Kanak-kanak yang menghidap talasemia tentunya memerlukan penjagaan rapi daripada ibu bapa. Mereka juga perlu mendapatkan rawatan daripada pakar yang khusus. Apakah jenis-jenis talasemia?

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat kita  masih belum tahu dengan jelas tentang talasemia dan simptom-simptom talasemia pada kanak-kanak atau bayi.

Talasemia, Gangguan Darah Yang Diwarisi. Rasa Sangat Letih & Kulit Pucat Kekuningan Antara Tanda-Tanda

Apakah itu Talasemia?

Talasemia dikenali sebagai gangguan darah diwarisi. Ia menghalang badan anda daripada menghasilkan hemoglobin – molekul protein yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah pembawa oksigen yang sihat – yang normal dan sihat. Penyakit ini tidak boleh merebak daripada satu individu kepada individu yang lain melalui sentuhan terus. Penyakit ini, seperti yang telah disebutkan di atas, diwarisi, bermaksud salah seorang daripada ibubapa anda perlu membawa penyakit ini.

Talasemia kebanyakannya terjadi pada keluarga yang berasal daripada Asia Selatan, orang Cina, Timur Tengah, Afrika. Bagi mengetahui sama ada anda mempunyai trait talasemia atau tidak, anda perlu melakukan ujian darah khusus – elektroforesis hemoglobin.

Talasemia, Gangguan Darah Yang Diwarisi. Rasa Sangat Letih & Kulit Pucat Kekuningan Antara Tanda-Tanda

Salah satu komplikasi gangguan ini ialah terdapat banyak sel darah merah yang telah musnah, menyebabkan anemia, keadaan yang berlaku apabila badan tidak mempunyai sel darah merah sihat dan normal yang mencukupi.

Talasemia menunjukkan bahawa salah seorang ibubapa anda membawa penyakit ini. Sama ada mutasi genetik atau potongan bahagian gen utama yang khusus boleh mengakibatkan gangguan ini. Talasemia minor tidak memerlukan sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, terdapat jenis gangguan darah ini yang lebih serius di mana kerap memerlukan transfusi darah.

IKLAN

Talasemia, Gangguan Darah Yang Diwarisi. Rasa Sangat Letih & Kulit Pucat Kekuningan Antara Tanda-Tanda

Simptom-Simptom Talasemia                                                                             

Talasemia menunjukkan beberapa simptom yang berbeza. Berikut merupakan beberapa simptom yang paling biasa berlaku:

  1. Urin berwarna gelap
  2. Kulit kekuningan atau pucat
  3. Kecacatan tulang
  4. Rasa sangat letih
  5. Pertumbuhan dan perkembangan terbantut
Talasemia, Gangguan Darah Yang Diwarisi. Rasa Sangat Letih & Kulit Pucat Kekuningan Antara Tanda-Tanda
Gambar hiasan

Jenis-jenis Talasemia

Hemoglobin terdiri daripada dua rantaian protein globin beta dan empat globin alfa. Dua jenis talasemia utama ialah alfa dan beta.

Talasemia Alfa

IKLAN

Sekiranya anda mempunyai talasemia alfa, ini bermakna hemoglobin di dalam darah anda gagal untuk mengeluarkan protein alfa yang cukup. Empat gen (dua bagi setiap kromosom 16), dua yang mana diperolehi daripada setiap ibu dan bapa, merupakan bahagian penting untuk menghasilkan rantaian protein globin alfa. Talasemia alfa akan berlaku apabila salah satu atau lebih daripada gen ini hilang. Jumlah gen yang rosak dan mutasi menentukan tahap serius talasemia yang akan anda alami.

Satu gen yang bermasalah. Tiada simptom yang berlaku. Jika anda sihat tetapi anak anda mengalami simptom-simptom talasemia, jadi anda merupakan pembawa. Ini dikenali sebagai talasemia alfa minima.

Dua gen yang bermasalah. Individu yang mempunyai dua gen yang bermasalah akan mengalami sedikit simptom anemia, yang mana dipanggil talasemia alfa minor.

Tiga gen yang bermasalah. Mempunyai tiga gen yang bermasalah bermakna anda akan mempunyai hemoglobin H, sejenis anemia kronik yang mana menyebabkan masalah tulang. Pesakit juga akan mengalami simptom seperti kulit dan mata kekuningan, malnutrisi, limfa membengkak. Tambahan pula, dengan jenis anemia ini, pesakit kerap memerlukan transfusi darah sepanjang hidup mereka.

Empat gen yang bermasalah. Talasemia alfa major dikira sebagai jenis talasemia alfa yang paling teruk dan serius. Ia boleh menyebabkan hidrop fetalis. Individu dengan keadaan ini sama ada akan meninggal apabila lahir atau sukar untuk hidup lama selepas lahir.

IKLAN

Talasemia, Gangguan Darah Yang Diwarisi. Rasa Sangat Letih & Kulit Pucat Kekuningan Antara Tanda-Tanda

Talasemia Beta

Untuk menghasilkan rantaian globin beta, dua gen globin, salah satu daripada setiap ibubapa diperlukan. Mempunyai satu atau dua gen yang rosak akan menyebabkan talasemia beta. Jumlah gen yang mutasi dan rosak akan menentukan keterukan keadaan ini.

Satu gen yang bermasalah. Ini dipanggil talasemia minor

Dua gen yang bermasalah. Jenis ini, juga dipanggil talasemia major, boleh menunjukkan simptom-simptom yang serius.

Sumber: Hello Doktor


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai talasemia dan apakah rawatan yang diberikan kepada si kecil yang mempunyai talasemia serta perkongsian ibu bapa pesakit talasemia, bolehlah menonton rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia.’ Rancangan ini akan ke udara pada pada Selasa, 16 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.

Talasemia, Gangguan Darah Yang Diwarisi. Rasa Sangat Letih & Kulit Pucat Kekuningan Antara Tanda-Tanda

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI