
Foto: Gemini AI
Setiap anak itu istimewa. Itu hakikat yang tak boleh dinafikan. Tapi dalam ramai-ramai anak, ada juga yang menunjukkan potensi luar biasa bukan sekadar bijak, tapi mungkin berada dalam kategori gifted.
Menurut National Association for Gifted Children, kanak-kanak “gifted” ialah mereka yang menunjukkan tahap kebolehan atau kecekapan yang sangat tinggi dalam satu atau lebih bidang. Namun, nak kenal pasti tanda anak gifted bukan semata-mata bergantung pada keputusan peperiksaan.
Hakikatnya, ramai pakar perkembangan kanak-kanak percaya tanda sebenar sering muncul melalui tingkah laku, minat dan cara mereka berfikir sejak kecil lagi.
Jom ibu ayah semak, mungkin ada tanda anak gifted ini pada anak kita
Sejak kecil lagi, anak nampak ‘advance’ daripada usia sebenar. Contohnya cepat bercakap, vocabulary luas, atau boleh guna ayat kompleks awal daripada biasa. Ini antara tanda awal perkembangan kognitif yang tinggi dan salah satu tanda anak gifted yang jelas.
Anak gifted biasanya suka membaca bukan dipaksa, tapi memang minat. Mereka cepat belajar membaca dan baca untuk faham, bukan sekadar sebut perkataan. Kadang tu buku yang dibaca pun level lebih tinggi dari umur.
Soalan dia boleh buat ibu ayah penat jawab
Anak gifted ada deep curiosity nak faham sampai ke detail kecil. Ini antara tanda anak gifted yang paling ketara dalam kehidupan seharian.
Bukan sekadar warna atau bentuk, tapi mereka boleh nampak corak dalam tingkah laku, rutin, atau situasi. Ini tanda pemikiran analitik yang kuat.
Kadang anak obses dengan satu benda dinosaur, planet, kereta, atau apa saja. Tapi bezanya, mereka bukan sekadar minat mereka tahu sangat detail, macam pakar kecil. Ini juga termasuk dalam tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang.
Anak gifted kadang rasa ‘tak kena’ dengan rakan sebaya. Mereka lebih suka berbual dengan orang dewasa atau kanak-kanak lebih tua sebab tahap pemikiran sama ‘frequency’.
Bila buat sesuatu, mereka boleh fokus lama tanpa gangguan. TV, game, gadget pun kadang tak mampu tarik perhatian bila mereka tengah ‘in the zone’.
Mereka tahu organize, buat keputusan, dan kadang boleh ‘lead’ kawan-kawan lain. Confidence datang daripada cara mereka berfikir dan bertindak.
Anak gifted bukan sekadar ikut cara orang lain. Mereka akan tanya:
Cara fikir mereka selalunya luar kotak dan unik.
Realitinya, anak gifted perlukan pendekatan didikan yang berbeza. Kalau tak difahami, mereka boleh cepat bosan, hilang motivasi atau rasa terasing.
Ujian atau assessment memang boleh bantu kenal pasti potensi, tapi itu hanya sebahagian daripada gambaran sebenar. Apa yang lebih penting adalah:
Akhirnya, sama ada anak kita ‘gifted’ atau tidak—mereka tetap anugerah paling berharga. Potensi setiap anak itu luas, dan tugas kita bukan untuk bandingkan tapi untuk bantu mereka berkembang dengan cara terbaik.
Kadang-kadang, tanda anak gifted itu dah ada depan mata—cuma kita sebagai ibu ayah kena lebih peka.
Sumber: Reader’s Digest