Photo by Jonathan Borba from Pexels

Tanda bahaya selepas bersalin yang mungkin terkena pada ibu berpantang boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Jadi, ibu selepas bersalin kena tahu apa antara masalah bahaya tersebut supaya dapat mengawasi diri sendiri.

Selain gembira menyambut kelahiran anak, ibu juga perlu memahami perubahan diri sendiri dan menyesuaikan situasi baru sebaik bergelar ibu. Kesihatan diri jangan sesekali diabaikan biarpun ada pelbagai kemungkinan perkara boleh berlaku.

Cuba semak apakah antara perkara yang patut diberi perhatian oleh ibu selepas melahirkan anak.

Tanda bahaya selepas bersalin yang ibu kena tahu

Sekiranya ibu lepas bersalin ada mengalami beberapa tanda bahaya berikut seperti dikongsi dalam Hello Doktor

  1. Faraj bengkak/nanah

Keadaan ini boleh berlaku ke atas wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak. Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan pakai seluar yang longgar supaya keadaan supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

2. Jangkitan luka pembedahan 

Sekiranya bersalin secara pembedahan, anda perlu berwaspada tentang parut perut.

Sekiranya mengalami gejala berikut, segera rujuk kepada doktor kerana  ia boleh menyebabkan petanda keradangan pada luka pembedahan.

  • Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
  • Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
  • Perut kembung dan rasa kenyang
  • Demam

3. Keluar nanah dari faraj

Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.

IKLAN

Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau pembedahan cesarean.

Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.

Tanda Bahaya Selepas Bersalin, Ibu Berpantang Kena Jaga-Jaga
Photo by RODNAE Productions from Pexels

4. Pendarahan berlebihan

Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, ibu akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.

Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.

Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:

  • Menggigil
  • Kulit pucat
  • Pening dan sakit kepala
  • Jantung berdebar
  • Sakit teruk bahagian bawah abdomen
  • Bau busuk pada faraj

Keadaan ini boleh jadi petanda rahim membengkak atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.

IKLAN

5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing

Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran buang air kecil.

6. Loya, muntah dan hilang selera makan

Simptom ini juga boleh menunjukkan masalah selepas bersalin seperti jangkitan pada rahim.

7. Sakit kepala atau migrain teruk

Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.

IKLAN

Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.

Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:

  • Penglihatan kabur
  • Tekanan darah tinggi
  • Bengkak muka, tangan dan kaki
  • Peluh berlebihan
  • Pening dan muntah

8. Sesak nafas

Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).

Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan.

Keadaan biasanya berlaku sejurus selepas bersalin dan boleh berisiko untuk kematian.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Tanda Bahaya Selepas Bersalin, Ibu Berpantang Kena Jaga-Jaga

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI