Persembahan anak Dato’ Siti Nurhaliza, Aafiyah yang membuat persembahan di konsert piano meraih perhatian ramai.
Mana tidaknya, walau nampak seperti malu-malu namun anak bijak Aafiyah berjaya memberikan persembahan yang hebat dengan dua buah lagu popular, Bloody Mary dan Flower.
Menerusi Instagramnya, Dato’ Siti turut memuat naik video persembahan Aafiyah yang tampil comel dengan gaun merah jambu.
“Semalam ibu tak sempat nak edit video Aafiyah perform. Hari ni baru ibu dapat kongsi.
Ads
“Alhamdullillah Aafiyah buat persembahan yang membanggakan ibu. Walaupun nampak pemalu sangat (ikut ibu tuu) tapi Aafiyah lakukan yang terbaik siap dengan tarian lagi.
“Extra sikitla macam ibu dia nak jugak element tarian ghituu,” seloroh Dato’ Siti.
“Semalam pasti semua parents bangga dengan keberanian dan bakat anak anak mereka. @arifjiwaasyraf pun hebat, confident dan segak dia tak payah cakapla. Ibu dia @tyaarifinnw dan @asyrafkhalid dah polish baik punya.
Ads
“Tahniah teacher Illy dan team @illypianoacademy yang mendidik anak anak ini menjadi anak yang berani & menjadikan minat mereka pada muzik pada level yang lebih baik. Inshaaallah. Selamat terhibur.
“Dengar tak ibu cakap ibu dup dap dup dap,” tulisnya lagi.
Persembahan Aafiyah tambah hebat bila mana Aafiyah turut mahu menari bersama bunga di telapak tangannya seperti yang dipersembahan dalam tarian video music Jiso dari Blackpink. Memang comel!
Kelahiran seorang bayi bukan sekadar berita gembira buat sebuah keluarga, tetapi juga satu amanah besar daripada Allah SWT. Setiap tangisan pertama si kecil membawa seribu makna, hadir bersama doa dan harapan agar dia membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Dalam Islam, kelahiran cahaya mata diraikan dengan penuh kesyukuran melalui beberapa amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Selain memilih nama yang baik, mak ayah juga digalakkan untuk menghidupkan sunnah-sunnah ini sebagai tanda syukur atas anugerah yang tidak ternilai.
Allah SWT berfirman dalam Surah As-Syura ayat 49 hingga 50 yang bermaksud:
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia mengurniakan kedua-duanya lelaki dan perempuan, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Berikut adalah tujuh sunnah yang boleh diamalkan ketika menyambut kelahiran bayi.
Antara amalan yang sering dilakukan ialah mengazankan bayi di telinga kanan sejurus selepas kelahiran. Azan dilafazkan dengan suara sederhana, tidak terlalu kuat, cukup sekadar didengari oleh bayi.
Tujuannya adalah untuk memperdengarkan kalimah tauhid dan kebesaran Allah sebagai perkara pertama yang menyapa pendengaran si kecil. Walaupun terdapat perbincangan mengenai darjat hadis berkaitan amalan ini, para ulama daripada mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali menggalakkannya berdasarkan hadis sahih yang menyebut bahawa syaitan akan lari apabila mendengar laungan azan.
Ia menjadi simbolik bahawa kehidupan anak ini dimulakan dengan seruan kepada Allah.
Apabila menerima berita gembira, Rasulullah SAW akan terus sujud kepada Allah sebagai tanda syukur. Daripada Abu Bakar RA, Nabi SAW apabila menerima khabar yang menggembirakan, Baginda akan segera sujud kepada Allah. Riwayat Abu Dawud.
Mak ayah juga digalakkan melakukan sujud syukur atas kelahiran bayi. Ia tanda pengakuan bahawa segala nikmat datang daripada Allah, bukan semata-mata usaha manusia. Sujud syukur boleh dilakukan secara ringkas, tanpa azan dan iqamah, sebagai luahan rasa terima kasih yang tulus kepada Pencipta.
Tahnik ialah amalan menyapu sesuatu yang manis seperti kurma yang telah dilembutkan pada lelangit bayi. Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan madu asli.
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Musa Al-Asy’ari menceritakan bahawa beliau membawa anaknya yang baru lahir kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, mentahniknya dengan kurma dan mendoakan keberkatan buatnya.
Tahnik bukan sekadar tradisi, malah mengandungi hikmah kesihatan dan doa. Ia juga melambangkan harapan agar anak membesar dalam keberkatan dan kebaikan.
Islam sangat menitikberatkan pemilihan nama yang baik kerana nama adalah doa sepanjang hayat. Anak akan dipanggil dengan namanya di dunia dan juga di akhirat.
Disunatkan menamakan anak pada hari ketujuh kelahiran, walaupun boleh juga dilakukan lebih awal. Pilihlah nama yang membawa makna baik, mudah disebut dan tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan syarak. Nama para nabi, sahabat dan nama yang mempunyai maksud terpuji amat digalakkan.
Elakkan memilih nama hanya kerana trend semata-mata tanpa memahami maknanya.
Pada hari ketujuh juga, disunatkan mencukur keseluruhan rambut bayi. Amalan ini melambangkan permulaan kehidupan yang bersih dan suci.
Rambut yang dicukur kemudian ditimbang dan nilai seberat timbangan itu disedekahkan dalam bentuk emas atau wang kepada golongan memerlukan. Dari sudut kesihatan, mencukur rambut membantu membersihkan kotoran yang mungkin masih melekat pada kulit kepala bayi.
Apa yang perlu diingat, sunnahnya ialah mencukur keseluruhan rambut dan bukan sekadar menggunting sedikit. Elakkan juga unsur adat yang bercampur dengan kepercayaan lain seperti penggunaan bahan tertentu yang tidak bersandarkan sunnah.
Aqiqah merupakan ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur atas kelahiran bayi. Hukumnya sunat muakkad bagi yang berkemampuan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang ingin menyembelih kerana kelahiran bayi, maka bagi bayi lelaki dua ekor kambing yang sama dan bagi bayi perempuan seekor kambing. Riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan.
Aqiqah biasanya dilakukan pada hari ketujuh, namun jika belum mampu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum anak mencapai usia baligh. Daging aqiqah boleh diagihkan kepada keluarga, jiran dan golongan yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran dan mengeratkan silaturahim.
Berkhatan termasuk dalam fitrah yang dituntut dalam Islam. Bagi anak lelaki, ia sangat dititikberatkan dan menjadi kewajipan menurut sebahagian besar ulama.
Terdapat riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka. Walaupun begitu, para ulama berbeza pandangan tentang waktu terbaik untuk melaksanakannya. Ada yang menyarankan ketika kecil, ada juga yang membolehkan sebelum atau ketika baligh.
Bagi anak perempuan, khatan yang dianjurkan dalam Islam adalah secara sederhana dan tidak berlebihan. Ia tidak seharusnya memudaratkan atau mencacatkan. Apa yang dituntut adalah mengikut garis panduan syarak dan nasihat pakar perubatan.
Setiap anak yang lahir adalah amanah dan ujian. Sunnah-sunnah ini bukan sekadar adat atau budaya, tetapi tanda syukur dan pengharapan agar si kecil membesar dalam lindungan Allah.
Semoga setiap mak ayah tidak terlepas pandang amalan-amalan ini. Mudah-mudahan anak yang dikurniakan menjadi penyejuk mata, penenang hati dan pembela agama suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa adakah kita perasan sebenarnya cara kita layan anak itu ada silapnya. Namun kita tak pernah pun fikir hal tersebut.
Jika berterusan anak akan terus memendam rasa dan ini semestinya akan memberi kesan negatif sepanjang perkembangan mereka.
Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ibu bapa kena faham betul-betul cara mendidik dan menghargai anak agar kesinambungan ikatan kasih sayang sentiasa mempunyai aura positif.
APA YANG KITA MAHU?
Apabila anak berbohong kita hukum, tetapi pada waktu lain apabila anak bercakap benar kita tidak hargai.
Apabila anak tumpahkan makanan kita marah, tetapi pada waktu lain apabila anak makan dengan tertib kita tidak memuji.
Apabila anak menjerit-jerit kita cubit, tetapi pada waktu lain apabila sopan tutur kata anak kita tidak sebut kebaikannya.
Apabila anak sepahkan mainan atau pakaian kita membebel tetapi pada waktu lain apabila anak cuba kemaskan sedaya upayanya tidak pula kita akui usahanya.
Apabila anak meraung inginkan sesuatu kita jegel marahkan anak tetapi pada waktu lain apabila anak tenang kita langsung tidak memberi belaian tanda gembira.
Apabila anak malas membantu kita merungut tetapi pada waktu lain apabila anak ringan tulang kita membisu kerana anggap itu tanggungjawab anak.
Ayah ibu sekalian…
Pekalah pada usaha anak untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit.
Pekalah pada usaha anak untuk berubah walaupun perlahan.
Sebut, puji, akui, dan hargai usaha kecil tersebut.
Nescaya anak akan terus berusaha untuk kekalkan kebaikan itu.
Kerana tidak ada ganjaran yang lebih besar bagi seorang anak selain dari penghargaan dan pengiktirafan daripada ibubapanya sendiri.
Masih ramai yang keliru antara penggunaan Guna Sebelum dan Baik Sebelum pada sesuatu produk yang dibeli kan? Kadang kebanyakan daripada kita bila tengok tarikh dah tamat tempoh tetapi barang tersebut boleh guna, kira ok lagi.
Kita akan anggap selagi tak berubah rasa dan teksturnya, terutama barang kering ada yang menggunakan seperti biasa. Alasannya nak buang tapi sayang. Namun sejauh mana cara yang kita lakukan ini selamat terutama bila menggunakannya dan seisi keluarga menikmati makanan tersebut.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengupas mengenai hal ini untuk pemahaman semua. Ada beza antara label tarikh Guna Sebelum dan Baik Sebelum. Moga dengan penjelasan ini, kita lebih faham dan boleh elakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku.
𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 vs 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠
Tahu tak beza dua istilah ni pada label pek makanan atau minuman? Tak tahu?
GUNA SEBELUM
◾ Selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang telah ditetapkan.
◾Selalunya label ini digunakan pada produk yang mudah rosak seperti; susu, yogurt, produk telur dan jus buah. Antara perubahan yang dapat dilihat pada makanan ialah berkulat, tengik, masam atau basi.
◾Sekiranya produk telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.
BAIK SEBELUM
◾Tarikh terakhir produk tersebut mampu mengekalkan sifat kualitinya pada tahap terbaik, selagi ia disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.
◾ Selepas tarikh tersebut, produk mungkin masih selamat dimakan, tetapi kualitinya merosot. Contohnya perubahan warna, rasa, tekstur, atau tersirat seperti kesegaran makanan.
◾ Kemerosotan kualiti yang berlaku selepas tarikh tersebut, tetapi makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.