Kelahiran bayi kedua kepada pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari bukan hanya menggembirakan seluruh peminatnya bahkan paling utama pastinya memberi seribu kebahagiaan kepada kakaknya, Lara Alana.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

Dulu keseorangan dan kini Lara sudah punya teman untuk bermain di rumah seperti kawan-kawannya yang lain. Pastinya ia sukar diungkapkan. Biarpun masih belum bertemu dengan adiknya secara dekat namun menerusi panggilan video, Lara sudah pun dapat melihat wajah adiknya.

Melalui instagram yang dikongsikan Scha, difahamkan kini Scha sudah pun berada di rumah untuk berpantang. Pun begitu, baik Scha mahupun Awal masih belum berkongsi detik pertemuan kakak dan adik ini kepada umum.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

Pun begitu, beberapa hari lalu menerusi Instagram Lara Alana, sekeping gambar ketika membuat panggilan video antara Lara dan adiknya dikongsikan pasangan ini. Malah kapsyen ringkas dan penuh makna itu turut dikongsikan Lara.

Katanya menerusi kapsyen, Lara tidak menyangka yang dia menjadi kakak pada usianya enam tahun.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

“Dulu Lara ingat akan jadi anak tunggal, tak sangka di umur 6 tahun ni Allah kasi rezeki jadi kakak.

IKLAN

“Tengok Adik for the first time, Lara terus jatuh hati. Tak sabar nak sambut Adik balik rumah,”kongsinya di kapsyen.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

Malah katanya lagi menerusi kapsyen yang dikongsikan pasangan ini, PKP membuatkan Lara tidak dapat bersama-sama untuk melihat adiknya secara dekat dan panggilan videolah menjadi pertemuan pertama adik beradik ini.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

“MCO ni banyak menduga kita. Lara tak dapat pergi hospital, Lara tak dapat tengok dan cium Adik depan depan. Lara tak dapat nak bau adik.. Daddy kata bau adik best.

“Cuma dapat tengok dari screen computer je. Tapi Mommy kata muka adik saling tak tumpah muka Lara masa kecik. Letak sebelah-sebelah memang tak dapat beza!

IKLAN

“Tak sabar nak tunggu 18 haribulan ni,” tulisnya di kapsyen.

Pun begitu menerusi instagramnya ibunya, Scha dikhabarkan sudah pun berada di rumahnya beberapa hari lalu. Namun sehingga kini, baik Scha mahupun Awal masih belum berkongsi video detik pertemuan manis antara Lara dan adiknya. Pastinya ia bukan masa sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

Bagaimanapun sekeping gambar Lara dan adiknya yang dikongsikan Scha menerusi Instastorynya sudah menjelaskan detik terindah adik beradik ini.

IKLAN

Namun yang pasti detik manis pertemuan Lara dan adik pastinya bakal dikongsikan secara eksklusif menerusi program Schawal Baby Boom yang dikini sedang ditayangkan pada setiap Khamis jam 9.30 malam.

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

Dalam pada itu, melalui Instastorynya, Scha kini juga sedang berpantang di rumahnya sendiri sambil dibantu oleh sebuah pusat berpantang yang menjaganya sepanjang tempoh ini. Semoga Scha cepat-cepat sihat dan menjalani tempoh berpantang dengan indah.

Artikel berkaitan:Berkat Hari Jumaat, Scha Selamat Bersalin, Tambah Lagi Geng Mommy & Kakak Lara

Kesiannya Daddy, Awal Hero Pada 3 Bidadari, Video Usikan Scha Buat Warganet Terhibur

“Tengok Adik Terus Jatuh Hati”, Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @laraalana @schalyahya @awalashaari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI