Lain anak lain ragamnya. Ada yang mudah hendak tidur tapi ada juga anak yang perlu dibelai, bertepuk siap menyanyikan lagu untuk menidurkan mereka.
Betul ke anak perempuan susah hendak tidur? Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi cerita tiga anaknya dengan ragam tidur mereka. Kalau anak lelaki paling mudah tertidur, lain pula kisahnya dengan dua anak perempuan. Ikuti perkongsiannya.
Takut nak anak perempuan. Rata-rata ipar duai saya ramainya anak lelaki. Bila cerita renyahnya nak tidurkan anak perempuan ni semua jadi takut.
Nak kena belai, kena dodoi, kena zikir, ada tu sampai kena dukung sambil melompat lompat & berlari lari anak untuk tidurkan dia. “Hah bang, betul nak anak perempuan?”
Begini la ayat adik ipar bagi pada suaminya. Ini pengalaman saya tau, mungkin berbeza dengan orang lain tapi pengalaman saya 2 anak perempuan dua dua susah tidur. Huh!
Yang pertama Annur rania, jenis colic atau bahasa melayunya sawan tangis. Memang menangis je kerjanya.. aduhai. Dah mengantuk tapi susah nak tidur. Baby sawan tangis ni di ada gelaran ‘rule of 3‘
Ads
– dari usia 3 minggu – 3 bulan – boleh nangis min 3 jam sehari – boleh nangis 3 hari dalam seminggu ( boleh berturut turut 3 minggu direct )
Masa Rania dulu boleh kata setiap hari tengah malam dia akan bangun & menangis. Ingat lagi, pernah siap panggil ustaz datang rumah. Minta ustaz lihat rumah kami takut takut la kalau ada yang menganggu dia. Sama je. Tak berubah sangat.
Penat wei. Mata rabak jangan cerita la. Ketika ni saya bekerja office hour, selalu juga mata terlelap dalam kereta otw ke tempat kerja.
Bila umur Rania setahun lebih alhamdulillah, baru la semuanya beransur mudah sedikit. Menangis dah kurang tapi ’susah tidur’ tu tetap ada. Barai mata.
Ads
Sekarang giliran Annur Raudhah pulak ganti rania. Tapi dia tak boleh lawan rania, dia jenis high demand je. Rania champion lagi.
Colic = mahu perhatian lebih, sensitif & ‘rules of 3’ High demand = mahu perhatian lebih & sensitif
Beza high demand dengan colic ialah dia tak ada rules of 3 dan raudhah kurang menangis, tapi susah tidur tu sama je la. Geram sangat. Tetap kena dodoi, tepuk tepuk, hisap puting, zikir dan belaian penuh kasih sayang baru la dia boleh nak melena.
Paling senang sekali tidurkan Aisy Rizqi.. lelaki banyak jenis easy going. Wife saya kata anak 10 macam Aisy ni pun dia sanggup. Senang giler.
Ads
Kalau ngantuk dia tidur sendiri je. Dalam kereta? Tengah kenduri? Dalam mall pun dia boleh lena tidur. Jarang menangis. Pandai main sendiri, sejak kecil lagi. Terlampau tak sensitif pulak anak lelaki ni. Kena marah pun buat derk je dia.
Kecuali lapar atau nak susu. Memang tak boleh sabar, time tu cakap time tu juga nak. Gitu la. Ragam anak 3 orang. Setiap satunya ada kisah & cerita yang tersendiri buat memori di hari tua kelak.. alhamdulillah.
Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hanya akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 2021.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata peraturan itu bagaimanapun akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluas penggunaannya pada 2020.
“Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih,” kata KPM.
Menurut kementerian itu lagi dalam tempoh tersebut juga pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam.
Ibu bapa juga dinasihatkan tidak tergesa-gesa menyediakan kasut berwarna hitam untuk anak-anak mereka memandangkan murid masih mempunyai pilihan untuk memakai kasut putih sehingga 2020.
KPM berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak pembekal kasut sekolah.
Pada Julai lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilaporkan sebagai berkata lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan selepas mengambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.
Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengenai kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam.
Maszlee selepas itu berkata kerajaan bersetuju memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi pelaksanaan peraturan tersebut.
Menurutnya tempoh itu adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu tersebut termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik.- Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allah itu adil! Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Dia akan bagi pada seseorang itu. Hal ini dikongsi oleh pengguna Facebook Ruz Dyah, di mana dia berkongsi kemampuan anaknya untuk menulis tulisan jawi dengan sempurna dan kemas walaupun keadaan fizikal anaknya tidak begitu sempurna.
Menurutnya, anaknya yang bernama Muhammad Alif Firdaus itu menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa iaitu salah satu penyakit kulit yang serius. Penyakit tersebut membuatkan jari jemari anaknya itu tidak terbentuk dengan sempurna di samping keadaan kulitnya yang mengelupas kemerah-merahan.
Kekurangan bukan penghalang
Alhamdulillah, dah masuk darjah 3 hero umi dan papa, cepat je masa berlalu. Syukur pada Mu ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi.
Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkn umi rasa terharu. Walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu.
Umi bangga dengan kekuatan yang Allah berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ni semangat adik bertambah kuat, ceria dan sentiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat.
Menurut coretan si ibu, anaknya begitu semangat untuk menempuhi zaman bersekolah walau banyak dugaan yang menimpa mereka.
Kekuatan yang ada pada diri Aliff menjadi pembakar semangat buah ibu dan bapa untuk terus memberi sokongan penuh buat anaknya itu. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Tulisan kemas dan tersusun
Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas, kalah abang dan kakak. Tulisan umi pun takleh secantik tulisan adik tau. Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sntiasa dibawah lindungan Allah.
Bagaimanapun, anaknya tidak pernah mengalah untuk menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia turut meluahkan rasa bangga dengan kelebihan anaknya yang mampu menulis ayat Al-Quran dengan baik walau dengan tangan tidak sempurna.
Melihat kelasakan anak sulung lelaki dan kemudian menimang pula cahaya mata perempuan, pasti mak ayah rasa lega kerana kurang lasak. Sangkaan itu meleset sama sekali bila mana penangan anak perempuan lebih hebat dari anak lelaki. Setuju tak?
Suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin, Fadzil Zahari turut berkongsi hal yang sama mengenai gelagat anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menurut kata bapa penyayang ini, tanggapannya pada anak keduanya ternyata meleset sama sekali.
“Dulu masa memula dapat anak pompuan abang dah bayangkan Aura Sofea ni mesti penuh dengan kesopanan dan kesusilaan kalau nak di bandingkan dengan abangnya Mateen.
Menurut kata Fadzil, anak keduanya itu seorang yang cukup berani dan lasak. Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya setiap hari tanpa serik.
Malah kata suami kesayangan Yana Samsudin ini juga, memanjat dan bergayut adalah perkara biasa buat puterinya itu.
“Dia sejenis paling berani panjat sofa, meja makan, bergayut kat tangga sejak umur 11 bulan.
“Baru baru ni, hulur jari masuk kipas.. treettttt!!! Bunyinya pastu nangis, ingatkan insaf. Rupanya dia buat lagi 2 3 kali,” tulisnya berkongsi.
Namun kata Fadzil lagi, adakalanya sifat kedegilan ini amat diperlukan untuk membentuk kekentalan diri, lebih-lebih lagi untuk menjadi seorang usahawan berjaya kelak.
“Memang dalam diri usahawan perlu ada sikap degil, jatuh sekali bangun semula, tersepit lagi keluaq balik,” tulisnya lagi berkongsi.
Biar bagaimana pun jenis kelasakan anak kita, biarkan sahaja kerana inilah petanda anak bijak. Biarkan mereka aktif dan kita sebagai mak ayah perlu terus memantau.
Terdahulu, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa, kita sering bimbang tentang pemakanan dan kesihatan anak-anak. Namun, ada satu elemen penting yang kadang-kadang kita abaikan — iaitu pengambilan air...