Dalam Negara

Tergamak Kelar Leher Anak Sendiri, Ibu Siap Hantar Gambar Pada Suami!

Share

Tidak dapat dipastikan sebab dan musababnya, seorang ibu tergamak mengelar leher anak lelakinya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran dengan darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun selepas mendapat laporan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengahari Sabtu.

“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

“Permohonan reman terhadap suspek telah pun dibuat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Sumber: Harian Metro

IKLAN