Anak-anak kita semuanya hebat. Setiap dari mereka dah ada rezeki masing-masing. Kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa pun tak sangka keistimewaan yang ada pada anak.
Janganlah sesekali kita merasa kecewa, merasa anak kita tidak seperti anak orang lain. Yakinlah setiap apa yang kita lakukan dengan niat kerana Allah, pastinya Allah akan jaga dan memberinya semula jika tiba masanya. Hanya usaha dan doa berterusan daripada ibu bapa senjata kekuatan untuk mereka.
Cuma, dalam hal ini, kita sebagai ibu bapa ada kesilapan tetapi tak nampak. Kita mungkin anggap itu biasalah tetapi sebenarnya ‘pembulian’ untuk jiwa anak.
Ustazah Asma Harun pesan jika berterusan tak elok untuk proses pembesaran anak dalam jangka masa panjang. Ingat anak kita anugerah terindah Allah buat ibu bapa.
Tanpa sedar, antara pembulian ibu ayah terhadap anak-anak adalah ;
a) Membezakan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Lalu mereka rasa diri tidak disayangi atau dibenci.
Ads
b) Pembahagian kerja rumah yang tidak seimbang. Akan lahir ketidakpuasan hati yang terpendam, kerja dilakukan dengan terpaksa.
c) Membanding-bandingkan antara anak-anak, akan membuatkan diri rasa serba kurang atau akhirnya akan hilang keyakinan terhadap potensi diri.
d) Membuka aib atau menyebut kesilapan dan kekurangannya depan adik beradik atau orang luar. Mereka akan hilang percaya dan hormat pada diri kita.
Ads
e) Mengungkit kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, seolahnya mereka itu beban.
Hati-hati ibu ayah, bimbang ada dendam yang sangat panjang mengeruh dan meretakkan hubungan adik beradik, walau setelah kita mati ia tetap berterusan. Kisah lama terus diungkit bila ada sesuatu yang berlaku.
Terimalah hakikat bahwa Allah ciptakan anak-anak sangat berbeza, mereka adalah anugerah yang terindah bila di didik dengan fitrah, jika tidak ia menjadi musibah yang membawa fitnah.
Ads
Sebagai muhasabah, banyaknya salah silap kita sebagai ibu ayah berbanding salah anak, perangai yang kita tidak suka pada mereka mungkin datang daripada kita juga.
Kita memang tak mampu jadi ibu ayah yang sempurna, sekurang-kurangnya jadilah ibu ayah yang baik. Akui kesilapan dan kelalaian, jika mampu minta maaf, dan mulalah dengan perubahan diri, insyaAllah anak turut berubah.
Esok pagi, niat dan doa untuk jadi ibu ayah yang baik, ketiaadannya dicari, kepulangannya dinanti-nanti, pemergiannya dirindui. Kita jadi mulia atas pangkat sebagai ibu ayah kerana adanya mereka, sebab itu anak-anak itu pelengkap hidup kita dunia dan akhirat.
Siapa tak mahu anak bijak dan berjaya dalam hidupnya. Malah anak yang masih kecil tapi sudah menguasai pelbagai kemahiran pastinya didambakan oleh semua ibu bapa. Namun anak yang bijak tak datang sendiri, kitalah yang harus membimbing mereka. Kita sebagai ibu bapalah berperanan lebih dalam menentukan kejayaan anak.
Contoh paling dekat adalah mencontohi Angkasawan negara kita iaitu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, figura berkarisma malah bapa kepada empat anak yang cukup penyayang. Melihat caranya mendidik anak-anaknya memang hebat. Malah beliau punya falsafahnya sendiri dalam mendidik anak.
“Start young and push your child to their limits” Begitu kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Bukan omongan kosong malah beliau membuktikan dua anaknya cemerlang dan mahir dalam pelbagai bidang pada usia yang cukup muda. Hebat!
Mengapa Perlu Desak Anak Lebih Awal?
Orang kata salah bila paksa anak terlalu awal. Bukan memaksa tanpa fakta tetapi ini mama papa kena tahu mengenai otak anak kecil kita. Memang superb!
Contohi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar,
Tahukah anda bahawa otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka.
Otak anak kecil itu umpama span yang dapat menyerap pelbagai informasi yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar menasihatkan ibu bapa supaya buang rasa ketidakyakinan pada anak-anak kerana mereka sememangnya berkemampuan untuk memahami serta mengingati segala informasi yang diberi.
Tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya mempunyai jadual penuh setiap hari. Kedua-duanya bersekolah Cina pada waktu pagi, membuat latihan Matematik pada waktu tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama Islam pada waktu petang.
Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas catur, kelas ballet, kelas Al-Qur’an 3 kali seminggu, kelas piano, Taekwando, dan kelas-kelas Kumon. Jadi ini terbukti akan keupayaan otak anak kecil kita.
“Kenal pasti impian anak-anak kita. Penting untuk anak-anak kita punya impiannya sendiri. Be itDoctors, Scientists, Engineers or even Astronauts. Bantu impian mereka dengan belikan buku untuk merangsang minat mereka. Saya mahu anak-anak saya jadi seorang doktor jadi saya banyak belikan buku-buku mengenai tubuh badan manusia, eksperimen kanak-kanak dan bawa anak ke tempat kerja supaya dapat beri inspirasi pada mereka.
“Saya juga didik mereka cintakan subjek Matematik dan Sains sejak awal. English juga penting dan kami bercakap dua bahasa ini di rumah supaya anak lebih mahir. Kalau nak jadi doktor, dua perkara ini harus hebat. Paediatrician for Bella and Cardiologist for Tasha .
Inilah sebabnya mengapa saya hantar anak-anak saya ke Kumon seawal usia 3 tahun. Saya suka pembelajaran dan latihan kerjanya dan saya nampak hasilnya pada anak-anak saya. Mereka lebih berdikari dan mampu sudahkan kerja sekolah setiap hari dengan mudah tanpa merungut. Saya amat mengesyorkan Kumon jika anda mahukan anak-anak yang bijak,” kongsi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di Instagramnya.
Kenapa Perlu Paksa?
Bagaimana KUMON boleh membantu anak anda mencapai potensi mereka sepenuhnya?
Jika anda ingin jadikan KUMON sebagai alternatif pembelajaran terbaik anak-anak anda, jangan teragak-agak untuk menyertai Kelas Percubaan KUMON secara percuma selama dua minggu.
Jadikan peluang ini sebagai satu titik tolak untuk anak anda menjadi lebih mahir dan berjaya menguasai bahasa Inggeris serta bijak Matematik. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi cawangan KUMON terdekat anda sebelum 17 Mac ini atau layari www.kumonmalaysia.com atau di facebook, Kumon Malaysia untuk keterangan lanjut.
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alahai, kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni. Dahla baru 7 tahun. Ada 2 sesi persekolahan pulak tu.”
“Tak sampai hati rasanya nak kejutkan, dahla semalam balik tuisyen lambat.”
Jika diikutkan kehendak anak, dia mungkin mahu terus tidur. Namun, anda perlu sampai hati menggeraknya dan menyuruh dia mandi atau memandikannya, agar dia boleh ke sekolah.
Anda perlu sampai hati mendengar bentakannya. Anda perlu sampai hati meninggalnya di sekolah itu, walaupun mukanya masam.
Kerana anak masih kecil, dia belum tahu apa yang di hadapannya. Dia belum lagi tahu kesan kemalasan atau ketakutannya bagi masa hadapannya. Ibu bapalah yang bijak perlu sampai hati memimpin penuh sabar, kasih-sayang dan tegas. Kerana anak perlu tahu tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.
Sebenarnya bangun dari tidur dan kemudiannya mandi untuk bersedia ke sekolah itu juga satu perjuangan. Jika anak-anak tidak dididik dengan mindset begitu, bagaimana mereka boleh meraih kejayaan yang lebih besar.
Bak kata pepatah Melayu; Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Jadilah ibu bapa yang sampai hati untuk melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak dunia dan akhirat. Dan lakukanlah dengan penuh hormat, kasih-sayang dan sedar diri.
Salam kasih
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menelentang adalah posisi tidur bayi yang betul dan terbaik sehingga bayi berusia setahun. Ia terbukti dapat mencegah SIDS. Manakala kedudukan bayi tidur mengiring adalah selamat apabila bayi berumur lebih 4-6 bulan kerana sudah pandai berguling sendiri selepas dibaringkan telentang.
TIDUR TERLENTANG PALING SELAMAT UNTUK NEWBORN. 0-3 BULAN
Ini fakta. Ini telah di buktikan. Ini telah jadi saranan badan-badan berkuasa keselamatan tidur bayi sejak sekian lama.
Jika ada sesiapa yang mengatakan sebaliknya, ia adalah TIDAK BENAR.
Meniarapkan bayi newborn yang belum kuat meniarap dengan sendiri meningkatkan risiko lemas dalam tidur atau SIDS/SUDS atas beberapa sebab:
❌ Tekanan permukaan tempat bayi meniarap menekan dada bayi cukup lama semasa tidur dan ini menyempitkan ruang aliran udara pernafasan bayi
❌ Kepala bayi kecil berat dan besar.Ini sukarkan bayi kecil angkat kepalanya cukup tinggi dan lama untuk menangis minta bantuan andai bahagian letak kepala dan mukanya di basahi jeluak atau andai dia tersembam pada bantal, selimut dan item lembut lain yang seringkali di guna ibu. SEBENARNYA, kawasan tidur bayi kecil TIDAK BOLEH DAN TAK PERLU DILETAK BANTAL ATAU SEBARANG ITEM LEMBUT . Item-item ini berpotensi buat anak lemas.
❌ Bila meniarap, jarak ruang antara hidung bayi dan permukaan meniarap adalah dekat. Bayi kecil pula bernafas kencang dan cepat. Maka peluang bayi menyedut semula udara hembusannya sebelum udara itu sempat bergerak jauh, lebih tinggi. Udara hembusan rendah Oksigen tapi tinggi Karbon Dioksida dan ini bukan udara berkualiti untuk anak
Pakar dan pengajar bertauliah bab tidur bayi berusaha mendidik dan sebar kesedaran DEMI KESELAMATAN bayi -bayi kita, namun sikap tak periksa fakta, tak berfikir panjang sebelum kongsi oleh ramai individu dan content creator mungkin permulaan dunia keselamatan tidur anak berada di ambang mundur semula ke tahun-tahun gelapnya yang menyaksikan kes penderaan, kecuaian, kemalangan dan kematian bayi mungkin kembali meningkat.
Kongsi dengan ilmu. Kongsi dengan sikap tanggungjawab.
Bantu kami untuk sebarkan yang fakta dan hentikan auta.
Nota: Bilakah usia bayi telah selamat untuk tidur meniarap❓🤔
➡️ bila bayi itu telah dengan sendirinya tunjuk mahir dan mampu meniarap serta terlentang dengan laju dan mantap tanpa bantuan penjaga. Itu bukti bayi telah ada cukup kuat kawalan serta koordinasi otot untuk mengawal pergerakan keseluruhan badannya bagi tujuan membalik-balikkan badan sepanjang tidur.
➡️ Bila anak makin besar, mereka akan secara automatik kurang jeluak kerana gegelung LES yang bertugas menahan isi perut bayi dari terselinap naik ke atas sebagai jeluak telah makin matang dan berfungsi elok. Maka risiko anak jeluak semasa tidur telah berkurang. Ini punca tak ada masalah untuk anak yang TELAH kuat meniarap dengan sendiri untuk tidur meniarap. Ibubapa TAK PERLU pusing terlentangkan anak semula .
Semoga bermanfaat❤️