Proses bersalin ni ibarat hidup dan mati seorang wanita bergelar ibu. Keperitan menanggung sakit hanya Allah yang tahu. Ada yang dah turun tanda dan terpaksa melalui sakit berhari-hari sebelum dapat melihat zuriat yang dikandung selama 9 bulan.

Bagi yang mudah, sakit sekejap je terus bersalin. Namun ada juga ibu sewaktu melahirkan bayi mengalami komplikasi sehingga dijemput ilahi. Semua ini satu jihad yang ganjaran pahalanya besar di sisi Allah.

Bagaimanapun kisah yang dikongsikan oleh Puan Rohaida Kamarul Jaeh ini mengenai proses kelahiran anak bongsunya sangat mudah sekali. Tak sangka ada rezeki yang keempat walaupun dah melakukan pembedahan membuang tiub fallopio sebelah kanan.

“Tempat Lahir Jambatan Temerloh. Abah Ingatkan Mama Pengsan, Tapi Awak Dah Keluar”

Tempat lahir Jambatan Temerloh

20.03.20 – 20.03.21

Dah setahun baby yang mama sambut sendiri dalam kereta ni. Masa mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas dilaksanakan.

Genap setahun dah anak bongsu mama. Anak yang makin banyak akal dan sesekali dah pandai buat perangai. Bila naik kereta je bukan main seronok. Macam tahu-tahu je orang nak bawa berjalan. Mama fahamlah awak lahir pun dalam kereta.

“Tempat Lahir Jambatan Temerloh. Abah Ingatkan Mama Pengsan, Tapi Awak Dah Keluar”

IKLAN

Abah tak berhentikan pun kereta masa awak keluar tu. Terus he ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). Pengalaman pertama mama dapat sambut sendiri. Mama selalu beritahu masa adik dalam perut, nanti kalau nak keluar ikut due ye. Rupanya memang betul-betul awak dengar cakap mama ya!

Abah ingatkan mama pengsan

Senang pun ye sebabnya tahu-tahu je awak dah keluar. Mama mengadu sakit, abah awak panik dah bawa kereta. Tiba-tiba mama senyap jap. Masa bawa kereta tu, abah sempatlah sentuh mama ingatkan mama pengsan. Tapi yang lucunya mama cakap awak dah keluar. Mengucap panjang abah sebab tak sangka mudah sekali awak lahir.

“Tempat Lahir Jambatan Temerloh. Abah Ingatkan Mama Pengsan, Tapi Awak Dah Keluar”

Inilah pengalaman yang mama takkan lupa sampai bila-bila. Cuma terkilan mama lupa nak ambil gmbar dalam kereta dengan awak masa tu sedangkan HP mama pegang. Moga anak mama jadi anak yang baik, berjaya dunia akhirat. Sayang adik manja mama.

Empat anak, semuanya cepat 

IKLAN

Ada yang tanya, tak ada kontraksi ke? Jika diikutkan alhamdulillah Allah mudahkan saya bersalin sejak dari anak sulung lagi.

“Tempat Lahir Jambatan Temerloh. Abah Ingatkan Mama Pengsan, Tapi Awak Dah Keluar”
Empat beradik yang semuanya mudah dilahirkan

Saya jenis turun tanda je automatik sakit dan jalan dah buka. Macam yang sulung kebetulan memang dah kat hospital. Pecah air ketuban, tak lama lepas tu terus bersalin.

Bagi anak kedua, turun tanda darah pergi klinik yang jarak 2 minit je, sampai klinik check jalan dah 8cm, terus bersalin kat klinik.

“Tempat Lahir Jambatan Temerloh. Abah Ingatkan Mama Pengsan, Tapi Awak Dah Keluar”
Anak sulung lahir pada 24 Mac 2005. Adik bongsu pula pada 20 Mac 2020. Beza empat hari dengan abangnya.

Sementara tu untuk pengalaman bersalin anak ketiga, pecah air ketuban kat rumah. Mujur sempat sampai hospital. Itu pun dah jenuh tahan baby tak bagi keluar, sampai hospital terus bersalin.

Bagi anak yang keempat pula hanya turun darah sikit. Terus sakit dan cepat-cepat ke  hospital. Tapi baru 10 minit dalam perjalanan dah bersalin dalam kereta.

IKLAN

Sebelum dapat si bongsu, mengandung luar rahim

Jururawat dah pesan awal-awal masa buat pemeriksaan mengandung sebelum tu. Sekiranya sakit nak bersalin jangan ke klinik, terus ke hospital sebab saya ada sejarah buat pembedahan membuang tiub belah kanan sebelum mengandungkan yang nombor empat ini. Syukur Allah mudahkan saya untuk bersalin.

Sebelum mengandungkan anak yang keempat saya dah mengandung pada 2018 tetapi kandungan luar rahim. Ini kerana pada awalnya saya ingatkan period sebab awal bulan tu dah datang cuma dua hari je.

“Tempat Lahir Jambatan Temerloh. Abah Ingatkan Mama Pengsan, Tapi Awak Dah Keluar”

Selang tiga minggu keluar darah, ingatkan period lagi. Bila pergi klinik, doktor buat pemeriksaan saya mengandung. Tapi masa tu dah gugur. Cuma darah seketul tu masih ada lagi di bahagian luar rahim.

Nasib baik saya tergerak hati nak ke klinik. Jika lambat mungkin boleh membawa maut. Alhamdulillah setahun lepas tu saya disahkan mengandung lagi pada 2019 untuk si bongsu.

Kredit: Rohaida Kamarul Jaeh

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI