“Aduh tak selesanya kaki ni asyik merekah” biasanya keadaan tapak kaki yang merekah banyak dialami oleh golongan ibu-ibu. Banyak faktor yang menyebabkan tapak kaki merekah antaranya faktor kesihatan dan juga kekurangan air. Ikuti perkongsian ini.


PUNCA TAPAK KAKI MEREKAH

Biasanya jenis lantai yang dipijak sering dipersalahkan apabila seseorang itu mengalami masalah tumit merekah. Malah, ada juga yang menganggap masalah tumit merekah hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia dan apabila dialami oleh golongan muda, mereka dilihat tua sebelum waktunya.

Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata-Mata, Ada Kaitan Dengan Kesihatan. Mama Kena Ambil Tahu!

Namun, adakah rekahan pada tumit itu perkara biasa? Apakah ada penyakit yang menyebabkannya? Adakah ia boleh memberi kesan buruk atau sekadar menjejaskan penampilan?

Kulit di tapak kaki terutama di tumit boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tanpa mengira usia.

Bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.

Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata-Mata, Ada Kaitan Dengan Kesihatan. Mama Kena Ambil Tahu!

Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.

Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.

IKLAN

Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.

Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.
Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.

Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.

Bagaimanapun masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik.

Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian. Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.

Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.

IKLAN

Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata-Mata, Ada Kaitan Dengan Kesihatan. Mama Kena Ambil Tahu!

Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.

Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.

Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:

Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:

IKLAN

1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli

Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata-Mata, Ada Kaitan Dengan Kesihatan. Mama Kena Ambil Tahu!

2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum

3. Zat zink: Tiram, ayam, ketam, kacang merah, yogurt, beras perang, spageti

4. Asid lemak Omega-3: Ikan salmon dan bijirin.

#HealthDrZubaidi

Kredit:Dr Zubaidi Hj Ahmad

Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata-Mata, Ada Kaitan Dengan Kesihatan. Mama Kena Ambil Tahu!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI