“Tak Suka Simpan Banyak Barang” Misi Kemas Rumah, Memey Sedekah Barang Yang Ok, Buang Yang Dah Rosak

Share

Bila ada masa terluang memang tak sah kalau mak-mak tak mulakan misi mengemas satu rumah. Sama seperti selebriti, Memey Suhaiza yang mengambil peluang cuti raya semalam untuk mengemas dan membuang barangan yang telah rosak.

Jika ada barangan yang masih elok, dia akan sedekahkan kepada sesiapa yang berminat. Bagi Memey, dia tidak suka jika terlalu banyak barang lama yang dikumpulkan.

Cuti raya be like😆 Mengemas segala yang bersepah, tersimpan & rosak..

Mummy panggil contena tu sebab banyak barang.. lama dah tertangguh misi ni..😂 Tapi bila dah panggil contena ni memang ada duration masa so tak boleh lengah-lengah…

Kemas selagi boleh… mummy tak suka barang berkumpul..sakit mata…
Mana yang elok kongsikan rezeki dekat orang lain.. bagi-bagi.. yang tak ok dah rosak baru buang..

Mummy kemas jer.. papa angkut semua tu..dengan kak laili n syarah😍
Tulah gunanya sado,kan pa..🙈bukan sado untuk feeling-feeling k .. untuk tolong isTeri👍

Dah mengemas mummy bagilah upah makanan diet fav papa.. Ramai yang comment dekat video makan raya pagi tadi…@normanhakim_786 sungguh boleh tahan ke tak makan makanan lain?

Yes memang sungguh-sungguh dia displin.. langsung tak makan.. pagi petang siang malam memang mummy kena prepare healthy food.. Mummy support jelah apa-apa yg dia suka..

Tq papa & @mikayladelishahakim rajin sangat nak menolong😍

Rata-rata warga maya berkongsi pendapat yang sama dan tak suka simpan terlalu banyak barang. Ada juga yang memuji sikap rajin si kecil membantu papanya mengemas halaman rumah.

Samala kami tak suka halaman sepah

Rajin naa

Kredit: Memey Suhaiza

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN