Ramai anak selebriti tanah air mula menjadi wajah dan duta untuk pelbagai jenama namun bagi Emma Maembong, dia tidak mahu memaksa anaknya untuk ‘bekerja’ dan menggalas komitmen.

“Kalau bercakap mengenai penajaan, sejak anak pertama lagi saya mula ditawarkan. Memang ada yang tawarkan.

Tak Sanggup Nak ‘Paksa’ Anak Bekerja, Emma Maembong Letak Syarat Kalau Ada Penaja Nak Juga

“Cumanya, sebab saya bekerja di dalam industri, saya tahu kepenatannya bagaimana.

“Lagipun, saya sendiri pun tak sanggup ‘memaksa’ anak saya bekerja,” katanya.

Tambah Emma, dia mahu anaknya melalui proses membesar dengan penuh keseronokan seperti kanak-kanak lain.

Tak Sanggup Nak ‘Paksa’ Anak Bekerja, Emma Maembong Letak Syarat Kalau Ada Penaja Nak Juga

“Saya tak mahu anak saya trauma. Saya nak dia meraikan kehidupannya. Saya nak dia membesar dan berseronok melalui proses itu,” katanya.

IKLAN

Bagaimanapun, sekiranya masih ada jenama yang mahu menggunakan khidmat anaknya untuk mempromosikan produk mereka, Emma lebih selesa untuk menetapkan syarat tertentu.

Baca artikel menarik:

Bilal Dapat Duit Raya Lebih RM14,000. Neelofa Anggap Rezeki “Tak Meminta, Ada Rezeki Alhamdulillah”

“Angkutt..Angkutt.. Bunga Aku Tak Nak Angkut?” Gelagat Anak Menantu Chef Wan Tapau Makanan Bawa Balik Perlis

“Lawanya Vie Zaara” Kecantikan Anak Sulung Dato’ Sri Eizlan Yusof Curi Tumpuan

IKLAN

“Saya tetapkan untuk ada syarat di dalam kontrak mengenai moodnya sebab mood kanak-kanak, tidak menentu,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, dia perlu mengambil masa lama untuk merakamkan sesuatu material bagi mempromosikan jenama tertentu bersama anaknya.

Tak Sanggup Nak ‘Paksa’ Anak Bekerja, Emma Maembong Letak Syarat Kalau Ada Penaja Nak Juga

“Kalau anda pernah melihat video yang saya muat naik ke Instagram menampilkan anak saya, walaupun durasinya pendek, tapi prosesnya panjang.

“Ada ketikanya, ia memakan masa sehingga beberapa minggu. Sebab apa? Sebab saya rakam secara santai dan mengikut moodnya,” katanya.

IKLAN

Kini, ibu kepada Shariq Gabriel ini menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata keduanya tidak lama lagi.

Kredit: Hmetro

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI