Ketika membesarkan anak-anak, kita mahukan yang terbaik buat mereka. Sedarkah anda, kita juga ada berbuat salah? Dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak, kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna.

Lihat senarai yang Pa&Ma kongsikan ini. Adakah ia ada berlaku pada anda? Jika ada, mungkin sudah tiba masanya untuk berubah.

IKLAN
  1. Pernahkah anak-anak mendekat anda dan cuba mencuri perhatian anda? Bahkan mereka sanggup memberanikan diri untuk buat perkara yang mungkin akan menyebabkan mereka dimarahi. Jika inilah yang berlaku, sedarkah anda bahawa SEBENARNYA KITA TIDAK MEMBERI CUKUP SENTUHAN KASIH SAYANG KEPADA MEREKA?
  2. Anda marah jika anak mulai berbohong? Jika mereka mulai berbohong, itu menjadi petunjuk yang anda mungkin sering menghukum mereka dengan KERAS untuk setiap KESALAHAN yang mereka buat sebelum ini.
  3. Anda perasan yang anak mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Sebabnya, anda lebih banyak MEMBEBEL dari memberi DORONGAN ketika mereka mencuba membuat sesuatu.
  4. Sudah banyak yang kita berikan kepada anak-anak tetapi mereka suka mengambil hak orang lain. Ini mungkin berlaku kerana mereka TIDAK diberikan PELUANG untuk membuat pilihan sendiri.
  5. Ini selalu berlaku, tanpa sedar kita suka membandingkan anak-anak dengan orang lain. Tabiat buruk kita itu akan mendorong mereka menjadi seorang yang KUAT CEMBURU dan BERDENGKI dengan kelebihan orang lain.
  6. Anak selalu takutkan sesuatu yang tidak pasti. Ini kerana kita SELALU MEMBANTU mereka tanpa memberi peluang kepada mereka untuk berdepan dengan perkara itu. Berikan ruang untuk mereka menghadapi cabaran tersebut, jika perlu baharulah kita membantunya.
  7. Katakan anak anda seorang PERENGUS atau mudah marah, itu tandanya anda TIDAK CUKUP menghargai dan memberikan PUJIAN apabila mereka berkelakuan baik. Bahkan kita sentiasa memandang yang negatif sahaja pada mereka.
  8. Jika anak-anak diperhatikan tidak menghormati perasaan orang lain, boleh jadi ia berlaku kerana anda selalu MEMERINTAH dan TIDAK PEDULI dengan perasaan mereka. Hasilnya, mereka tidak merasa untuk menjaga perasaan orang lain itu sebgai satu hal yang penting.
  9. Anak kurang berkongsi dan lebih selesa berdiam diri? Cuba ingat kembali, mungkin anda sering MEMBESARKAN PERKARA yang menyentuh tentang diri mereka.
  10. Kita sering marahkan anak kerana mereka tidak beradab. Mungkin cara begitu mereka pelajari dari anda yang juga BIADAP.
  11. Anak yang mudah dibuli atau tidak berani untuk mempertahankan diri menunjukkan yang mereka SENTIASA DIHUKUM di hadapan orang lain. Sebagai ibu bapa, menghukum anak-anak harus dilakukan ketika hanya ada anda dan dia sahaja. Teguran atau denda adalah sesuatu yang MEMALUKAN, jika anda mahu mendidik anak-anak, pastikan ia dibuat secara PERSONAL.

 

IKLAN
IKLAN

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI