Perasan atau tidak, setiap kali kita memarahi anak malah adakalanya tertenking, anak akan mendiamkan diri tetapi itu bukan bermakna anak mula faham. Mereka sebaliknya menyimpan perasaan dan akhirnya memberontak pada perkara lain yang tidak dijangkakan.

Elakkan marah atau menengking anak berlebih-lebihan. Kawal emosi kita sebagai ibu bapa. Tidak perlu berkeras dan berkasar sebaliknya gunakan pendekatan berlembut penuh kasih sayang dalam mendidik. Kuasa peluk, semua masalah selesai! Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari!

Tengking & Marah Tak Buat Anak Jadi Baik, Emosi Anak Makin Terganggu, Berlembutlah!


Tolong cepat-cepat peluk balik si kecik tu kalau tak nak emosi dia cedera teruk!

Budak tengah nak membesar kan. Memang banyak sangat akal dia. Panjat pagar dan segala grill besi, berlari ke seluruh ceruk rumah, mainan bersepah merata, berebut barang dengan adik dia lah dan macam-macam lagi.

Kadang semua tu buat kita terlupa nak kawal emosi hingga sesekali kita akan terlanjur jugak marah atau tertengking seolah-olah si comel tu tengah buat kesalahan paling besar atas muka bumi.

 

Bahaya betul kalau kita tak neutralkan balik kesilapan tadi sebab efeknya bukan sekarang je tapi sampai ke tua nanti.

At least 3 benda yang merosakkan hidup si kecil tu akan terjadi kalau kita asyik tengking dan menjerit kat dia:

IKLAN

#1 – Emosi dia jadi tak stabil. Memang kuasa jeritan tadi akan buatkan dia senyap tapi percayalah kesan tu cuma sekejap je.
Si comel tu diam sebab dia ketakutan, bukan kerana dia faham benda yang dia buat tu sebenarnya satu kesalahan.

Tengking & Marah Tak Buat Anak Jadi Baik, Emosi Anak Makin Terganggu, Berlembutlah!

#2 – Anak kita terus dah tak minat nak bermain dan kurang aktif. Padahal dengan bermain tu lah akan otak dia akan diransang serta emosi dan tubuh badan si comel kita terus berkembang.

Akibatnya, bila kurang terdedah dengan aktiviti bermain ni, si kecil tu akan berubah jadi seorang anak yang tertekan, rendah diri yang ekstrim, suka menyendiri, kawalan emosi dia pun lemah dan akhirnya membesar sebagai seorang dewasa yang gagal.

#3 – Paling menakutkan, si kecil tu akan mula tiru sebijik macam kelakuan kita tu.

IKLAN

Yang dia faham, jeritan tu lah sebenarnya cara terbaik nak betulkan kesalahan orang lain dan dia pun akan turut menengking adik dan kawan dia bila nak tegur kesilapan.

 

Sebab tu kalau kita terlepas membentak dan menjerit kat si comel tu, kena cepat-cepat berikan pelukan dan pujuk dengan penuh kasih sayang supaya kita dapat rawat balik kecederaan pada emosi anak kita tu.

Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing ya supaya kesilapan begini tak kan berlaku lagi kat dalam rumah kita sendiri.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

IKLAN

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Tengking & Marah Tak Buat Anak Jadi Baik, Emosi Anak Makin Terganggu, Berlembutlah!

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Jom join Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents.

Tengking & Marah Tak Buat Anak Jadi Baik, Emosi Anak Makin Terganggu, Berlembutlah!

Menarik: Anak Menangis Merengek Datangnya Dari Kita, Mak Ayah Cuba Beri Perhatian!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI