Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak, terutamanya bagi anak-anak yang pasif, ataupun ada agenda tersendiri. Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi.
Komunikasi 2 hala mesti bersebab dan jika anak sukar untuk buat, kita perlulah beri sebab untuk mereka berkomunikasi. Apa lagi untuk anak-anak yang ada speech delay lagilah mereka susah untuk memulakan interaksi.
Jadi anda boleh cuba -teknik berikut untuk memberi peluang anak-anak mulakan perbualan dengan anda. Tapi ingat beberapa perkara berikut:
✅ Sentiasa tunggu untuk respon anak especially anak delay. Sebab adakalanya respon mereka agak lambat dan mereka perlukan masa.
✅ Apabila menunggu, maintain eye contact dengan mereka yang menunjukkn kita memang tunggu respon dan harapkan respon dari mereka.
✅ Bantu anak jika mereka tak tau nak bagi respon macam mana.. Tunjukkan caranya dan nanti ulang lagi.
✅ Ulang..ulang..ulang… sebanyak yang boleh.
✅ Be interactive and fun dan bukan respon yang tak ikhlas dan yang dibuat-buat. Kanak-kanak pun boleh kesan tau kalau kita tak ikhlas berinteraksi dengan mereka.
Sumber: Aishah Kassim (Patologis Pertuturan Bahasa)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ayah Suka Jerit Bila Marah, Anak Akan Ikut. Sebab Itu Depan Anak Kena ‘Control’
Usia antara bayi hingga 8 tahun merupakan usia yang ‘crucial’. Anak-anak berada dalam usia ‘prime’ perkembangan mereka. Ketika usia ini, ibu bapa dan keluarga masih lagi menjadi “pengaruh terbesar” mereka.
Kerana itu amat penting untuk memastikan mereka rapat dengan ibu ayah sejak usia kecil. Minda bawah sedar mereka tahu, ibu bapa lah orang yang paling mereka sayang dan jadikan “role model” walaupun pada usia mereka masuk ke usia remaja.
Sebelum anak-anak pandai bercakap, anak-anak yang kemahiran sosial dan komunikasi mereka berkembang dengan sihat akan mula meniru perbuatan ibu ayah mereka. Apabila anak mula pandai bercakap, mereka akan meniru cara ibu bapa mereka bercakap pula.
Berikut saya senaraikan antara perkara positif yang boleh membantu perkembangan positif spontan anak-anak yang memang biasa kita lakukan saban hari, yang boleh kita usahakan untuk ajak anak duduk sebelah, atau biarkan anak tengok:
1. SOLAT – walaupun anak-anak kecil belum pandai bersolat, membiarkan mereka berada di sekitar kita semasa kita bersolat akan memberikan mereka pendedahan yang baik tentang rutin solat.
2. MENGAJI – mengaji di hadapan anak dengan Qur’an akan membuatkan anak tertarik dengan Qur’an yang sedang kita pegang dan alunan bacaan kita.
3. MEMASAK ATAU PERSEDIAAN MEMASAK – memasak dan menyediakan bahan masakan merupakan aktiviti yang menarik di mata anak.
4. MENULIS – biar anak lihat dan bantu semasa kita menulis di rumah. Tak kisahlah samada menulis barang dapur untuk dibeli, atau ‘to-do-list’ harian.
5. MELUKIS – jika kita mahu anak kita melukis untuk melatih penghasilan “pre-writing strokes” mereka, anda terlebih dahulu perlu ‘buktikan’ pada mereka yang aktiviti itu adalah seronok lagi menyeronokkan.
TIPS:
1. Gunakan konsep Q-15 untuk mengenal pasti kecenderungan anak anda.
Sumber: OT Aisyah Rozalli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Nakal! Nanti Tak Beli Mainan”. Mula-Mula Ok, Lama Kelamaan Anak Dah Tak Kisah
Mengugut anak dengan mengatakan ‘Jangan nakal, nanti ibu tak nak beli apa-apa mainan’ antara cara kita mengugut anak supaya mereka dengar cakap.
Tahukah anda kesan mengugut anak? Walaupun kita menganggap ia antara perkara yang biasa untuk peringatan anak namun kesannya adalah sebaliknya.
Sebenarnya dengan cara mengugut anak kita tiada ruang untuk berkomunikasi dan mendengar permasalahan anak. Anak perlu patuh jika mahu ibu sentiasa di sisi. Muktamad! Ikuti perkongsian dari Muhammad Naim Abd Manaf yang merupakan seorang guru mengenai kesan mengugut anak kepada perkembangan sosial.
Salahkah kaedah ini?
Tidak. Tetapi kaedah ini tidak sesuai lagi dipraktikkan pada masa sekarang.
Cara kita mendepani anak-anak harus seiring dengan zaman yang dilalui. – Harus berhemah dan mempunyai komunikasi dua hala agar semua pihak (ibu dan anak) berasa puas dan lega.
Ini penting agar disiplin terbentuk dalam suasana hormat dan faham, bukan kerana patuh akibat diugut dan dipaksa.
Biasa kita lihat cara ibu mengugut anak adalah sesetengah ibu berpura-pura mengugut meninggalkan anaknya dengan menolak anak ke luar rumah dan mengunci pintu dari dalam untuk beberapa ketika. Tersenyum lebar mendengar anak-anak menjerit dan merayu memanggil namanya.
Kesan ini bukan sahaja meninggalkan fobia dalam diri anak tetapi anak menyimpan dendam pada ibu bapa sendiri.
Betulkah cara mengugut ini boleh mendisiplinkan anak?
Perlu kita tahu, setiap pendidikan yang berasaskan kekasaran akan memberikan pulangan yang serupa kepada kita.
Jangan terkejut kalau pada alam remajanya nanti anak akan mengunci pintu biliknya sehari suntuk dan membiarkan kita merintih, melaung dari luar kerana tidak bersetuju dengan beberapa hal kecil.
– Akibat daripada kita mengajar mereka berbuat begitu sejak dari kecil. Mereka terkesan dengan cara kita menyelesaikan masalah.
Apa yang boleh kita harapkan dari seorang budak? Selagi usianya budak memanglah mereka akan memekak, menumpahkan air, menyakat adik-adik, degil dan enggan patuh pada ketika-ketika tertentu. Hendak cari dimana budak yang tidak nakal dan tidak berbuat salah?
Bukan langsung tidak boleh menghukum dan membuat tegahan, tetapi biarlah bersesuaian dengan kecerdasan insan yang ingin dilahirkan. Sejauh yang dilihat, ugutan sebegini tidak membantu dalam mendisiplinkan anak.
Yang jelas anak menjadi lebih takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Takut salah dan ditinggalkan pergi. Padahal itu semuanya adalah lakonan.
Mendidik dengan lebih kreatif!
Sebagai penyelesaiannya, dalam mendidik anak kita harus kreatif. Sesuatu masalah boleh diselesaikan hanya dengan sepatah dua perkataan yang lembut dan sedikit kesabaran. Jangan dera minda suci anak dengan taktik-taktik mengugut sebegitu.
Walaupun tujuannya adalah baik, namun kesannya belum tentu memihak kepada apa yang kita sangkakan. Tetapi yang nyata, minda anak akan terdera dengan pengalaman ngeri yang kita berikan.
Takut-takut yang terbentuk nanti adalah mindset, “Hendak menyelesaikan masalah ialah lari dari rumah, tinggalkan semua orang.”
Kalau ini yang berlaku, siapa yang mengajarkannya kalau bukan kita?
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Beli Mainan Jangan Beli Depan Mata Anak! Ibu Kongsi Cara Elak Anak Dari Tantrum
Mesti ramai ibu bapa yang mengalami situasi dimana anak akan mengamuk (tantrum) di dalam kedai bila kehendak mereka tidak dipenuhi. Ada sesetengah dari anak kecil menghempaskan diri ke lantai, membaling barang dan menangis sekuat hati sehingga menganggu orang lain.
Ramai ibu bapa yang tergamam atau tak tahu kaedah yang betul untuk menangani masalah anak tantrum ini. Puan Ninnie telah berkongsi cara mengawal anak daripada membuat perangai di khalayak ramai.
Firash ni memang dari kecik lagi kami didik dia kalu nampak mainan kat mana-mana toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akan tengok je sambil kata umi, ni orang punya kan.
Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main-main dengan kereta control depan dia,lepastu kata adik nak ni tak? Si Firash ni tengok muka umi dan kata umi, yang tu orang punya kan. Hahhahaa
Sebab masa dia kecik dulu(masa tu dah faham apa yang kita bagitahu) bila dia nampak banyak toys kt kedai, dia kata nak, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.
Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamok guling-guling tapi mata dia macam berair, muka nampak frust) so kami faham la yg dia nak sangat-sangat benda tu especially geng-geng giant truck macam excavator, bulldozer, dump truck, daddy akan belikan TAPI bukan beli depan mata dia, bukan dia yang pegang dan bawak mainan tu ke kaunter.
Kalau dia kata nak buku, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.
Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dah ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak. Bila dah smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nmpak). Mula lah buat muka sengih manis.
Mak mertua ninnie yang ajar petua ni. Kalu nak beli mainan kat anak, jangan beli depan mata dia. Kalu tak nanti dia akan terbiasa bila nampak je toys, nak time tu jugak. Kalu tak dapat ngamuk dalam kedai tu jugak. Budak-budak kan. Bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak-nak harga toys sekarang mahal kot, tak kan tiap kali lalu kedai mainan kita nak kena belikan.
Smpai la sekarang Firash takda nak ngamuk-ngamuk, merajuk bila nampak toys banyak-banyak kat kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. Boleh pulak si firash ni jerit kat adik, “adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! Smpai menangis-nangis adik dia marah macam tu.
Lain orang lain caranya. Ini cara umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan untuk anak kami setakat ni.
Dekat Raisya pun kami buat jugak cara ni. Tapi dia tak faham sangat lagi. Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sebab nak barang, tapi dia tak suka org dukung atau pegang dia masa berjalan.
Sumber: Ninnie Kiddielove
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI