Bukan sekadar simpanan namun simpanan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN sememangnya membuatkan impian jadi nyata.

Mana tidaknya, dengan hanya simpanan bulanan yang dibuat untuk pembiayaan persekolahan dan masa depan anak-anak, anda berpeluang memenangi hadiah lumayan yang tidak disangka-sangka.

Tawar Hadiah RM1.3 Juta Kepada Pemenang Cabutan Wow! Simpan SSPN, Turut Raikan Hari Ibu & Hari Guru!

Dengan hanya menyimpan dan membuka akaun bulanan untuk anak-anak, anda berpeluang memenangi Cabutan Bertuah Wow Simpan SSPN. Semalam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen Cabutan WOW! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2024 dengan menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM1.3 juta untuk dimenangi oleh 983 pemenang.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, cabutan kali ini terdiri daripada Cabutan Tahunan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2024 dan lima Cabutan Siri yang diadakan dengan tema-tema tertentu termasuklah perayaan dan sambutan kemerdekaan.

IKLAN

Paling menarik, buat julung kalinya Cabutan Siri WOW! Kasih diperkenalkan bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan antaranya sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru.

Tawar Hadiah RM1.3 Juta Kepada Pemenang Cabutan Wow! Simpan SSPN, Turut Raikan Hari Ibu & Hari Guru!
Hadiah yang bakal dimenangi.

“Cabutan Siri WOW! Gong Xi Ang Pow bermula pada 1 Januari hingga 29 Februari, WOW! Syoknya Raya akan diadakan bermula 1 Mac hingga 30 April dan WOW! Kasih pada 1 Mei hingga 30 Jun.

IKLAN

“Ia akan diteruskan dengan Cabutan Siri WOW! Merdeka yang bakal berlangsung pada 1 Julai hingga 31 Ogos manakala cabutan WOW! Superheroes pada 1 September hingga 31 Oktober,” katanya ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pelancaran Cabutan WOW! Simpan 2024 di Kuala Lumpur.

Tambah Norliza, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 kali ini membawa kelainan dengan menampilkan tiga kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum bagi Cabutan Tahunan dengan hadiah utama kategori Silver ialah kereta Proton S70 Flagship X.

IKLAN

Sementara itu, pemenang kategori Gold akan menerima kereta Proton X50 Flagship dan Platinum pula akan membawa pulang kereta Proton X90 Flagship.

Tawar Hadiah RM1.3 Juta Kepada Pemenang Cabutan Wow! Simpan SSPN, Turut Raikan Hari Ibu & Hari Guru!

Pada majlis pelancaran Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, PTPTN turut meraikan pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Kategori Cabutan Tahunan yang telah berakhir pada 31 Disember 2023 lalu.

Pemenang utama, Encik Mohd Azamuddin Ariffin menerima wang tunai bernilai RM150,000, tempat kedua, Mashalina Halim (RM50,000) dan pemenang tempat ketiga, Ee Hock Yin (RM10,000). PTPTN turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 bernilai RM10,000 kepada Pn Zati Hulwani Raza.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI