Ads

Takut Salah Cara ‘Push’? Doktor Kongsikan Teknik Meneran Yang Betul Untuk Mommy First Time!

Teknik meneran bersalin yang betul sering menjadi persoalan utama bagi bakal ibu, terutama yang pertama kali melalui pengalaman melahirkan anak. Berbanding ibu yang sudah melalui pengalaman bersalin sebelum ini, bakal ibu selalunya tertanya-tanya tentang cara yang betul untuk meneran apabila tiba detik melahirkan.

“Macam mana nak push dengan betul?”
“Betul ke cara ni?”

Pelbagai persoalan bermain di fikiran, lebih-lebih lagi bila inilah pengalaman pertama. Namun mommy tak perlu gusar. Menurut Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologist dari Prince Court Medical Centre, memang ada teknik yang boleh membantu proses meneran jadi lebih efektif dan terkawal.

Takut Salah Cara ‘Push’? Doktor Kongsikan Teknik Meneran Yang Betul Untuk Mommy First Time!

Teknik Meneran Bersalin yang Betul

“Dear mommies to be, memang ada macam-macam tips nak teran. Tapi bila dah sakit, semua lupa.”

Jadi bila dah sampai masa untuk meneran, ini antara nasihat yang Dr Maiza Tusimin bersama team di Prince Court Medical Centre akan kongsikan kepada mommy di labour room.

1. Teran dari abdomen ke Miss V

Dalam teknik meneran bersalin yang betul, mommy perlu teran baby menggunakan otot dalaman abdomen yang membantu rahim untuk menolak baby keluar.

Team kami akan kata, “mommy, teran macam berak keras.”

Tekanan perlu difokuskan ke bahagian bawah, bukan ke muka atau dada. Teknik ini membantu tenaga disalurkan dengan betul supaya proses kelahiran lebih lancar dan terkawal.

Ads

2. Dagu ke dada

Posisi dagu rapat ke dada membantu mommy menumpukan tenaga dan ‘kuasa meneran’ ke bawah. Ini merupakan sebahagian penting dalam teknik meneran bersalin yang betul kerana ia memastikan tekanan tidak tersasar.

Menurut Dr Maiza, ramai mommy sebenarnya tersalah fokus dan teran ke muka serta dada. Sebab itu posisi ini penting untuk memastikan tenaga benar-benar ditolak ke arah laluan bayi keluar.

Takut Salah Cara ‘Push’? Doktor Kongsikan Teknik Meneran Yang Betul Untuk Mommy First Time!

3. Tangan ke kaki

Jika mampu, mommy boleh pegang pergelangan buku lali semasa meneran dalam posisi separa duduk atau semi-upright position.

Ketika ini, Mr. hubby boleh bantu menyokong belakang badan mommy supaya posisi lebih stabil dan selesa sepanjang proses meneran. Posisi badan yang stabil menyokong teknik meneran bersalin yang betul agar tekanan lebih efektif.

Ads

4. Gunakan kontraksi sebagai panduan

Di antara kontraksi, mommy boleh rehat seketika.

Apabila kontraksi bermula, tarik nafas dan teran seiring dengan kontraksi yang kuat. Ini membantu memaksimumkan keberkesanan teknik meneran bersalin yang betul tanpa membazir tenaga.

Bagi mommy yang mengambil epidural, doktor akan guide bila masa sesuai untuk teran. Biasanya mommy akan diminta meneran dengan kiraan sekurang-kurangnya 10 kiraan bagi setiap kali teran untuk memastikan tekanan mencukupi.

5. Luaskan bukaan peha

Bukaan peha yang lebih luas memberi ruang yang lebih kepada kepala baby untuk keluar.

Posisi ini membantu memaksimumkan ruang pada bahagian pelvik supaya proses kelahiran menjadi lebih mudah. Dalam konteks teknik meneran bersalin yang betul, bukaan peha memainkan peranan penting untuk kelancaran kelahiran.

Ads

6. Percaya naluri mommy

“Lakukan apa yang datang secara semula jadi. Ikut naluri dan gesaan ‘urge to push’.”

Ada mommy, terutamanya yang mengambil epidural, mungkin tidak begitu merasai naluri ini. Namun sebenarnya apabila baby sudah sampai ke bahagian paling bawah pelvik atau pelvic outlet, mommy akan tetap rasa berat atau tekanan seperti ingin membuang, walaupun dengan epidural.

Naluri ini selalunya selari dengan teknik meneran bersalin yang betul kerana tubuh badan mommy secara semula jadi tahu bila masa yang sesuai untuk memberi tekanan.

7. Berhenti bila crowning

Apabila kepala baby sudah sampai ke permukaan faraj atau crowning, doktor akan minta mommy untuk kawal pernafasan.

Mommy perlu letakkan kepala ke belakang, baring dan bernafas perlahan serta cepat seperti meniup beberapa batang lilin.

Teknik pernafasan ini membantu menghalang mommy daripada meneran terlalu kuat. Kepala baby akan keluar dengan lebih perlahan dan ini dapat mengurangkan risiko koyakan perineum. Inilah antara komponen penting dalam teknik meneran bersalin yang betul untuk keselamatan ibu dan bayi.

Secara keseluruhannya, memahami dan mempraktikkan teknik ini boleh membantu mommy lebih yakin, lebih bersedia dan lebih tenang ketika berada di labour room. Dengan panduan doktor serta sokongan pasangan, proses kelahiran boleh menjadi pengalaman yang lebih positif dan bermakna.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

“Aku Sebenarnya Dah Tak Kuat Pun…” Tangisan Amyza Aznan Buat Anak...

Tangisan Amyza Aznan selepas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail akibat kanser paru-paru, benar-benar meruntun jiwa. Luahan hati seorang ibu ini menyentuh perasaan ramai.