Baby car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak amat penting untuk keselamatan anak tak kira lah perjalanan jauh atau pun dekat. Risiko bayi atau kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan ini. Namun tak semua dapat memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru.
Lantaran itu, ada sesetengah ibu bapa mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak secara terpakai. Tapi sebelum membeli kerusi keselamatan terpakai ini, anda perlu tahu beberapa perkara yang perlu diajukan kepada penjual demi keselamatan anak anda. Ikuti perkongsian daripada Farah Hazwani;
Hantaran ini panjang sedikit dan perlu dibaca dengan berlapang dada untuk mengelakkan sebarang provokasi atau fitnah–
Sebelum beli kerusi keselamatan terpakai, kita perlu tahu cara pemilihan yang betul. Salah satunya, tidak digalakkan beli tanpa mengetahui sejarah car seat tersebut. Sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai, sila ajukan soalan-soalan berikut kepada penjual:
1. Adakah car seat pernah terlibat dalam kemalangan? (Kerusi keselamatan yang pernah digunakan ketika kemalangan telah pun menyempurnakan fungsi utamanya, iaitu melindungi penumpang kanak-kanak, dan tidak boleh digunakan lagi)
2. Berapa lamakah car seat telah digunakan? (Adakah car seat telah tamat tempoh atau menghampiri tarikh luput? Minta penjual tunjuk tarikh pengilangan. Kerusi keselamatan yang telah tamat tempoh mungkin tidak dapat melindungi anak jika berlaku kemalangan)
Ads
3. Adakah ia pernah dicuci? (Adakah pembersihan dilakukan mengikut manual – Tidak menggunakan cucian stim, tali keledar tidak direndam, tiada bahan peluntur atau sabun antibakteria digunakan)
4. Adakah car seat mempunyai tanda-tanda kerosakan? (Tanda amaran telah pudar, terdapat kesan terurai pada tali keledar, ada bahagian pecah atau karat)
Kalau rasa ragu-ragu dengan jawapan penjual, lebih baik beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru jika ada bajet lebih. Tiba-tiba hari ini, dapat feedback dari salah seorang penjual kerusi terpakai yang diimport dari Singapura.
Nilaikan sendiri. Sebenarnya, soalan-soalan itu dipetik dari artikel Car Seats for The Littles(CSFTL) di sini:
Ads
Hand Me Down Seats – Bargain Or Bust? https://csftl.org/hand-me-down-seats-bargain-or-bust/
Kalau ikutkan saranan CSFTL, banyak lagi yang perlu diambilkira, seperti:
1. Adakah kerusi pernah didaftar masuk (check in) sebagai sebahagian dari muatan bagasi apabila menaiki pesawat? (Adakah pemilik meletakkan car seat dalam kotak khas? Adakah ia diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan selepas mendarat?)
2. Adakah kerusi keselamatan termasuk dalam senarai yang ditarik balik (recall list)? Sebahagian car seat yang ditarik balik memerlukan penggantian dan adakah bahagian yang perlu diganti telah digunakan dengan betul?
Menurut CSFTL, “It essentially comes down to this: would you trust that seat, that seller, with your child’s life?” (Akhirnya, ia bergantung kepada anda. Adakah anda percaya kerusi keselamatan dan penjual itu untuk melindungi anak anda?)
Ads
Cara pembersihan alas kerusi keselamatan juga memainkan peranan dalam menjamin fungsi sebuah car seat itu. Sesetengah pengeluar hanya membenarkan cover dicuci secara cucian tangan, tapi ada juga yang benarkan penggunaan mesin basuh.
Apa pula bahan pembersih yang telah digunakan oleh penjual sekiranya pernah mencuci car seat? Jika tersilap basuh, ciri ketahanan api (fire retardant) mungkin hilang. Rumit bunyinya, bukan? Ini salah satunya alat yang dibeli untuk tujuan keselamatan, jadi banyak faktor perlu diberi perhatian.
Benar, ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita bertanggungjawab untuk cuba sehabis baik menjaga nyawa dan amanah yang telah diberi.
Jika sudah terbeli kerusi keselamatan terpakai, ambil peluang ini untuk hadiri pemeriksaan bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), sebuah organisasi tempatan yang mempunyai peranan yang hampir sama seperti CSFTL.
Mereka boleh dihubungi di carseatcheck@cpsmalaysia.org
Boleh juga ajukan sebarang soalan di Facebook Group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) – https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/ Jangan lupa jawab ketiga-tiga soalan tapisan untuk kelulusan lebih pantas.
Bila bayi kita masih lagi celik mata dan tak mahu tidur walaupun dah lewat malam, mulalah mama rungsing. Mana taknya, bayi kita masih tak lagi menampakkan tanda-tanda nak lelap walaupun selepas kenyang menyusu. Macam mana ni?
Adakalanya kita sendiri yang salah. Malah ada perkara yang kita buat sebenarnya merangsang bayi untuk lebih aktif tak kira siang atau malam.
Jadi ibu bapa jangan buat lima perkara yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Raziq ni ya. Penting ni!
Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur
1. Terlalu banyak geletek dan bergurau
Benda ni semua akan mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan. Tu yang bayi tu jadi susah nak tidur. Dua atau 3 jam sebelum tidur tu kita kena jadikan suasana sekeliling bayi tu senyap dan tenang. Barulah bayi kita tu jadi lebih mudah terlelap.
2. Lupa sendawakan bayi sebelum tidur
American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.
Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita. Kita sendiri pun susah nak tidur kalau perut penuh angin kan. Apatah lagi bayi kecil.
3. Waktu tidur selalu bertukar dan tak tetap
Bayi seawal umur 12 minggu pun mula dipengaruhi oleh circadian rhythm. Circadian rhythm ni lebih kurang macam jam semulajadi yang ada dalam badan anak kita.
Makin tak tentu waktu tidur anak kita ( irregular bedtime) makin kacau circadian rhythm anak kita tu. Kalau harini tidur pukul 10 malam, besok lusa pun kena tidur pada waktu yang sama. Baru lah anak kita mudah lelap.
4. Bergaduh di depan anak
Walaupun anak kita tak respon pun bila kita bergaduh dengan pasangan tetapi sentuhan kita dalam keadaan resah gelisah tu boleh dibaca oleh anak kita.
Anak kita boleh tahu emosi kita melalui cara sentuhan dan nada suara kita. Kita nak jadikan anak kita setenang mungkin sebelum mereka tidur supaya tidur anak kita tu jadi lebih lena.
5. Jangan letak bayi depan TV
Jangan letak anak depan TV sebelum nak tidur walaupun tengah ada rancangan CJ Wow Shop yang best!
Nanti anak jadi susah mengantuk sebab pendedahan pada cahaya daripada TV tu menyebabkan penghasilan hormon melatonin anak kita tu jadi kurang. Makin kurang hormon tu, makin tak mengantuk la anak kita.
p/s : Jangan main main dengan tidur kerana tidur yang tak lena dan berkualiti boleh bagi kesan perkembangan otak anak kita.
Jadi kena bagi dia tidur juga walau tak kira apa caranya.
Kredit: Dr Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita akui sebagai ibu bapa, ada waktunya kesabaran kita terduga. Ada waktunya kita tidak mampu menahan sabar untuk memarahi anak-anak. Jangan biarkan emosi sebegini terus menjerat diri kita. Kegagalan kita mengawal kemarahan ini akan memburukkan keadaan. Malah emosi anak juga akan turut terkesan.
Walaupun masih kecil, mereka pastinya merasa takut, marah dan menjadi benci kepada ibu bapa. Inilah yang sebolehnya kita elakkan. Menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak, elakkan memarahi anak secara terus kerana anak memberi kesan kepada mereka. Ada cara yang dikongsikan oleh beliau.
Di saat kita marah pada anak, elak dari bercakap terus. Suara yang akan keluar adalah suara emosi marah. Umpama petir dan guruh di langit.
Kalau berterusan cakap dengan nada marah tiga perkara akan berlaku:
1. Mereka takut, benci dan marah pada mak ayah. 2. Mereka runtuhkan harga diri atau self esteem. 3. Itulah model komunikasi yang mereka akan pakai.
Tenangkan diri. Bagaimana? Semudah 3 cara ini:
1. Tukar fisiologi. Caranya ialah tarik nafas dalam- dalam. Hanya 3 kali. Kaedah ini akan tukar mode surviving iaitu fight or flight.
Mode ini siapkan diri anda untuk berperang. Mode ini juga aktifkan sistem saraf simpatetik. Bila bernafas dalam dalam anda tukar sistem fisiologi. Anda beralih kepada relax and release mode. Anda aktifkan sistem saraf parasimpatetik. Anda jadi tenang. Lebih santai. Otak mudah untuk mengatur ayat.
2. Ubah postur atau keadaan fizikal anda. Kalau marah tangan naik ke atas, atau cekak pinggang, tukar postur itu.
Kalau anda berdiri dan memandang ke bawah tukar postur itu. Anda duduk pada paras mata anak anda. Sekiranya anda berdiri, bercakap dan anak dongak ke atas, ia dibaca sebagai ancaman. Apa berlaku? Fisiologi anak juga berada pada fight & flight mode. Dia bersiap sedia untuk perang. Anda juga bersiap untuk perang. Apa berlaku? Bayangkan sendiri.
3. Buat self talk. Kata pada diri “aku akan bercakap bila tenang”. “Tenang baru cakap” “Aku pilih tenang sebelum bercakap” atau “I’m more relax now”
Bila dah tenang baharu bercakap. Waktu itu api tak marak lagi. Panas pun dah hilang. Hormon stres kortisol mula turun. Oksigen penuh dalam otak. Heart beat mula stabil. Beginilah cara saya buat kat rumah. Inilah juga cara yang dikaji dan ditulis dalam jurnal saintifik. Inilah juga cara yang tenteramkan dunia anda.
Boleh amalkan dan please share. Biar ramai dapat manfaat.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ibu-ibu bila dah ada anak, semua perkara akan dititikberatkan. Setiap hari kalau tak dengar suara ibu, pasti anak-anak atau suami akan pelik.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Wan Nur Syakira daripada ibu atau ayah membebel, baiklah kita selitkan dengan zikir agar anak-anak kita semua akan menjadi anak cemerlang dunia akhirat.
Sejak kita ada anak ni, memang banyak sangat mulut ni berzikir. Bila anak nak tidur, dodoikan dengan zikir. Kalau sejam, sejam lah keluar semua zikir yang yang kita tahu.
Mula-mula slow, lama-lama makin kuat sebab kenapa tak tidur lagi ni. Tak pun mula-mula kuat, lama-lama makin perlahan sebab mak ayahnya tidur sekali. 😂
Bila ajak anak masak sama-sama atau dia nak join sama-sama, sepanjang proses memasak tu, berzikir melihat telatah dia.
Tangan kecil dok rasa garam, gula, celup tu, celup ini. Bila anak meragam dan tengah menguji kita dengan kelakuan belum matang ni,
Lafaz istighfar dan ” ya Allah ” automatik keluar. Breath in breath out. Merayu betul dengan Allah bagi jiwa yang sabar.
Tak pun sekarang, bila rasa marah, teringat lagu Little Ammar, ” Bila rasa marah, tenang hati ‘. Nyanyilah ummi di depan anak. 😂
Bila anak terjatuh, ” Allahuakbar” terus terpacul. Bila bercakap dengan anak, sebab kita nak anak pun dibudayakan dengan perkataan yang baik, kita ajar anak sebut Alhamdulillah bila dapat sesuatu.
Kita ajar anak sebut Subhanallah, MasyaAllah kalau nampak benda yang Allah ciptakan tu cantik dan hebat.
Kita pun ajar sebut istiazah bila nak lindungi diri kita dari syaitan. Kita ajar sebelum mula , baca Bismillah.
Begitulah. Rupanya anak lahir nak bagi ibu ayah banyak berzikir, ingat pada Allah. 😊
Ibu ayah yang berusaha menjadi lebih baik dan baik untuk anak contohi. Yang sentiasa cuba mengingati Allah dalam tiap urusan.
Kerana perjalanan menjadi ibu ayah itu adalah perjalanan melatih, membentuk dan menjadi kita yang lebih baik.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.