Ekzema adalah masalah kulit yang biasa terjadi kepada anak kecil. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah. Namun tidak dinafikan ada yang kekal sehingga usia dewasa.

Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema, Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dermatitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

Kasihan sangat bila melihat anak kecil tergaru-garu kerana gatal dan ada yang meggaru bahagian ekzema yang kering sehingga luka! Bahagian yang selalu kering dan gatal ialah bahagian muka terutamanya pipi, pergelangan tangan, pertengahan siku, lutut dan kaki.

PENCETUS KEGATALAN AKIBAT EKZEMA

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Kulit penghidap ekzema dikatakan tidak boleh menampung kelembapan dan menyebabkan ia kering. Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:

  • Pendedahan kepada bulu binatang.
  • Penggunaan bahan kimia pada kulit.
  • Pemakaian fabrik sintetik.
  • Panas dan berpeluh.
  • Cuaca kering dan sejuk.
  • Tekanan perasaan atau stres.
  • Kulit terlalu kering.

PENJAGAAN KULIT BAGI KANAK-KANAK
Si kecil yang mengalami ekzema bukan sahaja akan gatal pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali.

Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah mencegah tercetusnya kegatalan, ubat-ubatan daripada preskripsi doktor, peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih baik.

  • Sapuan pelembap. Pelembap kulit memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak mudah gatal.
  • Sentiasa memastikan kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  • Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  • Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian (pakaikan seluar panjang jika ekzemanya pada pelipatan betis).
  • Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  • Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
  • Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  • Amalkan penyusuan susu ibu.
  • Elakkan makanan yang mencetuskan kerengsaan ekzema seperti susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus. Ia berbeza bagi setiap individu.

Antara lain boleh mama papa gunakan ialah rangkaian Eau Thermale Avène Xera Calm A.D. Walau pun ia tidak pengganti kepada ubat yang telah dibekalkan oleh doktor atau pakar kulit ia mampu membantu dalam menguruskan ekzema.

Avène XeraCalm A.D mengandungi XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cleansing Oil iaitu pembersih bebas sabun yang membersih secara lembut dan melindungi kulit daripada kesan pengeringan. Ia membuatkan kulit berasa selesa dan lembut. Ia juga bebas pewangi dan tidak memedihkan mata. Sangat bagus digunakan semasa kegatalan melanda.

XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream (200ml) pula melegakan sensasi kegatalan dan memberi pertahanan kepada kulit. Baik digunakan satu hingga dua kali sehari pada bahagian kering di muka dan/atau badan selepas mandi menggunakan XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream. Namun begitu ia boleh digunakan pada kulit yang luka. XeraCalm A.D Cream boleh digunakan pada wajah & badan.

Eau Thermale Avène Xera Calm A.D tidak mengandungi pewangi, bebas paraben dan boleh digunakan sama ada untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Produk ini menggunakan mekanisme Device for Exclusive Formula Integrity atau D.E.F.I yang dihasilkan tanpa bahan pengawet bagi memelihara kulit sensitif dengan lebih baik.