Biasanya anak batuk dan berkahak, makan ubat antara penyelesaian untuk cepat sembuh. Tapi bagi anak yang bawah setahun, ubat batuk tak disyorkan kecuali atas nasihat doktor.
Apa alternatif yang boleh bantu untuk melegakan masalah ini. Ada macam-macam cara boleh cuba, termasuk teknik urutan di dada yang dikongsikan oleh Puan Azura.
Saya tertarik untuk berkongsi cara saya untuk melegakan batuk dan kahak.
Ads
Saya ada 4 orang anak..Alhamdulillah saya cuma amalkan teknik urutan. Anak-anak saya dari kecil sampai besar jarang sakit teruk atau makan ubat.
Caranya setiap kali anak-anak lepas mandi atau batuk paling kurang sehari buat urutan di dada.
Ads
Urutan dengan vicks dan apa-apa minyak telon. Campurkan sedikit sahaja. Diletakkan di bahagian dada, urut secara bulatan dengan 2 jari, melawan arah jam. Yang pasti sambil kita selawat.
Urut secara arah lawan jam sambil berselawat
Teknik saya amalkan juga jika saya dan suami batuk. Teknik ini akan pecahkan kahak dalam dada. Automatik dia akan mencair.
Jangan panik kalau anak-anak muntah kahak, sebab tu petanda baik dari kahak ada dalam dada, tu yang jadi berkuman.
Buat setiap hari ya. Jadikan amalan. Saya dah amalkan selama 10 tahun. Alhamdulillah anak-anak kalau sakit jarang makan ubat. Antibiotik jauh sekali nak sentuh dan paling penting biasakan anak-anak minum air kosong minum. InsyaAllah cepat sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkongsi nama sudah, kini pelakon, Ezzaty Abdullah tampil berkongsi wajah bayi keduanya, Ahmet kepada umum selepas sebulan kelahirannya.
Anak kedua Ezzaty yang diberi nama Ahmet itu selamat dilahirkan pada 11 Februari lalu melalui kelahiran normal namun terpaksa diinduce untuk mempercepat kelahirannya.
Melalui Instagram beberapa hari lalu, Ezzaty turut berkongsi wajah Ahmet diketika usianya dua hari selepas dilahirkan.
“Masa ni umur Ahmet baru 2 hari and 1st time tengok dunia luar dari hospital sebab nak balik rumah dah.
“Hari ni anak ibu ni dah cukup sebulan.
“Ibu amik berkat hari Jumaat macam hari lahir awak untuk post gambar awak supaya orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk Ahmet. InsyaAllah,” tulisnya berkongsi.
Hidung mancung macam ibu
Dalam pada itu, perkongsian gambar si comel Ahmet sudah semestinya menarik perhatian dari rakan-rakan selebriti dan pengikut ibu cantik manis ini di Instagramnya.
Ramai yang memuji kecomelan Ahmet dan raut wajah persis ibunya.
“Subhanallah… tang hidung ikut mummy dia sungguh. Semoga Ahmet jadi anak soleh berjaya dunia akhirat nanti.”
“Selamat 1 Bulan Ahmet. Semoga sihat sentiasa. Aamiin.”
“Masyaallah hidung tu terpacak. Anak soleh.”
Semoga Ahmet terus membesar dengan sihat malah menjadi pelengkap bahagia buat seluruh keluarga.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi. Sampaikan ada anak meraung-raung macam kena dera semata-mata terpaksa makan ubat. Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari doktor tentang cara yang betul untuk pujuk anak makan ubat tanpa perlu berperang.
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT.
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:
1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.
2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.
3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari). Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.
4. Campurkan dengan madu. Bagi anak yang berusia 2 tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.
5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan. Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.
6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.
7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam. Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.
8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi. Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.
Adakalanya bila anak terluka akibat terjatuh atau digigit serangga kita biarkan sahaja tanpa disapu ubat atau mendapatkan rawatan sewajarnya. Sebenarnya hal sebegini tidak patut berlaku, bimbang kaki anak makin melarat atau terkena radang cellulitis membuatkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Menerusi perkongsian oleh Dr Aima Hassan, jika cellulitis tak dirawat dengan baik, jangkitan ini boleh merebak ke lapisan tisu yang lebih dalam – otot, tulang yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Malah boleh juga tersebar dalam edaran darah ke seluruh badan. Jadi jangan biarkan sahaja anak kita. Bawak jumpa doktor.
Anak junior saya tempoh hari dimasukkan ke hospital kerana kakinya ada cellulitis (read: selulaitis). Awalnya sekadar luka melecet kerana terjatuh. Tiba-tiba jadi merebak merah hampir seluruh kaki.
Cellulitis adalah jangkitan kuman/radang yang melibatkan kulit dan lapisan tisu di bawahnya (dermis, epidermis, subcutaneous tissue).
Sebab biasa terjadinya cellulitis, antaranya: – Luka pada kulit, gigitan serangga – Kencing manis, dan sistem imun badan yang lemah. – Penyakit kulit yang sedia ada (ekzema, psoriasis) – Bengkak kaki atau tangan yang kronik
Bahagian kulit yang terlibat itu akan jadi merah berkilat, bengkak. Bila pegang akan terasa hangat. Bila ditekan akan rasa sakit. Kadang akan melepuh.
Banyak masanya pesakit akan demam, adakala sampai menggigil. Kelenjar limfa yang menjaga bahagian itu juga mungkin akan jadi bengkak.
Apa nak buat bila ada ahli keluarga atau diri sendiri yang kena?
Saya cadangkan serahkan diri kepada yang lebih pakar i.e ke klinik atau hospital. Jangkitan perlu dikawal dengan antibiotik – sama ada ubat makan ataupun melalui saluran darah.
Secara asasnya, cellulitis hanya libatkan lapisan permukaan kulit. Namun ada beberapa kali juga bila kami buat ultrasound untuk pesakit yang ada cellulitis, rupa-rupanya sudah ada nanah pada ototnya.
Jika tak dirawat dengan elok, jangkitan itu boleh merebak ke lapisan tisu yang lebih dalam – otot, tulang yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Ia boleh juga tersebar dalam edaran darah ke seluruh badan.
Pendek kata, tanpa rawatan dan pantauan yang selayaknya, ia boleh membawa maut.
NB:
Cumanya, harus diingat. Efektifnya rawatan itu bergantung kepada jenis kuman dan ketahanan badan seseorang itu juga.
Kadang dah berikan antibiotik terbaik, tapi kuman itu degil juga ataupun sistem imun badan pesakit sendiri tidak kuat untuk melawan jangkitan.
Apa-apa pun sembuh atau tidak itu adalah dengan izin Allah jua. Yang penting kita sebagai manusia dah usaha untuk pelihara kesihatan dan nyawa. Untuk pesakit dengan mencari perawat. Untuk perawat pula, dengan memberikan rawatan selayaknya mengikut ilmunya.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.