Talita Melecur Teruk Terkena Minyak Panas, Muka & Tangan Paling Teruk!

Share

Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Talita melecur di bahagian pipi dan pergelangan tangannya akibat terkena minyak panas ketika membantu ibunya, Watie di dapur.

Menerusi Instagramnya, Watie berkongsi beberapa gambar Talita yang melecur teruk. Malah kata Watie menerusi kapsyennya, kesemua anak-anaknya memang suka ke dapur untuk mencuba sendiri resipi walaupun dia pada awalnya kurang bersetuju bila anak-anak masuk ke dapur.

“Kejadian malam tadi. Anak-anak mummy ni semuanya rajin ke dapur. Semuanya suka memasak…suka try resepi itu ini.

“Tapi sebabkan ni lah yang buat Mummy jarang nak bagi anak-anak tolong Mummy masak. Paling-paling Mummy suruh tolong Mummy basuh pinggan je,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dia menjadi cemas bila Talita meraung kesakitan malah menggeletar dan tidak tahu hendak bertindak bagaimana.

“Dengar Talita meraung Mummy pun jadi panik, menggeletar sekali tak tahu nak buat apa dulu.

“Tapi dalam pada dia meraung, menangis tu mulut dia tak henti-henti tanya, Talita ada buat dosa dengan Mummy ke, Talita ada buat dosa dgn Daddy ke?

“Bila dengar dia cakap mcmtu Mummy rasa bab ni dia sebiji macam perangai Mummy,” katanya lagi.

Dalam pada itu Watie turut memohon doa semua agar Talita lekas sembuh malah turut meminta pengikutnya beberapa tip untuk merawat lecuran itu.

“Doakan Talita cepat sembuh & kalau korang ada tips terkena minyak panas, jangan lupa share dengan Mummy ok,” tambahnya lagi.

 

 

Published by
SRM