Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.
Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.
Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.
Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha
Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.
Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.
Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.
Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.
Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.
Ads
Bahan yang diperlukan ialah, 1. Periuk nasi 2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas) 3. Air 4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini) 5. Hati yang kering. Kahkah
Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.
Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.
Ads
Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha
5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.
5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.
Ads
Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.
7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.
Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.
Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe
Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha
Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.
Semua sudah tahu manfaat madu yang luar biasa bagi kesihatan. Namun ibu ayah perlu faham bahawa jika bayi bawah setahun diberikan madu ia boleh menjejaskan kesihatan anak.
Kenapa ia boleh membahayakan kesihatan anak di bawah usia setahun? Kerana di dalam madu dikhuatiri ada bakteria bernama Clostridium Botulinum yang boleh menyebabkan penyakit Botulism.
Bagaimana dengan madu kelulut yang asli?
Anda pasti ia asli?Tak kira asli atau kelulut atau tidak, kesemua jenis madu boleh mengandungi bakteria ini.
Bahayakah botulism?
Bahaya kerana ia boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem pernafasan dan menyebabkan otot-otot badan menjadi lemah.
Simptom biasanya terjadi selepas 12-36 jam selepas bayi diberikan madu dan simptom tersebut boleh melarat dan memudarat sehingga 14 hari.
Apakah simptom-simptomnya?
1. Sembelit
2. Kurang selera makan
3. Otot muka dan mulut menjadi lemah menyebabkan air liur sentiasa meleleh, bayi tidak dapat menelan makanan dan minuman dan bayi juga sukar menangis
4. Otot leher dan bahagian badan lain juga lemah menyebabkan bayi kelihatan lemah tidak bermaya sahaja
5. Bayi akan sentiasa merengek kerana lapar dan tidak selesa
6. Pucat
7. Demam
Jika tidak dikesan dan dirawat dengan betul dan cepat, ianya akan semakin teruk bila semua otot di badan bayi menjadi lemah sehingga sukar untuk membuka mata pun!
Bolehkah bayi selamat dari penyakit ini?
Insya-Allah boleh jika diberi rawatan yang betul dan segera.
Kenapa bakteria ini hanya menyerang bayi di bawah setahun?
Bakteria ini biasanya ada di dalam madu. Tapi untuk bayi di bawah setahun, badannya masih belum kuat untuk melawan bakteria ini terutamanya bayi yang lahir pramatang/tak cukup bulan. Jangan seksa bayi anda.
Ya madu adalah makanan sunnah. Tapi kita perlu berhati hati bila madu boleh diambil.
Sabar. Nanti bayi anda sudah lebih dari setahun, boleh diberikan madu.
Cuma kita kena bijak membeli madu. Ramai yang kata madu mereka adalah madu asli padahalnya sudah dicampur dengan gula yang tinggi.
Bahaya bayi dan kita yang dewasa mengambil makanan yang tinggi gula.
Madu yang mengandungi bakteria ini sukar dikesan kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar dan struktur madu tidak berubah dari segi warna dan baunya.
Sudah beberapa kes botulism dikesan di Malaysia baru-baru ini.
Sayangi anak kita. Jangan gopoh-gapah memberi mereka macam-macam makanan kerana sistem pencernaan belum matang di bawah usia setahun.
Perkembangan seorang bayi memang sangat pantas. Rasanya baru sahaja lahirkan anak tapi bila genap usianya 3 bulan, si comel dah pandai balas senyuman ibu dan ayah. Oh, bahagianya rasa!
Rasa seronok ada bayi sukar digambarkan dengan kata-kata. Dalam pada seronok, ibu ayah jangan lupa pantau perkembangan bayi. Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya kena ada ilmu keibubapaan bagaimana cara terbaik membesarkan anak.
Selain itu perlu juga tahu perkembangan anak mengikut tahap sejak dia lahir lagi untuk memastikan si kecil membesar dengan normal. Jika ada sebarang ketidaknormalan maka mudahlah untuk ibu ayah membuat tindakan segera bertemu pakar bagi membantu mengesan dan merawat masalah yang dihadapi anak supaya tidak terbiar berlanjutan.
Kalau bayi anda kini sedang berusia 3 bulan, inilah tahap perkembangan yang sepatutnya dia telah capai mengikut Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Mahfuzah Zainol.
Infant development at age 3 months
Pada umur 3 bulan, ibu bapa seharusnya boleh menyemak senarai perkembangan ini :
Membalas senyuman (membalas ye, bukan senyum sorang-sorang dalam tidur )
Memandang dan berpusing mengikut pergerakan objek pada anggaran jarak 30cm atau 1 kaki dari mata.
Mengeluarkan bunyi ‘cooing’ atau suara bayi. (Seolah-olah bercakap dengan bahasa bayi)
Menegakkan kepala apabila diletakkan pada posisi meniarap atau ‘prone position’. (Ini tummy time)
Menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Excessively.
Mula untuk memusingkan badan dari posisi terlentang kepada posisi meniarap. Seeloknya letak pada permukaan tilam yang rata.
Semasa bermain dengan bayi anda, boleh rangsang perkara-perkara ini.
Boleh goyangkan rattle di hadapan bayi untuk mendapatkan perhatiannya.
Bercakap dengan ekspresi muka dan nada suara yang penuh dramatik.
Kalau bercerita pun boleh sebab otak bayi boleh dirangsang melalui variasi nada suara dan mimik muka.
A little tips from an OT ummi.
Another tip, you are the parents of your child, you should know your baby the most. But be aware of any red flags in the development.
“Bismillah…Dayyan dah ready nak share (kongsi) nama adik dia.. ..nama dia ialah… Rindu Dayyana,” katanya.
Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.
Pada 25 Oktober lalu, Cira telah melahirkan bayi perempuan seberat 2.88 kilogram pada jam 1.56 pagi.
Perkongsian itu telah mendapat lebih 200,000 tontonan, dan rata-rata netizen turut meninggalkan komen masing-masing dan teruja dengan keunikan nama anak kedua Black dan Cira.
Kredit: black.hanifah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.