Baru beberapa jam bertolak pulang ke rumah, kehilangan isteri dan seorang anak dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi semalam sungguh tak disangka.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Siti Khadijah Haron, 33, dan bayi perempuannya, Nur Qaireen Marissa Nor Azry.

Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang. Ibu & Bayi 8 Bulan Maut Tersepit

Baru lepas hadir program hari keluarga

Menurut sumber, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke Pahang selepas mengikuti hari keluarga di Alor Setar, Kedah.

Kemalangan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu turut membabitkan sebuah lagi treler dan tiga lagi kenderaan lain termasuk sebuah jip.

Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga lain.

Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang. Ibu & Bayi 8 Bulan Maut Tersepit

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad memaklumkan treler yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan terlebih dahulu melanggar sebuah kereta jenis Volvo sebelum merempuh Proton Waja yang dinaiki mangsa.

IKLAN

Akibat rempuhan itu, kenderaan dinaiki lima beranak itu terperosok di bahagian belakang sebuah lagi treler yang berada di hadapan di lorong kiri lebuh raya.

Shafee berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang Proton Waja tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suami dan dua anak lain selamat

Suami arwah dan dua lagi anak perempuan dan lelaki masing-masing berusia tujuh dan lima tahun walau bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang. Ibu & Bayi 8 Bulan Maut Tersepit

IKLAN

Pulang awal untuk urusan persekolahan anak

Sementara itu, menurut bapa mentua arwah Siti Khadijah, Mohd Rosddin Hasbullah, 62, mereka sekeluarga pulang awal dari program hari keluarga untuk selesaikan urusan persekolahan anak sulungnya yang akan masuk darjah satu.

Mohd Rosddin tidak menyangka majlis bersama keluarga di Alor Setar itu adalah pertemuan terakhirnya.

Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut apabila Nor Azry memberitahu bahawa mereka terbabit dalam kemalangan.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Bukit Tinggi, Pahang selepas berkumpul dengan ahli keluarga di Alor Setar sejak Isnin lalu.

Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang. Ibu & Bayi 8 Bulan Maut Tersepit

IKLAN

Tidak tunjuk sebarang perubahan

Mohd Rasddin berkata, sebelum pulang Nor Azry sekeluarga juga sempat ke Padang Besar, Perlis dan bertolak pulang kira-kira 8.30 malam sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu pada tengah malam.

“Menantunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi dia agak banyak bercakap dan mengikut semua permintaan anaknya ketika beli-belah di Padang Besar.

“Mereka sempat singgah makan di Bukit Mertajam dan menghantar gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

“Mereka juga sempat singgah di beberapa kawasan untuk makan sebelum kejadian,” katanya.Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang. Ibu & Bayi 8 Bulan Maut TersepitJenazah dua beranak itu dibawa pulang ke kediaman keluarga Siti Khadijah di Kuantan untuk dikebumikan.

Sumber: Awani & Metro

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI