Mainan tak dinafikan amat membantu perkembangan otak anak-anak kita. Dengan mainan mereka dapat meneroka, merasai struktur dan sensori dan paling penting mainan buat otak anak-anak berfikir bagaimana untuk mereka bermain.

Jadi samada mainan murah atau mahal tidak pernah menjadi soalnya. Apa yang penting adalah pilihlah mainan yang bermanfaat untuk anak, bukan mainan semata-mata. Parenting Infleuncer, En Mohd Fhais Salim berkongsi kelebihan mainan pada anak.

Tak Semua Mainan Mahal Bagus. Yang Murah Pun Tak Apa, Janji Bermanfaat!


Nak beli murah ke mahal? Terpulanglah pada mak ayah.

Mainan murah tapi mahal manfaatnya. Hah, ingat mainan mahal-mahal semua bagus ke. Sebenarnya mainan yang murah-murah lagi banyak manfaat dari mainan mahal tau.

Apa sahaja mainan yang anak boleh buat pretend play, itu la mainan yang paling bagus untuk anak 6 tahun ke bawah.

Tak Semua Mainan Mahal Bagus. Yang Murah Pun Tak Apa, Janji Bermanfaat!

5 sebab pretend play bagus untuk perkembangan anak-anak.

1. Asah kemahiran sosial
Dia berlakon konon-konon memasak, jadi doktor, jadi cashier semua tu sebenarnya dia sedang asah kemahiran sosial dia.

Dari cara bercakap sampai la kepada cara nak menerima arahan dari orang lain. Itu semua kemahiran sosial.

Walaupun dia cakap sorang-sorang, tapi dia sedang berimaginasi bercakap dengan orang lain. Hah, masa tu perkembangan sosial dia akan meningkat.

Tak Semua Mainan Mahal Bagus. Yang Murah Pun Tak Apa, Janji Bermanfaat!

IKLAN

2. Latihan bahasa
Masa anak buat pretend play cuba tengok dia bercakap. Selalunya lebih lancar, lebih petah dan lebih banyak cakap dari biasa.

Ini kerana ketika buat pretend play sebenarnya dia sedang sungguh-sungguh menjiwai watak tersebut.
Makin dia jiwai watak, makin banyak latihan bahasa dia dapat. Masa pretend play ni juga anak banyak buat eksperimen bahasa dia.

3. Belajar kawal emosi
Main sorang-sorang pun kadang macam main ramai orang. Nada suara, gaya tubuh, cara bercakap dia berubah-ubah..

Contoh kalau main pretend bawa kereta, dari kereta tu laju siap ada bunyi broom broom…..
Sampai la kereta tu nak terjatuh gaung, oh no. Jatuh dalam slow motion pulak tu.

Daripada emosi bawa kereta laju sampai nak terjatuh tu, anak belajar untuk kenal emosi teruja dan suspen. Kadang dia belajar emosi gembira, sedih, marah dan sebagainya. Pretend play bagus untuk kematangan emosi anak-anak.

Tak Semua Mainan Mahal Bagus. Yang Murah Pun Tak Apa, Janji Bermanfaat!

4. Jadi senaman fizikal dia
Pretend play ni bukan terhad pada alat mainan yang tak banyak bergerak je tau, ada juga pretend play yang gasak juga.

Contoh macam jadi askar, jadi bomba, jadi adiwira. Kalau dapat mainan ni, memang tak duduk diam punya anak-anak kita.

IKLAN

Segala panjang akal dia bermain itu la jadi senaman fizikal dia hari-hari. Makin kuat dan sihat la anak kita lepas tu. Cuma kena sabar la kalau rumah sepah dan bising selalu. Huh!

Tak Semua Mainan Mahal Bagus. Yang Murah Pun Tak Apa, Janji Bermanfaat!

 

5. Kemahiran berfikir berkembang
Ingat senang ke nak berimaginasi? Imaginasi ni perlukan kemahiran visual dan kreativiti otak yang tinggi. Anak yang boleh fokus dan kreatif sahaja boleh buat pretend play ni.

Main pretend play ni lebih banyak kembangkan kemahiran kreativiti otak anak kita berbanding lego, monopoli, puzzle, dan permainan canggih lain.

Tidak ada peraturan, tidak ada sekatan. Perkembangan anak kita tak terbatas, unlimited learning. Terbaik untuk otak anak kita ni.

Masa anak buat pretend play tu jangan kacau pula, melainkan kita di jemput. Kalau di ajak main sekali pretend play dia hah, layankan sahaja la. Walaupun main masak-masak.

IKLAN

Ikut kajian anak yang bermain dengan orang dewasa perkembangan mereka jadi 2 kali ganda lebih cepat berbanding main sorang-sorang.

Mainan murah tak apa, janji banyak manfaat.

Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim
**di gambar contoh mainan murah untuk pretend play anak-anak

Menarik: Lagi Takut Bawa Anak Ke Shopping Mall, Tak Bimbang Hantar Anak Sekolah, Yatt Hamzah Syukur Tengok Anak Happy

Tak Semua Mainan Mahal Bagus. Yang Murah Pun Tak Apa, Janji Bermanfaat!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI