian badan yang turut mengalami masalah itu sejak usianya 2 bulan.

View this post on Instagram

Salam semua… today eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan. Baby afiya kena Eczema since umur 2 bulan. So adik kpd kak yani yang dm eina bertanya mengenai budak2 yang eina pernah tlg sblm ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang eina bawa sblm ni. Dan dia ada hantar gmbr baby afiya. Terus eina ckp nk tlg sbb tgk keadaan baby afiya kulit dia yang dah mengelupas dan pedih2 berdarah. Sure pedih tu 😢😢 so Alhamdullilah today all the way from kluang johor family kak yani dtg bawa baby afiya utk mencuba rawatan di clinic pakar yang eina sering bawa budak2 yang ada sakit kulit. Hopefully kulit baby afiya akan cepat sembuh🙏🏻🙏🏻🙏🏻 so for those yang nak membantu or menghulur kan apa2 utk baby afiya boleh transfer ke account 0310529000248278 BSN NURUL ELYANI 😊

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

“Keadaan baby Afiya kulit dia dah mengelupas dan pedih-pedih berdarah. Jadi alhamdullilah today all the way from Kluang, Johor family Kak Yani datang bawa baby Afiya…

“…untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit. Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh,” tulisnya.

Tak Sampai Hati Tengok Kulitnya Pedih & Berdarah. Eina Azman Sekali Lagi Bantu Bayi Ekzema

IKLAN

Eina turut berharap rawatan ini boleh membantu mengurangkan kesakitan baby Afiya dan boleh membesar dengan baik seperti kanak-kanak lain yang seusianya.

“Mungkin sebelum ini dia hanya merengek sebab tak selesa, gatal dan pedih. Harapnya selepas ini masalah itu tak menganggunya lagi,” katanya.

Tak Sampai Hati Tengok Kulitnya Pedih & Berdarah. Eina Azman Sekali Lagi Bantu Bayi Ekzema

Eina juga turut berkongsi sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu Afiya boleh beri sumbangan ke akaun BSN ibunya, 0310529000248278 BSN (NURUL ELYANI).

IKLAN

Tahun lalu Eina juga turut membantu beberapa bayi dan kanak-kanak yang menderita masalah sama untuk mendapat rawatan pakar.

ARTIKEL BERKAITAN [Doktor Sarankan Buat Ujian Darah Untuk Tahu Masaah Alahan Punca Anak Ekzema Sebelum Rawatan Diberi]

Antaranya derita dua beradik menghidap penyakit kulit (ekzema) iaitu Mohamad dan kakaknya, Lela Safiya selain adik Thaqif Arjuna yang menetap di Pulau Pinang sebelum mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

IKLAN

Bantuan yang dihulurkan Eina atas dasar nalurinya sebagai seorang ibu. Sebagai ibu tengok anak sakit sikit pun kita susah hati apatah lagi jika hari-hari dengar anak merengek dan menangis tak selesa.

Sumber: IG eina azman

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI