
Musim raya memang waktu paling dinanti. Rumah meriah, sanak saudara berkumpul, gelak tawa tak putus. Tapi dalam keseronokan itu, mak ayah jangan lupa, tidak semua anak selesa dengan suasana yang terlalu ‘meriah’, terutama anak autism atau Sindrom Down.
Bagi mereka, suasana beraya yang bising, ramai orang dan rutin yang berubah boleh jadi sesuatu yang sangat mencabar. Apa yang kita nampak seronok, bagi mereka mungkin terasa terlalu ‘penuh’ dan meletihkan.
Sebab itu, mak ayah perlu lebih peka dengan perubahan tingkah laku anak, terutamanya apabila melibatkan anak autism yang mudah terkesan dengan rangsangan persekitaran.
Antara tanda-tanda anak mula tidak selesa atau mengalami stimulasi berlebihan termasuk:
Anak mungkin nampak resah, sukar fokus atau tiba-tiba merajuk tanpa sebab yang jelas. Ini sebenarnya cara mereka ‘beritahu’ yang mereka sudah mula tidak selesa, terutama dalam suasana anak autism yang terlalu meriah.
Bunyi bising, suara ramai orang atau cahaya terang boleh jadi terlalu kuat untuk mereka. Ada anak yang akan tutup telinga atau mata sebagai cara melindungi diri apabila situasi menjadi terlalu ‘over’.
Perbuatan seperti menggoyangkan badan, elak eye contact atau ulang pergerakan tertentu adalah cara mereka menenangkan diri apabila rasa tertekan. Ini sangat biasa dilihat dalam situasi anak autism yang dipenuhi rangsangan.
Walaupun pada awalnya nampak gembira, anak boleh jadi cepat penat dan tiba-tiba hilang minat. Mereka mungkin minta balik awal atau hanya mahu duduk diam kerana terlalu penat secara emosi dan deria.
Menangis, melekat dengan ibu ayah atau enggan berinteraksi adalah petanda anak sedang ‘overwhelmed’ dengan situasi sekeliling, terutama dalam suasana anak autism
yang tidak terkawal.Perayaan seperti Hari Raya membawa banyak perubahan mendadak seperti bunyi kuat, bau makanan yang pelbagai, sentuhan daripada ramai orang serta rutin yang berubah. Semua ini boleh menjadi beban sensori kepada anak autism.
Berbeza dengan kanak-kanak lain, mereka memproses rangsangan dengan cara yang berbeza. Apa yang normal bagi kita, mungkin terlalu kuat bagi mereka.
Ada beberapa langkah praktikal yang boleh membantu anak lebih selesa:
Cari ruang yang tenang untuk anak berehat jika mereka mula rasa tidak selesa. Ini penting dalam mengurus situasi anak autism.
Tak perlu terlalu lama. Lebih baik pendek tetapi berkualiti supaya anak tidak terlalu letih.
Mainan kegemaran, headphone atau objek tertentu boleh bantu anak rasa lebih selamat.
Beritahu anak apa yang akan berlaku supaya mereka lebih bersedia dengan perubahan.
Jangan tunggu anak ‘meltdown’. Jika nampak tanda awal, segera ambil tindakan.
Hakikatnya, anak-anak istimewa ini tetap boleh menikmati suasana raya seperti kanak-kanak lain. Cuma mereka perlukan lebih pemahaman, ruang dan sokongan daripada orang sekeliling.
Kadang bukan mereka tak ‘sporting’, tapi dunia di sekeliling terasa terlalu kuat untuk mereka, terutamanya dalam konteks anak autism yang penuh dengan rangsangan.
Jadi sebagai mak ayah, kenali signal kecil ini lebih awal. Bila kita cepat faham, kita boleh bantu anak rasa lebih selamat, tenang dan akhirnya… tetap dapat rasa manisnya hari raya.
Sumber: Hello Doktor