Ketika ‘melayan’ sakit kontraksi, Asyalliee masih boleh senyum & berpenampilan cantik lagi. Ramai netizen kagum & puji tenangnya ibu ini melalui proses bersalin.
Kontraksi bersalin adalah sesuatu yang digeruni. Apatah lagi apabia makin kerap & kuat. Sukar untuk duduk bertenang dan tersenyum.
Instafamous Asyalliee berkongsi video proses bersalinnya di Instagram. Asya yang melahirkan anak keduanya Siti Helena Adrianna pada 26 Mac lalu kelihatan begitu tenang melalui kontraksi.
Tapi Asya sendiri mengakui selepas bukaan serviks 8sm ke atas & pecah ketuban, dia sendiri tak keruan kerana kontraksi makin kuat, tudung pun pun ‘hilang’.
Ads
Follower turut kagum dia masih boleh tersenyum lagi semasa ‘melayan’ kontraksi bersalin. Ada juga yang memuji ibu kepada dua cahaya mata ini masih kelihatan cantik semasa proses kelahiran.
Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi. Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi-gigi kecil itu.
Walau bagaimanapun, ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan. Inilah masanya untuk anda mula fikirkan mengenai kesihatan gigi anak. Ibu juga perlu tahu mengenai bilangan gigi susu anak.
Tetapi, mengapakah penjagaan gigi perlu dimulakan secepat mungkin? Percaya atau tidak, gigi boleh reput sejurus ia tumbuh. Sebab itulah, kita perlu menjaga gigi anak dan melengkapkan mereka dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.
Sebagai ibu bapa, sudah pastilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, kita juga ingin pastikan gigi anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang cela.
Jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan gigi anak serta jumlah gigi susu yang bakal tumbuh, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi
Bayi sebenarnya bukanlah lahir tanpa gigi! Sebenarnya, anak kita mempunyai 20 batang gigi. Cuma, ia belum tumbuh lagi!
Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar usia 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, atau turut dikenali sebagai gigi kacip.
Lapisan enamel yang melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
Gigi anak jarang-jarang? Jangan risau, ini merupakan sesuatu yang normal. Apabila gigi kekal mereka tumbuh, ia tidak akan lagi menyebabkan gigi tumbuh jarang-jarang.
Apabila anak menginjak usia 6 hingga 12 tahun, mereka mempunyai kombinasi gigi susu dan juga gigi kekal. Lama-kelamaan, kesemua gigi ini akan digantikan dengan 32 batang gigi kekal.
Gigi bayi anda
Sewaktu anak tumbuh gigi, bilangan gigi susu yang bakal menghiasi senyuman anak adalah sebanyak 20 batang.
Bayi juga akan mempunyai:
Gigi yang terletak di tengah rahang akan tumbuh terlebih dahulu dalam masa 4 hingga 10 bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub mengira bilangan gigi anak. Setiap bayi tumbuh gigi dalam masa yang berbeza-beza. Namun, jika anda risau mengenai bilangan gigi anak, bercakaplah dengan doktor secepat mungkin.
Gigi anak dan rahang akan mula tumbuh. Lama-kelamaan, gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu anak satu demi satu, bermula ketika anak berusia 6 tahun.
Bila anak akan mula mengalami pertumbuhan gigi?
Selalunya, bayi akan mula tumbuh gigi ketika mereka berusia 4-7 bulan.
Gigi kacip tengah akan tumbuh terlebih dahulu. Lama-kelamaan, bilangan gigi akan bertambah dengan tumbuhnya 4 batang lagi gigi kacip. Dalam masa sebulan selepas itu, gigi taring anak pula akan mulai tumbuh dan diikuti pula dengan gigi geraham.
Apabila anak berusia 3 tahun, bilangan gigi susu yang tumbuh adalah sebanyak 20 batang.
Dalam sesetengah kes, bayi boleh tumbuh 1 atau 2 gigi dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas lahir. Jika anak masih lagi tidak tumbuh gigi dengan sempurna, bawa anak berjumpa doktor gigi dengan segera.
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, jangan risau ya! Jika gigi tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Jaga gigi bayi sebaiknya, jangan kisah mengenai bilangan gigi susu anak
Gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah, proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika anak dibiarkan mengambil terlalu banyak minuman manis.
Selepas makan, pastikan anda lap gusi anak dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi, anda sudah boleh mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini, ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput:
Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa.
Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi, jangan risau jika bilangan gigi susu anak tidak seperti bayi lain.
Meskipun pengalaman menimang cahaya mata menjadi satu daripada momen manis dalam kehidupan seseorang wanita, namun ramai wanita sebenarnya berasa murung dan sedih selepas bersalin. Ini adalah keadaan yang biasanya dikenali sebagai ‘baby blues’.
Kemurungan selepas bersalin membuatkan ibu baharu berasa mudah menangis, marah-marah, letih, dan kebimbangan disebabkan oleh perubahan mendadak hormon selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, keadaan ini tidak berlangsung lama dan akan hilang dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.
Anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, jika anda:
−Rasa sedih berterusan
−Tidak lagi berminat dengan perkara yang berlaku di sekeliling atau tidak berasa teruja dengan perkara yang selalunya memberi keseronokan kepada anda
−Sentiasa rasa letih dan jarang mempunyai tenaga untuk melakukan sesuatu, termasuklah menjaga bayi
−Mengalami masalah untuk tidur di waktu malam tetapi sering berasa mengantuk pada siang hari
−Mengalami masalah untuk membuat keputusan, melakukan tugasan mudah atau menumpukan perhatian
−Tidak mahu makan, minum atau merasa makanan yang biasanya digemari
−Mengidam tanpa kawalan
−Rasa terganggu, mudah marah, dan bersikap tidak peduli
−Menyalahkan diri sendiri, dan rasa tidak berguna
−Bersikap tidak acuh dan tiada perasaan untuk melayan anak
−Tidak berminat dengan pasangan
−Berfikiran negatif seperti menyakitkan diri sendiri, menyakiti bayi, bahkan boleh membunuh diri
Kemurungan selepas bersalin boleh berlaku secara perlahan-lahan dan kadangkala sukar untuk didiagnosis. Jika anda melihat tanda-tanda kemurungan selepas bersalin berlaku pada ibu-ibu baharu, dapatkan bantuan daripada doktor secepat mungkin:
−Selalunya, ibu akan menangis tiba-tiba tanpa sebab.
−Ibu tidak mahu menjaga bayi.
−Ibu tidak mahu berjumpa atau bercakap dengan sesiapa.
−Ibu mempunyai kesukaran untuk ‘bonding’ dengan bayi.
−Ibu cenderung untuk berkata-kata negatif dan berasa dirinya tidak berguna.
−Ibu tidak mahu menjaga diri sendiri.
Kemurungan selepas bersalin memberikan kesan yang dahsyat kepada kehidupan harian ibu, dan lebih penting lagi, kepada hubungan ibu dengan anak, pasangan, dan orang lain di sekeliling. Jika anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Dengan memendam rasa dan bergelut berseorangan akan hanya menjadikan masalah ini lebih serius dan amat berbahaya. Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, kemurungan selepas bersalin boleh berterusan selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun.
Bergelar ibu baru bermakna anda akan berhadapan dengan kedua-dua perubahan fizikal dan emosi. Anda mungkin akan berasa gembira dan kemudiannya berasa sedih secara tiba-tiba. Selalunya, perasaan ini akan hilang sendiri. Namun, jika anda lihat perasaan negatif anda berpanjangan melebihi dua minggu terawal selepas anda melahirkan bayi, ini berkemungkinan anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin, yang memerlukan anda segera mendapatkan rawatan doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah: