Kesibukan kita setiap hari buat kita terlupa untuk peluk anak sedangkan memeluk anak walaupun nampak simple begitu meninggalkan kesan pada anak kecil kita.

Bukan saja buat anak makin tenang bahkan emosi anak menjadi lebih baik. Malah menurut Dr. Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dari Universiti Sains Islam Malaysia, pelukan sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan diri anak.

Tengah Marah, Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Emosi Jadi Lagi Terkawal!


Bukan itu saja malah setiap pelukan dapat menzahirkan kasih sayang walaupun hanya dengan perbuatan. Apatah lagi jika diikuti dengan ciuman dan ucapan verbal seperti “Terima kasih. Mama bangga dengan kamu” atau “That’s my girl. I am proud of you!” ataupun “It’s ok. Usaha lagi. Inshaa Allah akan berjaya.”

Rangsang perkembangan anak
Pelukan dapat merangsangkan perkembangan anak. Kanak-kanak memerlukan ransangan deria semasa otak mereka berkembang. Bayi yang baru lahir contohnya belajar menavigasi dunia baru melalui sentuhan. Hubungan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk perkembangan. Sentuhan dapat memberi ransangan yang diperlukan oleh otak untuk perkembangan normal.

Tengah Marah, Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Emosi Jadi Lagi Terkawal!

Sokong perkembangan emosi
Pelukan bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan penaakulan (cognitive development) kanak-kanak, malah ia juga menyokong perkembangan emosi. Pelukan dapat mengubati hati yang merajuk atau marah dan mengawal emosi negatif. Apabila kanak-kanak kehilangan kontak fizikal, tubuh mereka gagal mencapai pencapaian perkembangan yang sepatutnya. Dengan satu sentuhan sahaja, iaitu pelukan, anak dapat menyampaikan banyak maklumat. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Emotion tahun 2006 mendapati bahawa emosi seperti kebahagiaan, kesedihan, kemarahan, ketakutan dan simpati dapat disampaikan hanya melalui pelukan. Cukup mengagumkan!

IKLAN

Cipta bonding
Pelukan menciptakan bonding antara ibu/bapa dan anak. Seorang neurologist Illene Ruhoy ada mengatakan bahawa dengan pelukan, oksitosin akan dilepaskan. Oksitosin ini juga disebut “love hormone” kerana ia membantu kita menjalin hubungan dengan bayi baru lahir. Perasaan sayang, keakraban dan cinta itulah sebenarnya yang mendorong kita memeluk anak.

Mengoptimalkan potensi
Seorang psikoterapis Victoria Satir ada menyebut “Kita memerlukan 4 pelukan sehari untuk survival. Kita perlukan 8 pelukan sehari untuk maintenance. Kita perlukan 12 pelukan untuk growth.” Ini membuktikan bahawa pelukan dapat mengoptimalkan potensi anak.

Tengah Marah, Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Emosi Jadi Lagi Terkawal!

Akhiri amarah
Di samping itu, pelukan adalah cara paling berkesan untuk mengakhiri amarah. Ramai ibu bapa bimbang apabila memeluk anak yang tantrum akan menyebabkan tingkah laku semakin parah. Tetapi ini adalah mitos. Memeluk anak dalam saat ledakan emosi akan menenangkan mereka dan mengajar mereka bahawa anda berada di situ untuk menyokong mereka semasa ledakan emosi dan membantu menenangkan emosi mereka.

IKLAN

Tingkatkan immune system
Pelukan dapat meningkatkan sistem imunisasi. Kanak-kanak memerlukan lebih daripada nutrient yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Satu kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science mendedahkan bahawa mereka yang sering dipeluk lebih cenderung untuk lebih sihat.

Tengah Marah, Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Emosi Jadi Lagi Terkawal!

Sentuhan fizikal iaitu pelukan, apabila dilakukan dengan betul boleh menjadi satu miracle pada anak. Ia dapat melembutkan hati atau sikap yang keras. Dan ternyata pelukan terbukti menjadikan anak lebih sihat dan bahagia. Pelukan memberitahu anak selamat, disayangi dan tidak sendirian. Jangan sesekali memandang rendah kuasa miracle atau magic pelukan!

Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

IKLAN

Tengah Marah, Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Emosi Jadi Lagi Terkawal!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI