Penjagaan Anak

Tali Pusat Bayi Masih Bergayut? Jangan Panik, Ini Cara Penjagaan Yang Betul

Share

Tali Pusat Bayi Masih Bergayut? Jangan Panik!

Bila bayi baru lahir, antara benda yang paling buat ibu ayah risau ialah tali pusat nampak hitam, basah, dan masih bergayut. “Bila nak luruh ni? Kena tarik ke?” Biasanya soalan ni muncul dalam kepala setiap ibu bapa baru.

Sebenarnya, tali pusat atau umbilical stump biasanya akan luruh sendiri dalam masa 1–2 minggu selepas kelahiran. Yang penting sekarang ialah penjagaan yang betul supaya pusat bayi kekal bersih dan kering, dan risiko jangkitan (omphalitis) dapat dielakkan. Jangan risau, ada SOP mudah yang boleh diikuti supaya pusat bayi cepat kering dan selamat!

SOP Penjagaan Pusat Bayi

1. Prinsip “Clean & Dry” (Bersih & Kering)

Pastikan kawasan pusat sentiasa kering.

Selepas mandi, lap perlahan-lahan sekeliling pusat dengan putik kapas atau tuala bersih.

Pastikan tiada air bertakung di celah-celah kulit.

2. Lipat Lampin ke Bawah

Jangan pakaikan pampers menutup pusat. Lipat bahagian pinggang pampers ke bawah.

Kenapa? Supaya air kencing atau najis tidak terkena pusat dan bagi pusat terdedah pada udara untuk cepat kering dan luruh.

3. Jangan Letak Bahan Asing

❌ Jangan letak duit syiling (konon nak bagi pusat tak bonjol).

❌ Jangan sapu minyak gamat, bedak, atau herba sembarangan.

❌ Jangan pakaikan barut terlalu ketat sampai pusat lembap berpeluh.

Pusat ‘Innie’ vs ‘Outie’

Ramai ingat pusat timbul (Outie) sebab doktor potong tali pusat tak pandai atau tak pendek. SALAH.

Bentuk pusat bayi ditentukan oleh cara kulit bayi bercantum dan sembuh, serta ruang antara otot perut.

Dua-dua bentuk NORMAL, tak ada kaitan dengan teknik potong doktor.

Tanda Bahaya – Perlu Terus ke Klinik

Segera ke klinik jika:

Kulit sekeliling pusat menjadi merah menyala

Pusat bengkak atau keluar nanah

Ada bau sangat busuk

Ini semua tanda jangkitan serius yang memerlukan rawatan segera.

Sumber: Public Health

Published by
Nor Yusoff