Menjengah ke Instagram pelakon hebat, Fasha Sandha, seronok melihat Fasha yang sering berkongsi aktiviti memasaknya setiap hari.
Tidak hanya menu untuk keluarga bahkan Fasha turut berkongsi menu untuk anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini sudah pun berusia 10 bulan.
Kata Fasha lagi, anak kecilnya itu cukup gemarkan nasi lembut yang dikisar bersama lobak, kentang dan juga sup ayam.
Malah menerusi Instagramnya, Fasha turut berkongsi videonya mempersiap dan menyuap si manja Aisha.
“Aisha’s Fav meal. Nasi lembut dan sup ayam.
“Bahan-bahannya simple je, sup bunjut, pati ayam knorr, ayam segar, kentang, carrot, tu je. Baby blender tu beli kat shopee je k. Alhamdulillah bagus,” kongsi Fasha.
Ads
Malah kata Fasha lagi, menu campuran nasi lembut dan sup ayam itu merupakan kegemaran anaknya malah tidak pernah jemu-jemu.
“Alhamdulillah baby suka makan dan tak jemu… alhamdulillah,” kongsi Fasha lagi.
Melihat video yang dikongsikan Fasha jelas, Aisha cukup gemar menu kegemaran yang disiapkan oleh ibunya itu dan cukup enjoy ketika makan.
Seronok melihat Asya begitu gembira makan sambil menari-nari kala disuap ibunya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan kapsyen ternyata ramai yang begitu geram melihat aksi Aisha yang begitu enjoy makan makanan kegemarannya.
Semoga Aisha terus membesar dengan sihat dan terus membahagiakan ibu ayah serta abang dan kakaknya.
Terdahulu Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada Mac 2019 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Aisha Amaira yang kini berusia 10 bulan.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fashasandha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Betapa sayangnya kita dengan mereka sehinggakan apa saja sanggup kita korbankan untuk kesenangan anak-anak. Ada masanya kita diuji dengan perangai mereka, selalu buat ibu ayah ‘naik hantu’.
Bila tengah marah tu, kadang-kadang kita akan menjerit atau menengking mereka. Kita berpendapat dengan cara begitu akan buat anak menjadi takut dan mendengar kata. Sebenarnya, ia tidak baik untuk tumbesaran anak-anak.
Menurut artikel yang pernah dikeluarkan dalam The Wall Street Journal, mengatakan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjerit kepada anak untuk mendisiplinkan mereka. Jeritan juga sebagai satu tanda melepaskan amarah.
Dr. Phil McGraw seorang pakar psikologi turut mengakui konsep itu yang telah diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa seluruh dunia. Bahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya, dia sempat bergurau mengatakan;
Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana tidaknya, kita semua kadang-kadang tu suka menjerit tanpa sebab.
Dalam gurauannya itu, Dr.Phil tetap tegas menerangkan tindakan ibu bapa yang gemar meninggikan suara atau menjerit kepada anak-anak untuk mereka tidak melakukan kesalahan adalah suatu yang salah. Tindakan itu tidak berkesan.
“Ia menghentikan komunikasi, itu masalahnya. Sebaik sahaja anda mula menjerit, anak-anak akan terus shutdown.” Jika berdepan dengan anak yang sedang buat perangai, jangan tengking mereka. Rapatkan diri dengan anak dan berbisiklah kepada mereka.
Anak-anak yang selalu dijerkah apabila dihampiri ibu bapa mereka dengan cara berbisik akan terus bertenang dan emosinya akan kembali stabil kerana ia tidak seperti situasi yang sering mereka lalui.
Pada ketika ini, mereka akan lebih tenang dan mudah untuk mendengar apa yang cuba ibu bapa mereka ingin katakan. Dalam keadaan ini, mereka sangat-sangat ingin tahu apa sebenarnya yang cuba anda sampaikan.
Tahukah anda, anak-anak yang sering dimarahi dengan jeritan lebih cenderung untuk mengalami masalah sikap, mempunyai simptom depresi dan akan membesar sebagai seorang dewasa yang sukar berpuas hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang mata dan main bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan isyarat tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan dan minat anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan perasaan & pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan perkataan & ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan ujaran anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Bila anak dah mencecah usia tiga tahun, mama jangan rasa takut-rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers. Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah.
Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu pencapaian buat anak kita. Jadi mama kenalah kuatkan semangat dan latih anak dengan tepat.
Perkongsian Suhana Salleh yang berjaya melatih anaknya yang berusia dua tahun boleh mama jadikan panduan untuk melatih anak. Lima tip mudah yang dikongsikan olehnya sememangnya menampakkan hasilnya. Jom cuba!
Pernah di taska saya kanak-kanak 4 tahun masih pakai lampin pakai buang. Kasihan saya tengokkan budak chubby itu pinggangnya melelas dek diapers yang terkurang saiz.
Sejak dari itu saya ajarkannya latihan ke tandas. Prosesnya tidaklah sesukar mana kerana kanak-kanak itu sebenarnya dah bersedia. Cuma ibu dan ayahnya sahaja yang belum sedia.
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Latihan anak ke tandas ini perlukan kerjasama dua pihak iaitu orang dewasa (sama ada ibu bapa atau pengasuh) dan anak.
Suka saya kongsikan di sini catatan pengalaman melatih anak sendiri ke tandas seawal usia mereka dua tahun.
1. Boleh faham apa yang dicakap
Kelima-lima anak saya boleh bercakap pada usia mereka 2 tahun. Walaupun sedikit pelat saya boleh faham jika dia sebut perkataan ‘eyak’ dan ‘nak encing’. Begitu juga dia boleh faham jika saya tanya, ” nak berak? Nak kencing ke?”
2. Cakap selalu
Dua minggu sebelum memulakan latihan saya selalu bagitahu pada anak begini. Nanti tak payah pakai pampers tau. (Sebut nama anak) kalau nak kencing cakap macam mana? “Ibu, saya nak ken…cing.” Buat aksi dia tak tahan nak terkencing dan pergi tandas. Tujuannya menanam minda bawah sedar mereka.
3. Kenalpasti ekspresi wajah atau tabiat anak
Sentiasa peka dengan ekspresi wajah dan tingkah laku anak setiap kali dia mahu membuang air. Anak saya selalunya akan membuat muka meneran setiap kali dia mahu membuang air besar. Jika dia dah buat muka macam tu cepat-cepat saya hantarkannya ke tandas.
4. Tetapkan waktu anak ke bilik air
Saya sering menggunakan tempoh 4 jam sekali untuk hantar anak ke bilik air. Katakan anak bangun tidur pukul 7 pagi. Aturkannya ke billik air dahulu. Pukul 11 pagi nanti saya akan menanyakan padanya sama ada mahu membuang air atau tidak. Jika dia enggan saya akan paksanya ke bilik air. Dikhuatiri terlalu leka bermain atau menonton anak kita akan terkucil sendiri.
5. Gunakan seluar yang mudah ditanggalkan
Semasa latihan ke tandas saya akan memakaikan seluar yang mudah ditanggalkan kepada anak saya. Ini bertujuan supaya apabila dia terasa ingin membuang dia akan cepat-cepat ke tandas dan membuka seluar. Pernah terjadi anak saya terkucil betul-betul depan pintu tandas. Semuanya gara-gara susah hendak menanggalkan seluar maka banjirlah lantai dibuatnya.
6. Puji anak ketika dia berjaya menggunakan tandas dengan baik.
Setiap kali anak berjaya gunakan tandas dengan betul saya akan puji mereka. Jika tidak berjaya jangan marah anak. Sentiasa beri anak sokongan. Kanak-kanak yang kerap dimarah dikhuatiri akan menyebabkan mereka menjadi takut. Seterusnya terpaksa u turn guna lampin pakai buang semula.
——-
Oh, ya panduan ini hanya tertakluk pada kanak-kanak bawah 4 tahun sahaja dan pada waktu siang. Semasa tidur tengah hari atau berjalan-jalan jauh saya akan pakaikan lampin pakai buang untuk mereka.
Pada awal latihan memang seksa juga. Selalu sahaja mereka terkucil merata-rata pada bila-bila masa.
Proses itu adalah normal.
Suka diingatkan jangan sesekali marah atau tengking anak sekiranya mereka terbuang tanpa sengaja.
Keupayaan kanak-kanak mengawal usus dan pundi kencing merupakan pencapaian penting dalam hidup mereka. Sentiasa berikan galakan dan panduan untuk anak-anak kita.
Kadangkala mengambil masa dua minggu atau lebih untuk kanak-kanak mahir menggunakan tandas.
Tidak kira berapa lambat anak kita belajar menggunakan tandas dengan betul, percubaan untuk melatihnya sebelum badannya bersedia adalah sia-sia.
Perkongsian yang hebat dan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang mencuba untuk anak-anak mereka. Jadi mama kena beranikan diri dan yakin dengan anak. Bila anak dah bersedia, mama pun kenalah bersedia. Tak gitu?
Kredit: Suhana Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...