Setiap kali keluar, apa yang anak minta mesti mainan. Walaupun mainan itu dah ada di rumah anak tetap nak juga. Alih-alih ibu bapa terpaksa mengalah dan ikut kehendak anak.

Cuma yang geramnya bila dah banyak mainan dirumah bukannya nak main. Hanya beberapa mainan saja yang anak suka. Kenapa anak bersikap macam ni?

Menurut  Speech-Language Therapist, Siti Sarah Said, ada beberapa SEBAB kenapa anak tidak berminat nak bermain, walaupun ada permainan di rumah.

Terapis Kongsikan Sebab Inilah Anak Tak Minat Bermain Walaupun Mainan Banyak Di Rumah

1.Ada alat permainan yang banyak

Bila terlalu banyak dan ada semua di depan mata, anak cenderung untuk ‘tidak nampak’.

Analoginya begini. Cuba ingat kembali pengalaman kita pergi ke kedai makanan yang terlalu banyak pilihan makanan yang sedap.

Nak ambil semua, tak mungkin. Nak pilih pun boleh sampai jadi pening kepala.

Kadang-kadang, akan berakhir dengan makanan yang bukan dalam senarai yang kita inginkan pun.

Atau ambil contoh penggunaan gajet zaman sekarang. Terlalu banyak info. Terlalu banyak yang kita nak tahu dan baca.

Jari yang menyentuh skrin laju bergerak dari satu info kepada yang yang lain.

Akhirnya, minda kita sebenarnya tidak dapat fokus dan tangkap perkara yang penting pun walaupun kita menerima banyak info.

IKLAN

Samalah juga dengan kanak-kanak. Apabila terlalu banyak alat permainan, mereka akan bergerak daripada satu benda ke satu benda yang lain secara pantas.

Mereka tidak fokus bermain. Akhirnya, mereka terlepas peluang meneroka sesuatu benda dalam masa yang lama.

Alat mainan yang banyak dan boleh dilihat sepanjang masa juga akan menyebabkan anak rasa bosan untuk bermain mainan tersebut.

Ini antara cadangan yang saya selalu sarankan pada parents untuk atasi masalah tersebut:

+ buat ‘rotation’ pada alat permainan.

Sebagai contoh, jika ada 10 jenis permainan, letakkan 2-3 jenis sahaja pada satu masa dan selebihnya simpan.

Hanya tukar setiap 5 hari (ikut kesesuai), dan kekalkan ‘rotation’.

Anak tak bosan?

IKLAN

Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak pernah bosan.

Lebih banyak masa yang boleh dihabiskan untuk ‘explore’ sesuatu benda, lebih banyak peluang untuk mereka belajar perkara baru.

+ kita selalu dengar ‘less is more’.

Tapi berapa ramai daripada kita yang betul-betul yakin ini adalah yang terbaik untuk anak-anak?

Jika barang mainan sudah banyak tapi anak masih kelihatan bosan, ini sebenarnya adalah signal untuk anda berhenti membeli alat permainan.

Cuba lihat kembali kepada koleksi barang permainan yang anak ada. Yang sudah tidak berfungsi, asingkan.

Tinggalkan yang benar-benar boleh dipakai untuk bermain sahaja.

+ susun alat permainan ikut kategori.

Ini adalah solusi terbaik bagi anak yang suka punggahkan bakul mainan, dan hanya akan ambil 1 barang mainan yang disukainya sahaja.

IKLAN

Terapis Kongsikan Sebab Inilah Anak Tak Minat Bermain Walaupun Mainan Banyak Di Rumah

2. Anak tidak minat bermain kerana mereka masih tak ada kemahiran untuk bermain dengan betul.

Sesetengah anak-anak yang mengalami masalah lewat bercakap, mereka juga kurang kemahiran untuk bermain.

Ada ibu bapa yang keliru. Mereka fikirkan anak ini memang tidak minat bermain dengan alat permainan, dan hanya sukakan aktiviti fizikal.

Jika dirujuk kepada piramid perkembangan bahasa, kemahiran bermain antara faktor terbesar yang mempengaruhi perkembangan bahasa anak.

Sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh lakukan adalah:

+ perhatikan cara anak bermain. Jika didapati anak masih tidak menguasai kemahiran bermain, disarankan untuk rujuk kepada hospital atau pusat terapi terdekat untuk dapatkan penilaian.

+ jika anak masih tidak berminat dengan alat permainan, jadikan diri anda sebagai ‘alat’ untuk mereka bermain. Bermainlah bersama anak dan bina interaksi bersama.

Ingatlah, ibu bapa adalah ‘permainan’ terbaik untuk anak-anak.

Sumber: Siti Sarah Said (Speech-Language Therapist)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI