Pasti ramai yang masih ingat kejadian yang sungguh menyayat hati berlaku pada arwah adik Afiq yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan oleh suami pengasuh sendiri sehingga meninggal dunia.

Terbaru menerusi perkongsian ibu arwah adik Afiq, dah sebulan anak syurga ini pergi menghadap ilahi. Walaupun begitu, perjuangan untuk menuntut keadilan demi Afiq akan diteruskan.“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

Melalui luahan hati Puan Robiatul Adawiah, dia menceritakan kronologi kes yang berlaku pada anaknya dari awal dapat berita tentang Afiq tak sedarkan diri sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN [“Demi Afiq, Ibu Tuntut Keadilan. Hantar Rumah Pengasuh Sihat, Balik Adik Dah Kaku”]

Pengasuh beritahu Afiq tak sedar

27/5/21 genap sebulan peristiwa yang paling menyayat hati kami sekeluarga. Kat bawah ni wasap suami saya dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Saya cuba call, tapi telefon dia tutup. Sikit pun dia tak tanya keadaan anak saya.

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

27/4/21 pada pukul 3.44pm saya masih di tempat kerja dapat satu panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang Hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar”.

Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba-tiba. Kawan satu office je tahu macam mana saya waktu tu. Terus call suami, pergi terus ke Hospital Sungai Buloh menaiki motor. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawa. Hospital yang dekat ada, KJMC, PPUM, Hospital Shah Alam semua ni dekat dengan rumah. Saya tinggal kat Lembah Subang, dia pergi hantar Hospital Sungai Buloh.

Dah la jauh lepas tu Hospital Sungai Buloh ni khas untuk pesakit Covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia tak terfikir nak call saya. Sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke Sungai Buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia Ida. Apa yang kau cakap ni Ida??? Lepas doktor terima anak saya baru dia call saya.

IKLAN

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

Anda baca sendiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apaa??
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkanlah kami pergi naik motor pun tak boleh nak cilok, jem sangat. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem sangat-sangat.

Lepastu kau cakap laki kau buat CPR. Oh, pandai ya penagih dadah buat CPR. Sampai je Hospital Sungai Buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

Jantung dah berhenti masa sampai hospital

Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap tak boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dengan doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama. Doktor cakap masa dia terima anak saya tu jantung dah berhenti. Lepas buat CPR 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi jantung anak saya berhenti. Yang serahkan baby kepada doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Entah mana kau Ida masa tu.

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

IKLAN

Lepas nurse ambil semua detail dengan saya dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah. Nurse keluar tanya mana pengasuh? Saya call Ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar Ramadan. YA ALLAH, yang tengah kritikal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.

Otak dah rosak sebab oksigen tak sampai

Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon kritikal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan wayar.

ARTIKEL BERKAITAN [“Tengok Kakak Macam Ni, Ibu Sedih Sangat. Sampai Sekarang Nangis & Cium Baju Adik”]

Adik tak pernah sakit, tak pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meraung ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah seorang je boleh masuk.

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!
Sampai hari ini kakak masih tak dapat terima adiknya dah pergi buat selamanya

Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunuh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.

IKLAN

Afiq tiada respon, doktor minta izin cabut alat pernafasan

Pagi 28/4 kami balik sekejap untuk tukar pakaian. Datang balik pukul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. Jantung adik makin lemah, darah makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon. Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat.

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby. Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.

30/4/2021 selepas bedah siasat baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran najis ada kesan koyakan sebab diliwat. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.

#fightForAfiq

Kredit: BiEy Adawiah

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

“Tarikh 27 Mei Akan Diingat, Dah Sebulan Afiq Pergi..” Moga Ada Keadilan Buat Arwah!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI