Usahawan muda, Tya Ariffin yang kini sedang hamil anak ketiganya mendedahkan dia pernah mengalami keguguran ketika bercuti ke Dubai tahun lalu.
Rezeki untuknya dan suami untuk menimang cahaya mata ketiga mereka ketika itu tidak kesampaian dek kerana mengalami keguguran sebaik tiba di tanah air waktu itu.
Menerusi Instagramnya, Tya memuat naik video ketika berkongsi kehamilannya kepada suami dan dua anaknya.
“Akhir Januari. Sebenarnya pada saat bercuti bersama anak tahun lalu Tya sudah pregnant tapi tak tahu.
“Patutlah masa tu bila berjalan kaki biasanya larat, tapi rasa cepat penat. Gendong Ara pun tak boleh lama, tak larat.
“Jadi semasa di Turkey yang Tya saja check, kerana datang bulan lambat, jadilah video ini untuk kenangan.
“Ya, Tya mengalami keguguran saat itu ketika pulang ke Malaysia,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia dan suami mensasarkan untuk menambah anak lagi sebelum menginjak usia 30 tahun.
Mengakui begitu terkesan dengan kehilangan bayi ketiganya itu, Tya bagaimanapun paling bersyukur kini kerana dikurniakan rezeki hamil sekali lagi.
“Saat dapat tahu pregnant saat bercuti itu, gembira Alhamdulillah. Tapi selepas pulang ke Malaysia, kejadian itu terjadi. QadarAllah.
“Tak pernah rasa kehilangan, jadi Tya sekarang Tya faham perasaan ibu yang juga keguguran apatah lagi ibu yang berjuang garis dua.
“MashaAllah kalian sangat kuat. Awal mula rasa sedih, Beberapa hari, sudah mulai menerima redha dan ikhlas. Allah akan bagi pada saat yang tepat. Amin,” tambahnya.
Terdahulu, Tya dan suaminya, Ashraf Khalid bakal menimang anak ketiga mereka tidak lama lagi selepas mengumumkan kehamilan itu tidak lama dulu.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI