Kesesakan di lokasi yang sibuk menjadi kesempatan para penjenayah melakukan misi mereka. Apa yang diceritakan lelaki ini perlu diambil serius, ibu ayah mesti lebih berwaspada membawa anak ke kawasan yang sesak seperti bazar Ramadan.
Perkongsian lelaki ini wajar dijadikan pengajaran oleh para ibu bapa tatkala ke lokasi yang sesak dan padat seperti bazar Ramadan. Kecuaian sesaat boleh mengundang duka buat selama-lamanya. Pentingnya untuk memegang tangan anak sepanjang masa kerana mungkin ada yang ‘memerhati’, menunggu peluang menculik si kecil!
Foto: The Star
TOLONG PERHATIKAN & PEGANG ANAK SEBAIKNYA
Salam. Mintak pesan-pesankan lah kepada ibu bapa yang bawak anak pergi ke bazar ramadhan terutamanya yang bazarnya sesak, TOLONG perhatikan dan pegang anak anda sebaiknya..!
SEORANG IBU DUKUNG BAYI & ANAK PEREMPUAN IKUT DARI BELAKANG
Benda ni berlaku semalam di bazar ramadhan depan mata saya sendiri. Agak menakutkan jugak benda camni. Keadaan bazar memang sesak, padat terutamanya dlm waktu hampir berbuka, dan masa tu saya sedang bersesak nk beli juadah, depan saya ada sorang akak ngn baby (berdukung) dan anak pompuan sorang ikut belakang dia.
TANGAN PENUH, SATU DUKUNG BABY, SATU LAGI BAWA MAKANAN
Akak ni tangan dia da penuh satu berdukung, satu lagi bwk makanan jadi tak dapat pegang tangan ank dia sorg lagi.
Ads
TIBA-TIBA TANGAN ANAK ITU DITARIK SEORANG LELAKI
So jalan la slow2 hadap jem dlm bazar ni pastu bila sampai kat persimpangan dlm bazar tu, waktu ni yang scary ni. Ada la sorang brader ni tiba-tiba potong line depan saya, then terus tarik anak pompuan akak tu nak bwk budak tu masuk simpang lain.
Gambar hiasan: Astro Awani
NASIB BAIK TERLANGGAR ORANG, KALAU TIDAK….
Ads
Nak kira bernasib baik akak tu, brader tu terlanggar orang masa nk tarik budak tu, pastu akak tu pusing blakang, trus brader tu lepas budak tu then mencelah laju2 blah ikot simpang lain tu. Akk tu pandang blakng tgk ank dia xde, toleh ke tepi baru ada. Tapi akak tu x tahu pon ank dia kena tarik, cume dia pusing blakng wktu brader tu tlanggar org, bkn mase anak dia ditarik.
BAYANGKAN KALAU SAYA HANYA PANDANG KE DEPAN & LELAKI ITU TIDAK TERLANGGGAR ORANG
Nasib masa tu saya tgh pandang depan, so saya prasan la cuma saya jadi beku jap nk proses situasi tu. Tapi buatnya saya tgh syok pandang mknn di bazar mmg takkan sedar la kalo bnde ni jadi. Kalo incase x blanggar tu, mmg saya akan cuba tolong budk tu tapi nasib baik sgt la tak sempat pape lagi budak tu dah selamat.
Gambar hiasan: Astro Awani
BERLAKU DENGAN PANTAS. NAMPAK SEPERTI SUDAH LAMA DIPERHATIKAN
Ads
Benda ni jadi laju gila, sampai simpang trus tarik msuk simpang tepi, si mak jalan trus tak tahu pape jadi. Nampak macam brader ni da lama perati akak tu, tggu masa je nak buat kerja. Saya pun tak pasti lah apa yang berlaku, dah cuba bersangka baik tapi tetap rasa memang cubaan culik budak. Tuhan sahaja yang tahu niat manusia.
HATI-HATI DALAM SESAK, KEADAAN SEKELILING BUAT KITA TIDAK PEKA
Makanya berhati-hatilah, dalam keadaan bersesak orang dalam bazar dengan panasnya kadang kita jadi x peka. Semoga kita semua terhindar dari perkara buruk & perbuatan aniaya. InsyaAllah.
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121. Pada Selasa ini, 14 Mei 2019, ikuti perkongsian daripada pakar & ibu berkenaan tajuk “Kehamilan & Kanser” yang akan ke udara jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sungguh kejam! Tergamaknya seorang wanita mencekik bayi perempuan berusia tiga minggu sehingga maut gara-gara tidak puas hati dengan ibu bayi yang didakwa curang bersama suaminya.
Dalam kejadian 14 November lalu, mangsa dikhabarkan kritikal selepas ditikam menggunakan pemutar skru. Lebih menyedihkan, anak kecil yang tidak bersalah turut terlibat dalam pergaduhan ini.
Bayi dicekik, ibu kritikal
Kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Batu Caves, Gombak menyaksikan pembunuhan kejam ke atas bayi perempuan berusia tiga minggu dan ibu bayi. Bayi tersebut maut selepas enam hari dirawat di hospital akibat dicekik, manakala ibunya kritikal.
Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi 19 November lalu ketika dalam rawatan di Hospital Selayang.
Dalam kejadian ini, wanita berusia 30 tahun parah selepas ditikam menggunakan pemutar skru di belakang kepala, manakala bayinya dicekik.
Susulan itu, kami menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini pada hari sama (kejadian).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.
Berang jalin hubungan bersama suaminya
Hasil siasatan mendapati mangsa diserang gara-gara menjalinkan hubungan bersama suami suspek di rumah mereka.
Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya hingga melahirkan anak.
Kami turut merampas pemutar skru yang digunakan suspek menikam mangsa di lokasi.
Suspek yang merupakan seorang wanita muda yang berusia 25 tahun menyerang mangsa bersama pembantu rumahnya.
Suspek dan pembantu rumah direman 4 hari
Wanita terbabit bersama pembantu rumah berkenaan direman selama empat hari bermula 15 hingga 19 November.
Suami suspek berusia 27 tahun yang juga ahli perniagaan pula direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 November untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Namun, kematian bayi itu menyebabkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Reman disambung semula lima hari lagi untuk siasatan lanjut bagi kedua-dua suspek berkenaan.
10 tahun berusaha dan menunggu hadirnya seorang anak dalam rumah tangga bukan mudah. Apabila diberi peluang memberikan kata-kata akhir buat insan yang dinanti-nantikan, bapa ini sebak.
Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga memang menjadi dambaan setiap pasangan yang berkahwin. Kurniaan anak kepada aktor Adam Corrie Lee & isteri setelah melalui episod keguguran dan kandungan luar rahim. Bukan mudah melaluinya namun keyakinan kepada Allah dan tawakalnya akhirnya dia dikurniakan seorang anak lelaki dinamakan Adam Fateh Lee, Julai tahun lalu.
Pengalamannya yang berusaha mendapatkan anak selama 10 tahun menuntut kesabaran. Menerusi Instagram, Ustaz Ebit Lew berkongsi video bagaimana sebaknya aktor berkenaan apabila ditanyakan apakah kata-kata terakhir yang ingin diluahkan buat anaknya, Adam Fateh Lee.
“Dari dulu saya hormat dan sayang @adamcorrielee . Beliau orang baik. Rendah diri dan selalu dulu-dulu forum kami sama-sama menangis. Mengenang nikmat hidayah dan betapa syukurnya dapat nikmat Islam. Syukur dapat kenal Allah. Terima kasih doa khususnya orang Islam di Malaysia.
BERKAT KESABARAN 10 TAHUN
“Sebak setelah berkat kesabaran dan doa Allah kurniakan Adam Corrie anak selepas 10 tahun. Adam Fateh anak soleh dan hensem comel.
JAGA SOLAT, MENYAYANGI MANUSIA & BERSANGKA BAIK
Dengar kisah doanya dan betapa beliau menghargai bidadari. Bila saya minta kata-kata terakhir buat anaknya Adam Corrie menangis pesan supaya jaga solat sungguh-sungguh dan menyayangi manusia selalu bersangka baik.
SANGAT MENGHARGAI & MENCINTAI BIDADARI KERANA ALLAH
“Adam Corrie contoh pasangan yang sangat menghargai bidadarinya. Mencintai bidadarinya kerana Allah. Sahabatku, nanti jika diakhirat tak nampak saya tolonglah cari saya dan bawa sama-sama masuk syurga yer.”
Sama seperti ibu bapa lain, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendoakan anaknya menjadi anak solehah satu hari nanti.
Sebagai tanda bersyukur di atas kurniaan zuriat yang sekian lama dinantikan, Siti dan suami, Dato Sri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K meraikan kelahiran bayi yang diberi nama Siti Aafiyah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Siti dan suami memilih hari ke-7 sebagai hari untuk mereka memberi nama yang baik kepada puteri sulung seperti mana yang dianjurkan oleh sunnah Nabi Muhammad s.aw.
Ibu bapa mestilah memberikan nama yang elok dan membawa makna baik kepada anak yang baru lahir kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Nampaknya Siti dan suami sepakat memilih nama yang ringkas dan mudah disebut iaitu Siti Aafiyah untuk comel pipi merah mereka yang dalam tempoh seminggu sebelum ini dipanggil dengan nama timangan Fatimah Az-Zahra sempena nama puteri Rasulullah s.a.w.
Menurut Siti, suaminya sendiri yang mendapat ilham nama untuk anak mereka ketika berada di Tanah Suci Mekah semasa membaca satu doa pendek yang ada sebutan “Aafiyah”.
Doa tersebut adalah Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah)
Afiyah membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang, kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.
“Suami selalu baca doa itu. Dia tanya setuju tak bagi nama Aafiyah yang membawa maksud segala-gala yang baik. Bila saya kerap memikirkan nama itu, kebetulan setiap hari saya dapat update doa-doa di handphone yang banyak menyebut “Aafiyah”, jelas Siti tentang pemilihan nama anaknya itu.
Mengenai nama panggilan anaknya selepas diberi nama sebenar, Siti dan suami sepakat untuk terus memanggil nama penuh pada Siti Aafiyah.
“Harapnya dah bagi nama yang baik, bila hari-hari sebut nama tu dapatlah tempias maksud Aafiyah. Saya pun dapat juga doa maksud Aafiyah tu,” ujarnya yang akan membahasakan diri sebagai Ibu kepada anaknya.
Berpegang kepada sunnah Nabi yang ada disebut dalam satu hadis yang bermaksud:
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Justeru, penyanyi kesayangan ramai ini turut menjemput Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri untuk meraikan kelahiran puteri kesayangan serta melakukan tahnik.
Selain itu Siti turut menjemput ramai guru dan ustaz yang banyak membimbing keluarga mereka untuk turut sama melakukan amalan sunat ini serta mendoakan kelahiran Siti Aafiyah.
Semua sedia maklum, Siti menantikan selama 11 tahun untuk bergelar seorang ibu. Katanya, dia sentiasa berdoa supaya diberi pengalaman menjadi ibu dan bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana memberikannya pengalaman terindah tersebut.
“Saya hargai dan bersyukur kepada Allah, kepada ibu yang melahirkan saya dan ibu mertua yang telah melahirkan suami saya. Ini anugerah yang terindah dalam hidup saya.”
Menganggap anak adalah amanah dari Allah dan juga dugaan kepada ibu bapa, Siti dan suami bertekad untuk berikan yang terbaik untuk anaknya terutama bab didikan agama, adab dan pelajaran.
Sebagai tanda kesyukuran, Siti dan Khalid turut mengadakan ibadah aqiqah pada hari ke-7 kelahiran puteri sulung mereka.
Menurut Siti, antara cabaran selepas bersalin yang dirasakan adalah menyusukan anak.
“Ia bukan senang Ya Allah. Tapi bila fikirkan mak saya boleh jaga anak sampai lapan orang dan menyusukan kami semua dan tak tidur malam, apalah sangat saya yang baru anak seorang ni,” beritahu Siti.
Siti bersyukur kerana menantunya Tya Ariffin banya membantunya terutama dalam bab menyusukan anak.
“Menantu saya, Tya macam cikgu. Dia banyak membantu, ajar tentang menyusu bayi. Macam-macam dia ajar. Kalau orang lain lepas bersalin, selalunya mak yang ajar anak tapi saya special sebab menantu yang ajar,” ceritanya tersenyum bahagia.
Menurutnya lagi, setiap bayi memang mempunyai ragam yang berbeza. Oleh kerana nak membesar maka Aafiyah juga semakin kerap menyusu.
“Tak mengapalah saya kena berkorban. Buat semua kerana Allah sebab nak tengok anak membesar dengan sihat,” cerita Siti tentang ragam anaknya sendiri yang kuat tidur waktu siang dan malam pula asyik berjaga.
Mengakui sejak seminggu selepas melahirkan anak tiada lagi istilah tidur lena, Siti yang hanya tidur selama tiga jam pada hari tersebut bersyukur kerana diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjayakan majlis meraikan anaknya.
Siti yang melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan caesarean pada 19 Mac lepas bercerita pengalamannya yang kehilangan banyak darah ketika proses kelahiran puterinya atas sebab-sebab tertentu.
Beliau bersyukur atas kecekapan para doktor yang merawatnya sehingga dia kembali sihat semula. Katanya pada hari ketiga lepas bersalin, dia sudah kuatkan semangat untuk bangun berjalan.
Walaupun luka pembedahan masih sakit, tetapi Siti percaya ibu yang bersalin secara caesarean tak boleh terlalu banyak berbaring. Sebaliknya kena kuatkan diri dan semangat untuk cepat sembuh.
“Kita yang lahirkan anak so kena kuat. Bila tengok baby depan mata, hilang segala sakit melahirkannya,” demikian Siti berkongsi tip bagaimana dia kelihatan sudah kuat walaupun baru seminggu bersalin.
Pernah melalui tempoh masa yang lama sebelum dikurniakan zuriat, Siti turut menasihatkan pasangan yang masih belum dikurniakan anak supaya jangan berputus asa.
“Saya tak pernah putus asa dan tak putus berdoa serta sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dalam hati sentiasa cakap Allah akan bagi saya anak pada tarikh, hari dan masa yang terbaik.
Saya pergi umrah banyak kali, dan doa yang sama akan saya pinta pada Allah. Saya tahu Allah akan jawab doa saya satu hari nanti. Teruskan berusaha dengan cara tradisional dan moden,” ujarnya memberi kata-kata semangat pada wanita yang masih belum mendapat cahaya mata.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.