Tangisan Seorang Ibu Harapkan Anaknya Dijumpai. Motor Hilang Kawalan Melalui Jambatan

Share

Tangisan seorang ibu selepas dua anaknya berusia lingkungan 7 dan 3 tahun yang terjatuh dalam Sungai Keratong benar-benar buatkan ramai yang sebak. Tambah lagi kedua-duanya dipercayai lemas setelah motosikal yang ditunggang ibu mereka hilang kawalan ketika melalui jambatan gantung di kawasan tersebut.

Ibu sempat berpaut, anak jatuh ke sungai

Menerusi Facebook page Kuantan, dua kanak-kanak itu dipercayai lemas manakala ibunya sempat berpaut pada jaring pagar jambatan gantung tersebut.

Sama-sama kita doakan semoga dua beradik yang jatuh dari motor bersama ibunya selamat ditemui di Sungai Keratong. Ibunya selamat berpaut pada pagar, malangnya 2 orang anaknya berumur 7 dan 3 tahun jatuh ke sungai.

Menerusi video berdurasi 0:27 saat, kelihatan beberapa orang individu sedang mencari dua kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sungai tersebut. Kedengaran juga suara seorang wanita yang sedang menangis di lokasi kejadian.

Difahamkan kedua-dua beradik itu bersama ibunya dalam perjalanan pulang dari sekolah kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh ibunya hilang kawalan dan terselamat setelah berpaut di jaring pagar manakala nasib dua anak kecil itu belum diketahui lagi.

Masih ada jambatan gantung?

Allahu, semoga dipermudahkan urusan pencarian anak kakak ni. Air pula warna keruh. Semoga ahli keluarga kakak ni tabah.

Masih ada lagi jambatan gantung, patut dah ganti jambatan konkrit.

Ada juga netizen yang mempersoal mengenai jambatan gantung yang masih wujud di kawasan tersebut sedangkan ianya perlu digantikan dengan jambatan konkrit.

Di ruangan komen, ramai yang berdoa agar dipermudahkan urusan pencarian dua beradik itu dan si ibu kuat menghadapi takdir ini.

Tiada seorang ibu pun yang mahu kejadian buruk berlaku pada anak-anaknya. Namun jika dah tertulis ajal mereka, diharapkan ibu ini reda dan terus kuat walaupun ia berlaku secara mengejut.

Kredit: FB Kuantan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN