Tak Tidur Malam Fikir Nama, Lyla Amina Pilihan Scha & Awal Untuk Adik Lara!

Share

Sejak kelahiran bayi kedua mereka pada 12 Februari lalu, pasangan pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari dilihat masih tidak mendedahkan nama anak kedua mereka kepada umum.

Rupa-rupanya pasangan ini menantikan detik paling eksklusif untuk mengumumkan nama baby yang sebelum ini hanya dikenali sebagai Baby L sahaja.

Menerusi program Schawal Babyboom 2021, Episod ke-9 yang disiarkan sebentar tadi, Scha dan Awal akhirnya tampil mengumumkan nama anak kedua mereka secara eksklusif menerusi program itu.

Seindah nama, secantik rupa, Awal dan Scha sepakat menamakan adik kepada Lara Alana ini dengan nama cukup indah iaitu, Lyla Amina.

Terdahulu, menerusi episod terawal Schawal Babyboom, Awal dan Scha meminta Lara menamakan adiknya dan salah satu nama yang dikongsikan oleh Lara adalah Lyla.

Dan kini nama indah penuh makna itu sudah pun dimiliki oleh tuan empunya badan yang cukup comel, persis kakaknya, Lara Alana.

Kata Awal, dia dan Scha sepakat menamakan Lyla Amina kerana membawa maksud yang cukup indah.

Bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa, Awal dilihat sudah berada di Jabatan Pendaftaran Negara, di Putrajaya bagi mendaftarkan nama anak keduanya itu.

Kata Awal, dia tidak tidur malam memikirkan nama untuk anaknya. Malah perasaan berdebarnya tidak dapat dibendung kala proses itu berlangsung.

Kata Awal lagi, dia dan Scha menyenaraikan dua nama, bagaimanapun sehingga ke saat akhir, dia masih keliru untuk memilih nama terbaik buat anaknya itu.

Seterusnya selepas segala urusan selesai, barulah Awal membuat kejutan dengan menyerahkan sijil kelahiran si comel beserta nama yang sudah dipilih. Cukup istimewa!

Dalam pada itu, menerusi episod pendedahan nama itu juga, Awal lebih dahulu menyediakan Roti Tuban seperti yang diminta Scha sebelum bergegas bagi mendaftarkan nama anaknya.

Seronok melihat aksi Awal yang tidak kekok di dapur menyediakan sajian untuk Scha setiap hari.

Dalam pada itu, menerusi contest yang dianjurkan Pa&Ma untuk meneka nama bayi kedua pasangan ini, ratusan komen di ruangan kapsyen telah diteka oleh para pengikut Pa&Ma.

Tekaan yang hampir mengena namun seronok melihat kesungguhan para follower Pa&Ma meneka nama bayi Scha dan Awal.

Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton episod ini, siaran ulangannya bolehlah ditonton semula pada Ahad, jam 12 tengah hari di saluran Astro Ria/Ria HD.

Artikel berkaitan: Sebijik Kakak Lara, Awal Reveal Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat

Dalam Pantang Pun Cantik, Kongsi Foto Sambil Tidurkan Anak, Warganet Puji Kecantikan Scha Alyahya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN