Bukan biasa-biasa apabila seorang ibu menyusukan anaknya di dalam hutan. Menggelarkan dirinya sebagai ‘gadis hutan’ menerusi video yang dikongsi di laman sosial, wanita itu kelihatan selesa menyusukan anaknya di laluan trek.
“Bila gadis hutan dah jadi mak. Angkut anak masuk hutan sekali,” menurut keterangan video sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Adilah Suhailin Kamaruzaman mengakui dirinya sering membawa masuk anak lelaki yang berusia setahun dan empat bulan ke dalam hutan.
Ibu berusia 29 tahun itu turut dilatih oleh bapanya untuk masuk ke hutan sejak kecil selain sebelum ini melakukan kajian mengenai hidupan liar ketika mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Zoologi di Universiti Sains Malaysia (USM).
“Saya mula bawa anak masuk hutan buat jungle trekking sejak usianya empat bulan. Sekarang ni setiap bulan wajib masuk hutan bersama anak.
“Masa mula-mula tu saya bawa dia masuk kejap je. Dari 30 minit ke 45 minit, selepas tu sejam dan sekarang paling lama sampai dua jam kami dalam hutan,” katanya kepada mStar.
Lebih dikenali sebagai Sue Kz, dia bagaimanapun mempunyai alasan setiap kali membawa anaknya masuk ke hutan yang turut disertai suaminya.
“Sejak ada anak, saya nak dedahkan dia kepada alam semula jadi dan kurangkan skrin (penggunaan gajet) dengan membawanya keluar dari rumah.
Ads
“Saya bukanlah kaki hiking tapi adalah conservationist (pemulihara) alam. Saya biasakan pendedahan anak dengan hutan supaya dia cintakan alam semula jadi, dan jadi tahan lasak,” ujarnya yang berasal dari Besut, Terengganu.
Sue Kz mahu anaknya membiasakan diri dengan alam semula jadi.
Malah, suri rumah itu juga pernah membawa anaknya ke perkampungan Orang Asli dekat Tasik Chini, Pahang dan bermalam selama dua hari ketka menjadi sukarelawan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk program anak-anak Orang Asli.
Menurut Sue Kz, anaknya menyusu badan sepenuhnya sekali gus memudahkan pergerakan mereka setiap kali masuk ke hutan.
“Kami bukan masuk hutan bertiga bersama suami, tapi akan pastikan kami dah biasa dengan hutan tu terlebih dahulu dari segi tahap keselamatan dan risiko bahaya.
Ads
“Paling penting kawasan hutan yang child friendly (mesra kanak-kanak). Maksudnya tiada binatang buas dan tiada kecuraman yang membahayakan di sepanjang laluan,” tambahnya.
Suami sentiasa menemani Sue Kz dan anak masuk ke hutan.
Ditegur netizen mengenai kebimbangan terhadap makhluk halus, wanita itu sebenarnya lebih takut dengan pengaruh media sosial yang tidak baik boleh mempengaruhi anaknya.
“Setiap kali masuk hutan, kami akan baca doa untuk pelindung diri. Secara peribadi, saya sebenarnya tak takut hantu dalam hutan, dan rasa pendedahan gajet lebih bahaya.
“Dalam tak sedar, kesan (gajet) membuatkan anak-anak mudah berdamping dengan ‘hantu’ yang kini menjadi trend seperti Huggy Wuggy, Mommy Long Legs dan Siren Head, sehingga anak-anak memuja ‘hantu-hantu’ ini. Benda-benda ini yang lebih merosakkan anak-anak,” tambahnya.
Ads
Aktiviti masuk ke hutan menjadi kebiasaan buat Sue Kz, suami dan anak.
Sue Kz turut bersyukur kerana anaknya tidak meragam setiap kali mereka masuk ke hutan sekali gus memudahkannya untuk menyusu.
“Anak tak menangis bila masuk hutan. Setiap kali kami berehat, anak yang dah boleh berjalan boleh main daun dan kenal spesies tumbuhan lain.
“Sebenarnya anak lebih mudah menangis apabila masuk shopping mall, mungkin kerana ramai orang… macam di kenduri dia mudah menangis sebab tak selesa” katanya.
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang menerima rawatan kelecuran tahap empat akibat disimbah asid sulfurik pekat di sebuah pusat beli belah di Damansara, kini menunjukkan perkembangan yang berbeza dan sangat ceria setelah dipertemukan dengan anaknya.
Ia merupakan pertemuan kali pertama Faisal bersama anaknya, Khalish Aryan selepas insiden yang berlaku pada awal Mei lalu.
Malah Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, anak Faisal, dibenarkan untuk berjumpa dengan bapanya di pusat perubatan tersebut pada setiap hari.
Beliau berkata, Khalish Aryan juga difahamkan dapat menerima dengan baik keadaan bapanya yang masih dalam proses rawatan dan pemulihan dengan beberapa anggota badan masih berbalut.
“Doktor sudah beri kebenaran (anak) untuk datang setiap hari. Sejak tiga hari lepas. Ia adalah keputusan (kebenaran anak melawat) doktor dan Faisal.
“Faisal rapat dengan anaknya, berbual ceria dengan anaknya seperti biasa, cuma tak boleh dekat kerana keadaan masih sensitif dan tak boleh pegang sebab berbalut luka.
“Moral Faisal juga semakin baik sejak keluar dari ICU (unit rawatan rapi) beberapa hari lalu. Kurang tekanan berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Faisal pada Khamis.
Bahkan katanya lagi, pemain kelahiran Pulau Pinang itu juga teringin untuk menikmati makanan kegemarannya Nasi Kandar namun belum masanya lagi.
“Dia teringin (nasi kandar) tapi belum lagi. Semalam (Rabu) dia makan ayam penyet,” katanya.
Terdahulu, Faisal yang dipindahkan ke wad biasa pada Selasa lalu kini meluahkan keinginan untuk makan nasi kandar.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Selepas kemelut rumah tangga yang kecoh diperkatakan baru-baru, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sepakat memilih untuk kembali bersama demi anak mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia 10 bulan.
Namun selepas berbaik semula, pasangan ini kembali mendapat perhatian selepas Lesti dikatakan hamil anak kedua.
Pun begitu, baik Lesti mahupun suaminya, masih sebarang tiada pengumuman yang dibuat oleh pasangan ini. Malah Lesti juga sekadar hanya mengukirkan senyuman kala ditanya mengenai perkhabaran gembira itu.
Pasangan yang kini kembali mengecap bahagia bersama dilihat semakin bertambah baik malah keduanya berusaha untuk memperbaiki hubungan yang diuji sebelum ini.
Bahkan beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka menjadi lebih baik.
Peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan. Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya.
“Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik-baik sahaja. Lesti juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” kongsinya lagi.
Manakala pengurus Lesti dan Rizky Billar yang dikenali sebagai Aril Lobster turut memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu namun meminta turut mendoakan keduanya.
“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.
Terdahulu, pasangan selebriti popular Indonesia ini menggegarkan industri seni bila mana Rizky didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis.
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Menurut laporan, Khairul, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta sebelum ini. Namun, disebabkan simptom yang tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau terpaksa dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber terdekat, Khairul mula mengalami simptom tersebut sejurus kembali dari misi kemanusiaan di mana beliau terlibat secara aktif membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Menurut sumber, beliau kelihatan sangat letih selepas selesai misi tersebut, tetapi tetap mengutamakan bantuan kepada orang lain meskipun keadaannya semakin terjejas. Kini, doktor sedang memantau keadaan beliau dan melakukan ujian lanjut,” kata sumber itu.
Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakan kreatif dan produk Sambal Nyet yang kini popular, menerima sokongan dan doa yang melimpah daripada peminat di media sosial selepas berita mengenai kesihatannya tersebar.
“Semoga Khairul Aming cepat sembuh dan dapat kembali aktif seperti biasa. Kami tahu beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam membantu masyarakat,” tulis seorang pengguna di ruangan komen Instagramnya.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Khairul atau pasukannya, namun para peminat terus mendoakan agar beliau segera sembuh dan pulih sepenuhnya.
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.