
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering kali kelihatan seperti penyakit biasa, namun kesannya amat besar kepada sebuah keluarga. Ibu mana yang tidak rasa hancur hati bila anak disahkan menghidap kanser? Khususnya kanser leukemia penyakit yang paling kerap menyerang kanak-kanak.
Menurut pakar pediatrik, Dr Nisa Khalil, berdasarkan data global, kanser yang paling kerap dihidapi oleh kanak-kanak adalah kanser darah atau leukemia, terutamanya Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL).
Kanser lain yang banyak menyerang kanak-kanak termasuk tumor otak dan sistem saraf pusat, lymphoma, neuroblastoma, tumor Wilms (kanser buah pinggang), dan osteosarcoma (kanser tulang). Bayangkan, si kecil yang ceria tiba-tiba perlu berdepan dengan ujian yang berat, rawatan yang menyakitkan, dan ketidakpastian yang menghantui setiap hari.
Setiap kali melihat anak lemah, pucat, atau mudah berdarah, hati seorang ibu pasti remuk. Justeru, memahami tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak boleh membantu ibu bapa mendapatkan rawatan lebih awal dan meningkatkan peluang pemulihan.
Kanser darah pada kanak-kanak, atau lebih dikenali sebagai leukemia, adalah kanser sel darah putih dan merupakan kanser paling biasa dalam kalangan kanak-kanak, merangkumi kira-kira 30% kes kanser kanak-kanak.
Sumsum tulang bertanggungjawab menghasilkan sel darah merah, sel darah putih, dan platlet, di mana setiap satu mempunyai fungsinya sendiri:
Dalam keadaan leukemia, sumsum tulang menghasilkan sejumlah besar sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang. Kehadiran sel abnormal ini menyebabkan tubuh kehilangan keupayaan melawan jangkitan dengan baik.
Selain itu, penghasilan sel darah merah dan platlet yang mencukupi turut terjejas. Inilah sebabnya tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering melibatkan kepucatan, keletihan melampau dan pendarahan yang sukar dikawal.
Berikut adalah antara tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak yang perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa:
Pendarahan juga boleh berlaku dalam saluran usus atau otak dalam kes yang lebih serius. Jika ibu bapa mendapati gabungan beberapa simptom ini berlarutan, pemeriksaan lanjut amat penting.
Leukemia boleh bersifat akut (membiak dengan cepat) atau kronik (membiak perlahan). Lebih 95% kes dalam kalangan kanak-kanak adalah jenis akut, yang terbahagi kepada:
Bagi mengesahkan tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak, beberapa ujian akan dijalankan oleh doktor:
Kanser darah pada kanak-kanak adalah penyakit sistemik dan tidak mempunyai tahap seperti tumor pepejal. Rawatan biasanya melibatkan:
Rawatan biasanya mengambil masa yang panjang dan memerlukan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan.
Menghadapi diagnosis ini bukan sesuatu yang mudah. Namun, kesedaran tentang tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak boleh menjadi langkah pertama yang menyelamatkan nyawa.
Setiap ibu bapa perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk menyokong anak melalui rawatan yang panjang dan mencabar. Memahami penyakit ini membantu dalam membuat keputusan tepat serta memberikan sokongan emosi yang amat diperlukan oleh anak.
Ingatlah, setiap langkah kecil daripada pemeriksaan awal, pemantauan simptom, penjagaan pemakanan dan kebersihan — memberi impak besar dalam perjalanan penyembuhan. Dan paling penting, kasih sayang serta perhatian ibu bapa tetap menjadi kekuatan utama buat si kecil dalam melawan ujian ini.
Sumber: care.upm.edu & Harian Metro