Bayangkan kalau setiap hari anak kecil ditinggalkan kepada pengasuh atau taska manakala anak besar bersekolah sampai petang, hanya waktu malamlah peluangnya. Jika dikira setiap satu, tak terkira banyaknya hutang masa kita dengan anak-anak. Cuma anak kecil mereka belum faham dan tak pandai nak menuntut.
Bagaimanapun bagi ibu ayah waktu malam adalah masa nak berehat setelah seharian penat bekerja sehingga ada yang tertidur dulu daripada anak-anak. Masa ni anak-anak terpaksa bawa diri dan bermain dengan adik, abang atau kakak.
Mungkin ibu bapa tak perasan pun masa ni. Namun bila anak dah besar baru kita tersedar dan ia pasti tak boleh berulang lagi kerana waktu anak kecil hanya sekali sahaja.
Perkongsian yang sangat bermakna dari Sahrol Lagiman sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada kita yang dah bergelar ibu ayah kerana kesibukan bekerja.
Bukan jarang, tapi selalu kita memarahi mereka apabila terasa penat. Kita memarahi mereka padahal mereka belum benar-benar mengerti kesalahan yang telah dilakukan.
Tetapi, seburuk mana pun kita buat pada anak, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.Menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya, seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.
Ads
Anak suka bercerita untuk kita, meskipun seringkali kita bersikap tidak acuh terhadap mereka dengan kasih sayang.
Kita sentiasa mengatakan bahawa diri kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka semua tetapi kenyataannya merekalah yang sentiasa membahagiakan kita diketika penat lelah selesai bertugas.
Kita merasakan bahawa kita bangga dengan menghiburkan kesedihan mereka atau menghapuskan linangan air mata dari pipi-pipi comel mereka. Sebenarnya diri kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Anaklah yang menghilangkan kepenatan kita, menghapuskan air mata kesedihan kita.
Ads
Percayalah kita terhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama kita meluangkan waktu untuk berbicara, mendengar, memeluk, mendakap dan bermain bersama-sama dengan mereka?
Dari anak lahir ke dunia mereka sentiasa ceria, tersenyum manis dan menghormati diri kita..
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu “lebih dewasa” dan “bijaksana” daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.
Seburuk apapun kita sebagai ibu bapa, mereka selalu bersiap sedia untuk menjadi anak-anak terbaik. Dakaplah anak-anak kita, tataplah mata mereka dengan penuh kasih sayang.
Ads
Kredit: Sahrol Lagiman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak-anak. Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi, nampak comel sangat. Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan otot telapak kakinya terbantut. Tidak perlu kenakan kasut kepada bayi anda, cukup sekadar dengan memakaikan mereka stokin. Stokin juga biarlah sedikit longgar.
Dengan memakaikan stokin yang sedikit longgar kepada bayi, ia memberi kebebasan pada tulang-tulang kaki dan jari kaki mereka. Tidak perlu dipakaikan kasut kerana berjalan dengan kaki ayam pun mereka belum mampu.
Jika bayi dalam proses mebesar, biarkan kaki mereka sentiasa bebeas agar mereka dapat meregangkan otot kaki sekaligus merangsangnya agar mudah digerakkan. Sebelum pandai berjalan, bayi gemar meregangkan tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri.
Perhatikan bayi anda. Mereka suka menggerakkan jari kaki serta pergelangan kaki. Bayangkan jika dipakaikan kasut, bagaimana mahu digerakkan? Tiada salahnya untuk anda gayakan bayi, tetapi jangan sampai membebankan perkembangan mereka. Dengan membiarkan kaki mereka sentiasa bebas, ia akan menjadi kuat dan proses mereka untuk berjalan juga lebih cepat.
Bila tengok rekaan kasut yang comel-comel tu, pendamkan perasaan dahulu. Tunggu sehingga mereka sudah boleh bertatih sendiri, kemudian belilah kasut yang selesa untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapur adalah ruang yang paling penting dalam sesebuah rumah kerana di situlah ibu nak dapat mood untuk memasak. Biarpun ruang dapur sempit, jika susun atur barang semuanya kemas, tak jadi masalah pun. Lagi satu, keselamatan di dapur juga penting agar tak mendatangkan bahaya pada anak kecil.
Sebaiknya, perlu disediakan rak atau almari untuk meletakkan barang atau stok makanan. Selain nampak kemas, ia juga tak mudah rosak jika betul cara penyimpanannya.
Mungkin bagi yang tak ada bajet besar, boleh DIY sendiri rak letak barang lagi jimat. Tetap nampak cantik jika pandai mendekorasinya. Lagipun dah banyak pilihan boleh dibuat ikut bajet poket masing-masing.
Kali ini, nak kongsikan cara Nurul Nabihah membuat rak untuk breakfast station di rumahnya dengan membeli semua barang di kedai ECO.
Bukan saja jimat tapi serius cantik. Berbaloi sangat sebab modal pun hanya RM10.50.
DIY Rak Breakfast Station
Produk baru dari Eco shop. Buat rak untuk breakfast station. Kayu serius tebal dan cantik. Berat pulak tu.
Bahan Asas:
– Papan empat segi tepat dua keping
– Papan lengkung dua keping
– L Bracket
Papan ni boleh cari di bahagian barang-barang hardware (ECO) dan ada pelbagai jenis warna.
Hanya cantum dengan L Bracket tu dah boleh dapat rak yang simple tapi cantik sangat.
Bukan hanya boleh letak barangan dapur saja, rak ini pun sesuai juga letak di bilik tidur atau ruang tamu untuk letakkan buku-buku sekolah anak atau barang yang lain.
Jadi apa tunggu lagi, selagi boleh jimat kita berjimat. Rumah kita, kita yang deko untuk bagi nampak kemas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Anak sakit, batuk, selesema bukan sahaja memberi kesan pada anak itu sendiri tetapi turut memberi kesan kepada ibu bapa untuk berjaga malam sehingga ada yang tak mendapat rehat yang cukup.
Jadi sebagai salah satu ikhtiar, boleh cuba petua minyak bawang putih yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ini untuk membantu menyembuhkan batuk dan selesema anak kecil.
Saya nak share cara saya buat minyak bawang putih. Cara saya berbeza sikit sebab bawang putih digoreng dalam minyak. Arwah nenek saya dulu bidan kampung dan buat minyak urut sendiri. Herba/akar kayu semuanya digoreng dalam minyak & dibiarkan merenih lama supaya khasiatnya larut ke dalam minyak & tahan lebih lama. Sy adaptasi cara arwah untuk buat minyak bawang putih ni lak semoga dengan perkongsian ni, dikurniakan pahala buat arwah.. Aamiin..
Bahan-bahan:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
Goreng daun salam & bawang putih dalam sedikit sahaja minyak zaitun (agak² tenggelam je) dengan api yang sangat perlahan hingga garing. Jangan sampai hangit ye, nanti banyak khasiat bawang putih hilang. Sebab tu api kena kecil.
Goreng daun salam & bawang putih dalam sedikit sahaja minyak zaitun (agak tenggelam je) dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dlm suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je untuk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.
Masukkan dalam botol kecil (travel bottle) untuk kegunaan harian.
Masukkan bahan² tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dlm suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je utk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam. – Masukkan dalam botol kecil (travel bottle) untuk kegunaan harian. *sebaik²nya biarkan minyak terendam semalaman atau 8-12 jam sebelum di masukkan dalam botol travel (saya biarkan 24 jam sebelum masukkan dalam botol)
KEGUNAAN
Untuk ditambah ke dalam masakan
Mommies yang mempunyai masalah anak kurang berat badan, tambahkan sesudu minyak ni ke dalam masakan (selepas selesai memasak) untuk menambah kalori. Daun salam bukan sahaja memberikan aroma yang enak tetapi meningkatkan selera makan si manja
Pengganti tumisan bawang putih dalam masakan
Mommies yang kesuntukan masa, gunakan je sedikit minyak ni/bawang putih goreng untuk menumis. Dapat jimat masa — tak perlu lagi tambah bawang putih.
Urut perut dengan minyak bawang putih & tungku perut untuk masalah perut kembung
Bawang putih membantu menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit. Sapukan minyak pada bahagian dada, belakang badan & paling penting tapak kaki. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Untuk sakit tekak & batuk, boleh juga sapukan minyak ni dibahagian bawah dagu & sekitar leher untuk kesan yang lebih cepat.
Kalau anak demam panas & terdesak (takde bahan lain), boleh campurkan 2-3 sudu minyak ni dalam air lap badan. Kalau tambah lemon lagi bagus
Mengurangkan selsema
Rebus air & masukkan beberapa sudu minyak bawang putih. Hidu wap selama 15-20 minit. Bagi anak kecil, tiarapkan di atas riba. Mommies perlu pastikan hidung anak menghidu wap. Bawang putih adalah antibiotik terbaik, daun salam pula membantu mengurangkan masalah berkaitan pernafasan.
Sekarang saya gunakan minyak bawang putih & daun sirih untuk redakan batuk berkahak. Fydh pun dah tak pernah ambil neb lagi sekarang ni..
Menghentikan bersin
Sapukan minyak pada hidung & batang hidung. Bersin akan beransur-ansur kurang. Bagi yang mengalami gatal dalam hidung/resdung, titiskan sedikit minyak bawang putih ke dalam hidung (bahagian tepi) untuk kurangkan gatal.
Boleh juga guna sebagai insect repellent masa balik kampung tu..
Sebagai mosquito repellent
Bawang putih sangat efektif digunakan sebagai repellent kerana baunya yang kuat tidak digemari oleh nyamuk.
Mengurangkan gatal akibat gigitan nyamuk/alahan/eczema
Kedua-dua bawang putih & daun salam mempunyai efek anti inflamasi & boleh mengurangkan gatal.
Sapukan ditempat gatal & urut agar minyak meresap ke dalam kulit. Lakukan beberapa kali hingga gatal hilang.
Fydh ada mild eczema. Tiap kali tersalah makan je, mulalah badan naik gatal-gatal.
❇Nota:
Anak saya ada ekzema dan saya sapukan minyak ni setiap hari dan setiap kali ekzema dia flare. Alhamdulillah, ekzema dia cepat surut bila sapu dengan konsisten.
Mengelakkan & mengurangkan ruam lampin.
Bayi yang mempunyai kulit sensitif mudah terkena ruam lampin. Pastikan kerap menukar lampin kerana air kencing bayi menyebabkan ruam semakin gatal. Bersihkan punggung bayi (sebaik-baiknya guna air) & sapukan minyak sebelum dipakaikan lampin baru.
Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Bersihkan luka & sapu minyak sebelum balut luka. Khasiat bawang putih sebagai antibakteria mengurangkan risiko jangkitan & daun salam mempercepatkan luka sembuh.
❇Nota: Pentingnya goreng bawang putih hingga garing adalah untuk kurangkan ‘pedas’ atau ‘pijarnya’. Bawang putih yang tak digoreng garing akan membuatkan rasa pedih apabila disapu tempat luka/berdarah.
Lepas tuam dengan telur rebus, sapu & urut dahi yang benjol gunakan minyak ni
Kerap sapukan minyak pada bibir yang kering/bahagian yang terkena ulser.
❇Nota: anak saya pernah terjatuh & bibir belah dalam luka akibat terkena gigi. Si kecik ni langsung tak nak makan/minum susu sebab luka bibirnya dah jadi ulser. Dalam 3-4hari je ulser dia dah kering dengan penggunaan sekurang-kurangnya 2x sehari.
Melebatkan rambut/mengurangkan rambut gugur
Mommies yang ingin anak rambut lebat, rajinlah lumurkan minyak ini pada rambut. Minyak zaitun sendiri terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk rambut, ditambah pula dengan kandungan gizi yang tinggi dalam bawang putih mampu menguatkan & melebatkan rambut. Gabungan daun salam — digunakan dalam perubatan ayurvedic untuk menguatkan rambut/mengurangkan rambut gugur. Mommies pun boleh guna sendiri untuk kurangkan rambut gugur lepas bersalin tu.. Lumur pada rambut & biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum cuci rambut.
Merawat cradle cap (kulit kepala berkerak)
Untuk merawat bayi yang mempunyai masalah cradle cap (kulit kepala berkerak seakan-akan kelemumur, bertompok kecoklatan & berminyak), sapu minyak & urut lembut kepala bayi. Biarkan dalam 15min-30min untuk melembutkan kerak. Sikat kepala bayi dengan sikat untuk menanggalkan kerak. Syampu rambut bayi seperti biasa. Lakukan beberapa kali sehingga cradle cap benar² hilang.
❇Nota: Cradle cap kerap berulang & selalunya akan hilang sendiri apabila bayi mengjangkau usia setahun tapi ada jg yg lebih lama. Si kecik ni sendiri dah nk masuk 2 thn pn, masih ade cradle cap. Sebelum ni guna santan/minyak baby biasa. Lepas beberapa lama jadik balik walaupun kerap syampu. Semenjak amalkan sapu minyak bawang putih ni kat kepala, nampak perubahan ketara. Cradle cap makin berkurang & alhamdulillah sekarang dah tak de.
Bonus untuk mommies – sebagai homemade make up remover. Untuk buat make up remover, campurkan 1 bahagian minyak + 3 bahagian air dalam bekas/botol. Bukan sahaja berfungsi tanggalkan mekap, tapi mengecutkan jerawat & memudarkan parut juga. Pastikan goncang bekas sebelum digunakan ye..
Untuk jenis kulit berminyak, boleh campurkn sebatang kayu manis ke dalam botol.
*Menurut Dr. Zubaidi bawang putih perlu dipotong & dibiarkan seketika kerana bawang yang telah dipotong/dilenyekkan akan mengalami proses enzimatik yang akan menukar bahan alliin kepada allicin, yang sangat bermanfaat pada tubuh.
*Penggunaan minyak ni hanya sebagai alternatif. Dapatkan khidmat doktor sekiranya gejala berterusan
*Tindakbalas tubuh tidak sama bagi setiap individu. Mungkin ada yang cepat/lambat nampak kesan
*Anak yang tak serasi dengan minyak zaitun, boleh ganti minyak kelapa dara (evco)
*Untuk simpan lama, pastikan bawang putih terendam dalam minyak sepenuhnya untuk elakkan bawang berkulat. Jika minyak tinggal sikit, boleh keluarkan je bawang putih.
*Sebaik-baiknya gunakan minyak bawang putih yang direndam semalaman bersama hirisan bawang putih untuk lebih efektif.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.