Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga. Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat. Semuanya demi keluarga. Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan. Dengan menyuap makan kepada anak, mereka akan rasa lebih disayangi. Jika ayah yang menyuap dengan tangan sendiri ke mulut anak-anak, percayalah akan datang rasa hormat dan kasih kepada si ayah.
Ingat Selalu
Jika makan sekeluarga, anak-anak akan lebih menghargai dan mengingati antara satu sama lain. Ke mana pun mereka pergi, pasti tidak akan terlupa kepada yang lain. Juga dengan suapan ayah itulah yang membuatkan mereka sentiasa terasa memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Ayah yang menyuap pula akan sentiasa disebut-sebut dan dirindui. Percayalah.
Kasih Sayang Utuh Antara Beradik
Ads
Tahukah anda, dengan mengamalkan konsep makan bersuap oleh ayah akan membuatkan kasih sayang antara beradik menjadi utuh? Ketika suap makan, peranan ayah bukan sekadar sebagai tukang suap. Titipkan pesanan perlahan-lahan secara konsisten dan mereka akan ingat akan pesanan itu sehingga bila-bila. Jika makan disuap oleh si ayah, yang tua akan melindungi adik-adik. Yang kecil pula akan menghormati yang abang atau kakak di atasnya.
Merapatkan Hubungan Ayah & Anak
Ads
Biarpun sibuk bekerja, tunjukkan kepada anak-anak yang anda peka dengan setiap perkembangan mereka. Kongsikan cerita anda ketika di pejabat atau bersembanglah dengan mereka tentang apa saja topik. Bukan sahaja dapat memberi mereka pendedahan kepada perkara baharu tetapi membuka peluang kepada anak-anak untuk lebih mempercayai si ayah.
Ads
Tolong Ibu, Apa Salahnya?
Ini paling win! Sebenarnya, mengambil alih tugas menyuap anak-anak dapat memberi sedikit masa kepada ibu untuk berehat. Lebih bahagia, jika ketika itu ayah juga suapkan ibu. Bukan sahaja kasih sayang antara ayah dan anak-anak semakin kuat, bahkan hubungan suami isteri juga lebih bahagia dan memberi impak positif kepada tumbesaran anak.
Sesekali cubalah makan bersuap satu keluarga. Anda akan nampak sendiri perubahannya pada diri sendiri, pasangan serta anak. Selamat makan bersuap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon drama bersiri popular Nur iaitu Amyra Rosli dan suaminya yang juga pelakon Amar Baharin teruja sambut raya pertama bergelar ibu ayah.
Jika tahun lepas pasangan selebriti terkenal ini pertama kali menyambutnya sebagai suami isteri, tahun ini kehadiran putera tersayang, Aqeef Anaqi, lapan bulan membuatkan ia sambutan lebaran tambah bermakna.
Sama seperti ibu bapa lain, Amar dan Amyra akui tahun pertama menyambut raya sebagai ibu ayah, persiapan lebih tertumpu pada Anaqi.
Yang bagusnya, pasangan suami isteri serta anak mereka yang juga duta jenama pakaian Primavalet ini merancang membawa Anaqi berjumpa dengan sanak saudara di samping mengeratkan silaturrahim sempena hari lebaran.
Mereka sendiri teruja untuk membawa Anaqi bertemu sanak saudara kerana masih ada lagi yang tak berkesempatan bertemu si kecil sejak lahir disebabkan kekangan masa masing-masing.
Menurut Amar disebabkan mereka berdua berasal dari Kuala Lumpur, jadi tiada masalah baginya untuk ambil kesempatan masa hari raya nanti untuk pusing bertemu sanak saudara di sekitar Kuala Lumpur, Semenyih dan Pulau Pinang.
Bagus cara yang diamalkan oleh Amar ini. Sekurang-kurangnya dari kecil lagi Anaqi sudah dibiasakan bertemu dan berkenalan dengan sanak saudara. Nanti bila makin besar makin erat hubungan silaturrahim mereka.
Baru-baru ini tular isu seorang ibu yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila ada yang memandang serong kepadanya kerana anak-anak bising ketika makan di kedai.
Setelah tular, Cikgu Ayu memohon maaf di atas ‘statement’ yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diberikan ekoran isu yang timbul ini. Perkara ini turut menarik perhatian ibu anak lapan, Puan Mcyah Joanjett. Menurutnya, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mengatur anak-anak ketika berada di luar.
Kalau bab isu anak ramai/anak kecik ni aku sensitip betholl.. anak-anak tak pernah salah. Anak tu amanah & rezeki daripada Allah swt.
Anak ramai bukan penghalang untuk makan di kedai. Kita dan anak-anak pun ada perasaan nak hangout macam orang lain. Tapi kena ingat, kedai makan ni tempat umum. Bukan tempat kita bayar private untuk family kita je. Jadi parent kena bijak kawal suasana.
Macam dikyah dan suami, kami takkan makan selagi anak-anak tak setel. Kalau anak lapar, for sure dorang meragam. So kenyangkan mereka. Lepas anak dah setel, kami makan bergilir-gilir dengan cepat. Siap semua, kami cepat-cepat keluar dari kedai.
Bukan kata bertenggek lepak-lepak. Andai kata ada anak yang meragam, salah seorang akan dukung bawa keluar dari kedai atau bawa masuk kereta untuk tenangkan.
Sape je tak nak makan santai-santai, feeling in love, suap menyuap, kunyah 40x ikut sunnah. Tapi tula kena faham dan hormat orang sekeliling. Kita tak boleh nak kawal orang lain dari mencebik kita, tapi kita boleh kawal suasana dan keadaan anak kita di kedai makan.
Nanti korang besar lah mami dengan papa makan pelan-pelan ye nak. Buat masa sekarang memang kene makan gaya ular sawa. Ngap! Telan tanpa kunyah.
Hobi boleh dikaitkan dengan minat anak-anak. Ramai juga yang berjaya menjadikan hobi sebagai karier dan mampu menjana pendapatan. Jika anak anda mempunyai hobi yang dia gemari, pantau dan beri mereka galakkan.
Pada zaman media sosial ini, lebih ramai yang suka menghabiskan waktu terluang mereka dengan aktiviti pasif, seperti menonton TV dan melayari internet. Aktiviti waktu lapang yang aktif seperti bersukan dan hobi semakin tidak popular, terutamanya dalam kalangan anak muda hari ini. Ini satu kerugian kerana sukan dan hobi ialah cara yang baik untuk memupuk hubungan rapat antara ahli keluarga. Apabila ahli keluarga mempunyai minat atau hobi yang sama, mereka boleh meluangkan masa melakukan perkara yang mereka sukai bersama.
Jom buat bersama!
Apabila bercakap tentang masa bersama menerusi hobi, ia bukan hanya bermaksud membawa anak-anak anda ke kelas tarian atau menyokong mereka dari tepi padang bola. Ia bermaksud melakukan sesuatu perkara yang anda dan anak anda minat. Mempunyai objektif sama akan menggalakkan anak-anak anda berkongsi perasaan kepada anda, lalu mewujudkan hubungan yang rapat. Jadi, apa harus anda lakukan?
Tanamkan minat: Pupuk minat mereka terhadap hobi anda dengan membenarkan mereka bersama anda semasa anda melakukan hobi itu. Jelaskan dan kongsikan keseronokan semasa melakukan hobi tersebut. Beri peluang untuk mereka turut serta dengan meminta pendapat atau bantuan mereka. Layan soalannya menggunakan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.
Tetapkan masa: Tetapkan masa dalam jadual untuk melakukan hobi itu. Contohnya, anda boleh peruntukkan petang Sabtu pada setiap dua minggu untuk sesi badminton dengan anak-anak anda. Penting untuk memastikan hobi itu dilakukan pada waktu terluang agar anda tidak kelam-kabut dan anak anda tidak rasa terpaksa.
Mula dengan mudah: Berikan mereka sesuatu yang mudah dan sesuai terlebih dahulu. Anda boleh mengajarkan tahap yang lebih sukar apabila mereka menunjukkan minat lebih mendalam dan mereka lebih berkemampuan. Jika mereka berminat dengan fotografi, berikan mereka guna kamera yang mudah digunakan dengan tetapan auto dahulu, bukan terus mengajarkan mereka tetapan manual pada kamera DSLR profesional.
Bersabar: Bagi memastikan anak anda seronok melakukan hobi itu, ia haruslah menarik, santai dan istimewa. Fahami bahawa anak anda mungkin akan melambatkan anda dan anda mungkin tidak dapat melakukannya seperti biasa. Bersabarlah apabila mereka menyepahkan alatan anda. Ingat, tujuan anda adalah untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
Sokong mereka: Jika anak-anak anda berasa kecewa dengan hobi itu (contohnya, mereka kerap gagal menunggang basikal tanpa roda latihan), puji usaha mereka dan berikan nasihat. Berikan galakan dan maklum balas yang membina, bukan kritikan. Apabila mereka menguasai kemahiran baru, galakkan mereka dengan memberikan alatan berkaitan, atau melawat tempat yang menarik
Apa yang kita boleh buat?
There are many activities and hobbies that you can enjoy with your kids. Here are some examples.
Sukan
Bersukan merupakan cara yang baik untuk kanak-kanak menjadi aktif, belajar bekerjasama, dan melatih koordinasi badan. Ia antara hobi yang umum, tetapi pastikan jenis sukan itu sesuai dengan umur dan kemampuan mereka. Contoh: bola sepak, badminton, bola keranjang, berenang, memanjat dinding, dan kasut roda.
Aktiviti keluarga
Menghabiskan masa di luar ialah cara yang baik untuk bersenam, mengurangkan tekanan, dan mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari. Kanak-kanak juga boleh belajar menghargai alam sekitar. Contoh: berjalan di taman/hutan, melihat bintang, memancing, berbasikal, dan berkhemah.
Seni dan kraftangan
Kanak-kanak boleh mengembangkan sisi kreatif mereka dengan seni dan kraf. Ia juga aktiviti menarik yang dapat melatih koordinasi tangan dan mata mereka. Contoh: catan, origami, membuat buku skrap, dan membina model.
Koleksi
Mengumpul barangan boleh mengajar anak-anak kemahiran menyusun atur dan mengira. Mereka juga akan belajar menghargai kecantikan dan keunikan setiap barang dalam koleksi mereka. Contoh: setem, syiling, poskad, cangkerang, atau penutup botol!
Permainan & teka-teki
Ini akan mengajar anak-anak pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Mereka juga akan mempelajari cara merancang strategi. Contoh: susun suai gambar, kiub Rubik, dam, catur, dan sudoku.
Seni persembahan
Belajar membuat persembahan boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak anda. Ia juga boleh menjadi cara kreatif untuk anak anda melahirkan perasaannya. Contoh: menyanyi, bermain gitar atau piano, menari, dan persembahan silap mata.
Kemahiran hidup
Mengajarkan kemahiran hidup sejak kecil akan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berguna untuk masa depan. Mereka juga akan belajar untuk menyukai tugasan rumah. Contoh: memasak, membuat kek, berkebun, menjahit, pertukangan kayu, dan kerja-kerja enjin.
Terdapat pelbagai hobi berbeza yang anda dan anak-anak boleh cuba. Dengan adanya hobi, anda boleh meluangkan masa bersama-sama anak anda dengan bermakna, lalu mewujudkan hubungan yang kuat dan melakar memori indah dalam keluarga. Selain itu, hobi boleh membantu anda membina hubungan baru, menangani tekanan dari kerja atau sekolah, dan mengembangkan karakter anda. Jika anda sudah pun mempunyai hobi, cuba libatkan anak anda juga; jika tidak, carilah hobi bersama-sama anak anda hari ini!